Le Rumba Band

Le Rumba Band

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Le Rumba Band, Artist, Persiaran Perbandaran, Seksyen 14, Shah Alam.

Photos from Le Rumba Band's post 26/04/2025

Soundcheck.

06/04/2025

Kami tetap akan teruskan perjuangan! Please support kami wahai sahabat² Le Rumba semua. Kami perlukan sokongan anda.

Sebarang pertanyaan tentang show boleh hubungi
Hanna - 0126740704

17/03/2024

Minggu ni bermain bertiga je. Bermain dengan emosi yang susah untuk kami gambarkan kepada korang semua.
Lagu² yang kami mainkan membuat kami terkenang akan adik kesayangan kami Allahyarham .
Kami amat terasa akan kehilangan adik kami. Maaf jika kami bermain dalam keadaan air mata berlenang. Demi Im, kami akan teruskan perjuangan ini.

Doakan adik kami Khairi Imran Bin Zamrus diletakkan bersama orang² yang beriman.
Al Fatihah. 😣

06/03/2024

إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Innalillahiwainnailaihirojiun
KHAIRI IMRAN BIN ZAMRUS

Dengan dukacitanya, Le Rumba ingin menyampaikan berita sedih ini kepada semua sahabat² Le Rumba.

Guitarist kami, adik kepada drummer kami telah pergi menghadap ilahi pada hari isnin malam selasa 5/3/202. Jam lebih kurang 12malam.

Allahyarham banyak mengubah band kami dari segi music arrangement. Kemasukan Allahyarham ke dalam Le Rumba juga menghidupkan kembali jiwa music kami. Le Rumba terhutang budi dengan Khairi Imran.

Allahyarham Khairi Imran seorang yang sangat baik hati. Tidak pernah bercerita tentang orang lain. Beliau sangat menjaga hubungan antara manusia. Beliau juga sangat menjaga solat. Mungkin disebabkan ini Allah swt mengambil beliau dan lebih menyayangi beliau.

Gambar diatas adalah gambar terakhir beliau bersama Le Rumba pada hari ahad sebelum Allah swt menjemput beliau pada hari isnin. Waktu show ini, kami tidak keruan melihat beliau yang bermain gitar dalam keadaan duduk dan tidak bermaya. Gambar senyum ini pon yang paksa beliau untuk senyum. Dan senyuman inilah yang sikit sebanyak menjadi igauan kami dan kami sangat merindui senyuman beliau. 😔

Rehatlah wahai sahabat & adik kesayangan kami.
Engkau telah lama menahan sakit didunia ini. Kini kesakitan yang engkau lalui itu Allah telah gantikan dengan keindahan syurga. InsyaAllah.
Percayalah, kami juga akan menyusul nanti.

Kami bersaksi kepada Allah swt, Khairi Imran Bin Zamrus sorang yang SANGAT BAIK. Yang mengenali beliau pasti akan sebut perkara yang sama. Akhlak beliau tersangat baik. Itulah kesan didikan mak ayah beliau.

Walaupun sekarang ini tinggal kami bertiga, kami akan teruskan perjuangan ini walau apa pun terjadi.

Akhir kata, kami mohon anda semua sedekahkan doa & Al Fatihah untuk adik kami ini Khairi Imran Bin Zamrus.

Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fuanhu. ( Ya Allah, ampunilah dia, belas kasihanilah, hapuskanlah dan ampunilah dosa-dosanya.) Amin Ya Rabb!

Khairi Imran Bin Zamrus
2 MAY 1996 - 5 MARCH 2024
AL - FATIHAH

01/11/2023

Salam siang. Apa bikin harini?

29/10/2023

What a sunny day. Selamat berhujung

28/10/2023

Ambik apa tu zi❓

26/10/2023

Ada ni guys 😎

27/07/2023

No matter what! We are the best.

25/07/2023

Music is like a dream. One that I cannot hear.

22/07/2023

🎵

19/07/2023

Salam Maal Hijrah 1445

Want your public figure to be the top-listed Public Figure in Shah Alam?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Culinary Team

Attire

Telephone

Website

Address


Persiaran Perbandaran, Seksyen 14
Shah Alam
40000