Rodziah Ismail
Ahli Parlimen Ampang (2022 - Kini)
Mantan ADUN Batu 3 (2008 - 2023)
Founder of the ARISE
13/06/2026
Penyebaran maklumat palsu boleh menimbulkan kekeliruan, kegusaran dan menjejaskan keharmonian masyarakat. Kini, semakan fakta menjadi lebih mudah dengan AIFA (Artificial Intelligence Fact-Checking Assistant).
Orang ramai boleh menghantar pautan, mesej atau berita yang meragukan melalui WhatsApp di 03-8688 7997 untuk mendapatkan semakan dan pengesahan maklumat dengan cepat. Inisiatif ini membantu masyarakat memastikan setiap maklumat yang diterima adalah sahih sebelum dikongsi kepada orang lain.
Amalkan budaya “Semak Sebelum Sebar” dan elakkan menjadi penyumbang kepada penyebaran berita palsu. Untuk maklumat yang telah disahkan, layari portal Sebenarnya.my sebagai rujukan utama semakan fakta.
Bersama-sama kita membina masyarakat yang lebih bertanggungjawab, berinformasi dan bebas daripada fitnah serta maklumat tidak benar.
Memperkasa Hak Kanak-Kanak Melalui Peranan Ahli Parlimen dan Pembangunan Komuniti
Video ini memaparkan perkongsian inspirasi daripada YB Rodziah Ismail, selaku Pengerusi Jawatankuasa Rentas Parti berkaitan hak kanak-kanak, selepas selesai menghadiri sebuah simposium dua hari yang menghimpunkan barisan pakar dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi membincangkan usaha memperbaiki pemahaman masyarakat tentang hak kanak-kanak.
Dalam perkongsian tersebut, beliau memperkenalkan sebuah buku panduan baharu bertajuk "Pocketbook to Strengthen Children's Rights in Malaysia through Parliament".
Buku nota ini diwujudkan sebagai rujukan penting bagi Ahli-Ahli Parlimen untuk memastikan hak kanak-kanak sentiasa didengari, diangkat, dan disantuni dalam setiap perancangan serta tugas mereka, memandangkan kanak-kanak adalah aset paling berharga untuk masa depan negara.
Sebagai Ahli Parlimen Ampang, beliau menyedari realiti cabaran yang dihadapi di kawasannya, di mana hampir 60% penduduk tinggal di kawasan perumahan strata seperti pangsapuri.
Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak kekurangan ruang komunal dan kawasan rekreasi yang sesuai, sehingga memaksa mereka bermain di kawasan yang sempit seperti di hadapan pintu lif.
Atas dasar keprihatinan, beliau telah mengambil inisiatif proaktif dengan membelanjakan sekitar RM500,000 hingga RM1 Juta setiap tahun untuk menaik taraf taman permainan, membaik pulih ruang komunal, dan menyediakan persekitaran yang lebih selamat untuk kanak-kanak berkumpul serta beriadah.
Melalui pengenalan buku nota panduan tersebut, YB Rodziah turut menyuarakan harapan agar pihak berkuasa tempatan dan pembuat dasar menjadikan hak kanak-kanak sebagai elemen utama dalam merancang pembangunan sesebuah bandar.
Perancangan ini bukan sahaja merangkumi akses pendidikan dan kesihatan, malah merangkumi penyediaan ruang bermain yang cukup serta pencahayaan persekitaran yang menjamin keselamatan pelbagai lapisan kanak-kanak, termasuklah kanak-kanak OKU dan remaja.
Di akhir video, beliau meluahkan rasa syukur yang amat sangat kerana impiannya sejak bergelar ADUN untuk mendidik para penggubal undang-undang mengenai hak kanak-kanak akhirnya direalisasikan, sambil menitipkan pesanan bermakna bahawa anak-anak ini adalah pewaris masa depan kita.
YB Rodziah Ismail
Ahli Parlimen Ampang
12/06/2026
Kementerian dan agensi penguat kuasa perlu bertindak tegas tindakan terhadap aktiviti perniagaan haram yang dijalankan oleh warga asing serta penyalahgunaan visa dan lesen perniagaan yang semakin membimbangkan.
Aktiviti seperti menggunakan pas lawatan sosial untuk menjalankan perniagaan, menjadi proksi kepada perniagaan milik warga asing, dan penyalahgunaan lesen yang didaftarkan atas nama rakyat tempatan bukan sahaja melanggar undang-undang, malah menjejaskan peluang peniaga tempatan yang menjalankan perniagaan secara sah.
Kerjasama antara kementerian, pihak berkuasa tempatan, agensi imigresen, polis dan orang awam amat penting bagi memastikan kegiatan ini dapat dibanteras secara menyeluruh.
Langkah penguatkuasaan yang berkesan bukan sahaja dapat memastikan pematuhan kepada undang-undang negara, malah membantu melindungi kepentingan ekonomi negara, menjaga kebajikan peniaga tempatan dan mewujudkan persekitaran perniagaan yang lebih adil serta berdaya saing untuk semua
11/06/2026
10/06/2026
Penggunaan dana sehingga RM50 juta daripada Program Berimpak Tinggi di bawah PTPK telah dipersetujui bagi memperkukuh pelaksanaan TVET 2.0, selaras dengan usaha meningkatkan kualiti latihan kemahiran, memperluas akses kepada pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional, serta memenuhi keperluan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang sejajar dengan perkembangan industri serta aspirasi pembangunan negara.
09/06/2026
09/06/2026
Saksikan sendiri pandangan dari pakar tentang apa sepatutnya kita lakukan bagi memastikan Hak Kanak2 benar2 dapat kita penuhi/santuni dengan melakukan Reformasi Undang2 dan pendekatan, yang benanr2 dapat memenuhi hasrat ini.
SYMPOSIUM ON CHILDREN'S RIGHTS LEGISLATIVE REFORM | DAY2 SESI PAGI Enjoy the videos and music you love, upload original content, and share it all with friends, family, and the world on YouTube.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the organization
Address
Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Ampang, 29-1, Jalan AWF 1, Ampang Waterfront, 68000 Ampang, , Pusat Khidmat Rakyat Dewan Negeri Batu Tiga, No. 93, Tingkat 1, Jalan Pelabur B 23/B, Seksyen 23
Shah Alam
40300