Al-Mathani Center

Al-Mathani Center

Share

Belajar Mengaji Al-Quran. Belajar secara one to one. Nak bermula dari Iqro ? Jom kami tolong.

13/04/2021

Wish you to have a blissful Ramadan. May the Rahmat of Allah shine upon you and your family always !

23/03/2021

Kurang dari 30 hari lagi RAMAHDAN.

JOM siap sedia dengan kedatangan nya.

1.Banyakkan puasa sunat
2.Membaca al quran
3.Sedekah dan lain lain

Moga kita semua sampai pada ramahdan tahun ini.

12/03/2021

"Barang siapa yang mengerjakan amal saleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan kami berikan kepadanya kehidupan yang baik, dan sesungguhnya akan kami berikan balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan." (Q.S An-Nahl: 97)

09/03/2021

Di dalam Musnad Imam Ahmad: Diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA, bahawa Nabi SAW apabila masuknya bulan Rejab, Baginda SAW bersabda:

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ رَجَبٌ، قَالَ: "اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ، وَبَارِكْ لَنَا فِي رَمَضَانَ".

Maksudnya: “Ya Allah, Kau berkatilah kepada kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan Kau berkatikanlah kepada kami pada bulan Ramadhan”.

03/03/2021

Alhamdulillah..dapat kembali mengaji secara ono to one..

Jom belajar mengaji di Almathani centre sekyen 20 shah alam..

27/02/2021

Setiap yang berlaku pasti ada hikmah daripada tuhan, bersangka baik lah selalu..
Allah SWT maha mengetahui setiap apa yang berlaku.

26/02/2021

Jom perbanyakkan solawat pada hari ini, moga kita dalam perlindungan Allah swt..

25/02/2021

Amalan membaca surah 3 QUL sebanyak 3 kali sebelum tidur kerana amalan ini mampu:

1.Menolak gangguan jin
2.Menolak gangguan syaitan
3.Menghindarkan dari terkena sihir
4.Menghindarkan penyakit was-was
5.Menghindar dari segala kejahatan
6.Menghindar dari perkara-perkara buruk

“Nabi SAW ketika berada di tempat tidur pada setiap malam, Baginda mengumpulkan kedua telapak tangannya lalu ditiup dan dibacakan ’Qul huwallahu ahad’ (surah Al-Ikhlas), ’Qul a’udzu birobbil falaq’ (surah Al-Falaq) dan ’Qul a’udzu birobbin naas’ (surah An-Naas).

Moga bermanfaat

23/02/2021

Dalam sebuah hadis Nabi muhammad SAW pernah bersabda :

Ada Dua nikmat yang mana selalu manusia mensia siakan nya iaitu "nikmat sihat" dan "masa lapang"..

Jom memperbanyakkan membaca Al quran pada setiap hari, moga Allah berikan ganjaran yang besar di hari akhirat nanti..

19/02/2021

Daripada Abu Umamah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:


أَكْثِرُوا عَلَيَّ مِنَ الصَّلَاةِ فِي كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ؛ فَإِنَّ صَلَاةَ أُمَّتِي تُعْرَضُ عَلَيَّ فِي كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ، فَمَنْ كَانَ أَكْثَرَهُمْ عَلَيَّ صَلَاةً كَانَ أَقْرَبَهُمْ مِنِّي مَنْزِلَةً

Maksudnya: “Perbanyakkanlah berselawat ke atasku pada setiap hari Jumaat. Sesungguhnya selawat yang dibaca oleh umatku akan dibentangkan kepadaku pada setiap hari Jumaat. Barangsiapa yang paling banyak berselawat ke atasku, maka dia akan berada paling hampir denganku (di dalam Syurga).” [Riwayat al-Baihaqi] ..

17/02/2021

Jom perbanyakkan membaca al quran pada bulan rejab ini..
Moga moga kita semua sampai pada ramadhan pada tahun ini..

Amin ya robb

16/02/2021

Saya sedih saya dah lama tak baca Quran, lepas Maghrib tadi saya baca tapi saya tergagap-gagap, saya baca tak lancar, saya tak boleh nk baca, saya paksa mengeja dan membaca, lidah kaku keras. saya menangis."

"Bacalah walaupun tidak lancar. Kata Nabi Muhammad SAW, ada dua pahala bagi yang usaha baca walaupun gagap,"

Want your school to be the top-listed School/college in Shah Alam?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Shah Alam