AFdhal
Bismillah. Harga kambing dan biri-biri hidup RM750-RM1000 mengikut berat dan saiz.
Anggaran berat:
24-26kg RM750
27-29kg RM850
30-32kg RM900
33-34kg RM950
35-36kg RM1000
(Bergantung pada stock di kandang)
Alhamdulillah, dimudahkan 4 ekor di Puspanitapuri Dewan Sri Endon Putrajaya, tidak kurang dan tidak lebih kambingnya
08/06/2026
Alhamdulillah, kelahiran second recycle 2026
AFdhal Clan..
02/06/2026
Selain tidak mengasah pisau di depan haiwan sembelihan, tidak memperlihatkan haiwan lain ketika proses penyembelihan juga salah satu adab dan bentuk kasih sayang kita, Jangan biarkan haiwan tersebut merasa disembelih 2 Kali.
Cuba & Usahakan haiwan disembelih setenang yang mungkin.
Allahu a'lam.
31/05/2026
Alhamdulillah, kembali di Lapangan, bermain api dan asap.. setelah 4 hari membantu laksana ibdah Qurban.
Aqiqah 2 ekor, golek & masak Kari.
30/05/2026
Alhamdulillah, Hari Tasyrik ketiga, haiwan Qurban terakhir untuk tahun ini..
Semoga Allah menerima amalan Ibadah Qurban kita semua. In Shaa Allah.
28/05/2026
Alhamdulillah, selesai untuk membantu Shohibul Qurban,
Untuk Raya kedua di AFdhal.
Semoga Allah menerima ibadah yang dilaksanakan.
Terima kasih pada petugas²,
Jazzakallahu khoir khatira semoga Allah memberi ganjaran yang baik dan banyak ke atas kamu semua..
27/05/2026
Alhamdulillah, selesai raya pertama sembelih kambing & biri2,
Esok giliran lembu, semoga Allah permudahkan segala urusan, dan menerima ibadah pelaksana Qurban, dan para petugas yang membantu & mendapat ganjaran sebaiknya..
In Shaa Allah.
25/05/2026
Jangan lupe sahabat-sahabat seiman, yang tidak berhaji pada tahun ini, berpuasa esok.
Puasa Arafah (9 Dzulhijjah) dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang.... (HR. Muslim, no. 1162)
16/05/2026
Assalamualaikum.
📢 *Peringatan Mesra buat Peserta Qurban 2026 (AFdhal)* 📢
Esok ialah hari terakhir untuk kita dibolehkan memotong kuku dan rambut.
🗓️ *Kenapa?*
Hari Isnin ini sudah masuk 1 Zulhijjah 1447H. Bagi menghidupkan sunnah, kita dilarang / tidak digalakkan (makruh) memotong kuku dan rambut sehingga selesai penyembelihan haiwan korban masing-masing.
Jom ambil peluang esok untuk bersiap sedia! 💇♂️💅
Peace be upon you.
📢 *Friendly Reminder for Qurban 2026 Participants (AFdhal)* 📢
Tomorrow is the final day we are allowed to trim our nails and cut our hair.
🗓️ *Why?*
This Monday marks the 1st of Dhul-Hijjah 1447H. To fulfill the sunnah, it is forbidden or highly discouraged (makruh) to trim our nails and cut our hair until the slaughtering of our sacrificial animal is completed.
Let’s take the opportunity tomorrow to get ready! 💇♂️💅
10/05/2026
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Bagi insan yang berniat melaksanakan ibadah korban, insyaAllah kami di AFdhal sedia membantu.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Shah Alam
40150