PIBG SSAAS

PIBG SSAAS

Share

Persatuan Ibu Bapa & Guru
SMK Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

20/03/2026
29/01/2026

Assalamualaikum
Salam sejahtera

Dengan sukacitanya, diperkenalkan barisan ibubapa yang menjadi AJK PIBG SMK SSAAS bagi sesi 2026. Tahniah!

Photos from PIBG SSAAS's post 24/01/2026

PEMBELIAN MEJA & KERUSI BARU
Ini juga merupakan inisiatif ibubapa 3 Rajin (2026) yang prihatin dengan keadaan meja & kerusi yang telah uzur. PIBG berharap inisiatif ini dapat menyuntik semangat kepada ibubapa lain untuk menghulurkan bantuan bagi memberikan keselesaan kepada anak-anak tuan/puan. Tahniah & syabas 💐

Photos from PIBG SSAAS's post 24/01/2026

PROJEK BAIK PULIH & NAIK TARAF TANDAS MURID
Projek ini merupakan inisiatif peribadi salah seorang ibubapa yang prihatin dengan kerosakan tandas murid-murid. Sumbangan kerja-kerja baik pulih tandas ini telah dijalankan oleh syarikat milik beliau, iaitu AlWatikah Sdn Bhd sepanjang cuti persekolahan. PIBG dan pihak sekolah amat menghargai sumbangan ini. Terima kasih ibubapa prihatin 💐

Photos from PIBG SSAAS's post 24/01/2026

PROJEK BAIK PULIH & NAIK TARAF
SUMBANGAN MBI SELANGOR
19 Disember 2025 - Pihak PIBG telah menerima sumbangan dari MBI Selangor berjumlah RM10,000.00. Sumbangan ini telah digunakan untuk membaik pulih Dewan Tun Sri Lanang. Antara kerja-kerja naik taraf dan baik pulih ialah seperti berikut :
1. Memasang pintu kaca sebanyak 5 pasang unit
2. Membina "speed bump" di bawah laluan berbumbung dan berhadapan ruang legar dewan.
3. Menambah ketinggian lantai di ruang legar dewan.

Photos from PIBG SSAAS's post 24/01/2026

PROJEK BAIK PULIH & NAIK TARAF
9) BAIK PULIH SALURAN "GUTTER" DEWAN TSL

Photos from PIBG SSAAS's post 24/01/2026

PROJEK BAIK PULIH & NAIK TARAF
8) RUANG KITAR SEMULA
Skop kerja : Pembinaan ruang kitar semula (binaan sementara) yang lebih luas berukuran 10' x 20' di lokasi yang lebih strategik. Ruangan ini akan dijadikan stor simpanan sementara barangan kitar semula yang telah dikumpulkan. Inisiatif ini merupakan sokongan padu PIBG terhadap program dan komitmen pihak sekolah berkaitan program kitar semula.

Photos from PIBG SSAAS's post 23/01/2026

PROJEK BAIK PULIH & NAIK TARAF
7) PADANG SEKOLAH
Skop kerja : Meratakan permukaan padang sekolah dan menanam rumput baru bagi persediaan kejohanan sukan tahunan dan aktiviti sukan padang yang akan datang. Penggunaan padang ditutup sementara dianggarkan sehingga bulan Mac 2026.

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Shah Alam?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Jalan Bunga Mawar 2/5
Shah Alam
40000