Ustazah Raudhah Rozli

Ustazah Raudhah Rozli

Share

بِسْمِ الله مَاشَاءَ الله
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

28/05/2026

📌 4 GOLONGAN YANG DIHARAMKAN DISENTUH API NERAKA

Rasulullah ﷺ bersabda:

“Mahukah aku khabarkan kepada kamu tentang orang yang diharamkan daripada api neraka? Iaitu setiap yang Hayyin, Layyin, Qarib dan Sahl.” Hadis Riwayat Tirmizi

✨ Hayyin — rendah hati & tenang
✨ Layyin — lembut tutur kata dan akhlaknya
✨ Qarib — dekat dan disenangi manusia
✨ Sahl — mudah bertolak ansur & memudahkan urusan

Akhlak yang baik bukan hanya menyenangkan manusia,
tetapi juga mendekatkan kita kepada rahmat Allah. 🤍

27/05/2026

📌 TIADA SATU KEBAIKANPUN YANG SIA-SIA DI SISI ALLAH

Kadang kita rasa penat berbuat baik,
kerana tidak dihargai manusia.

Tetapi ketahuilah…
tiada satu pun kebaikan yang sia-sia di sisi Allah.

Allah SWT berfirman:

“Sesungguhnya Allah tidak akan mensia-siakan pahala orang yang berbuat kebaikan.” Surah At-Taubah : 120

Teruslah membantu, memaafkan dan berbuat baik walaupun tidak dipuji.
Kerana yang dinilai Allah bukan sebesar mana amalan kita,
tetapi seikhlas mana hati kita. 🤍

26/05/2026

📌 CINTA KEPADA ALLAH MENUNTUT PENGORBANAN

Cinta yang sebenar bukan hanya pada kata-kata tetapi sanggup berkorban kerana Allah.

Nabi Ibrahim AS sanggup melepaskan anak yang paling dicintai demi ketaatan kepada Allah.
Nabi Ismail AS p**a taat dan reda terhadap perintah-Nya.

Allah SWT berfirman:

“Maka ketika anak itu sampai umur sanggup berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: ‘Wahai anakku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu.’” Surah As-Saffat : 102

Daripada kisah ini, kita belajar bahawa cinta kepada Allah mesti melebihi cinta kepada dunia dan manusia.

Kerana cinta yang sebenar… sentiasa disertai pengorbanan. 🤍

25/05/2026

📌 PENGORBANAN MEMBERSIHKAN JIWA DARIPADA CINTA TERHADAP DUNIA

Nabi Ibrahim AS diuji dengan sesuatu yang paling dicintainya Nabi Ismail AS.
Namun baginda memilih taat kepada Allah melebihi perasaan dan dunia.

Daripada kisah itu, kita belajar bahawa pengorbanan bukan tentang kehilangan,
tetapi tentang membuktikan cinta kepada Allah.

Allah SWT berfirman:

“Daging dan darah korban itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketakwaan kamu.” Surah Al-Hajj : 37

Kadang Allah meminta kita melepaskan sesuatu,
supaya hati ini tidak terlalu mencintai dunia.

Kerana hati yang terlalu penuh dengan dunia, sukar dipenuhi cinta kepada Allah. 🤍

muhasabah ceramahagama ustazahraudhah islamicreminder

24/05/2026

🌙 MAJLIS KASIH KEKASIH 6.0

✨ “Satu Perjalanan Yang Pasti, Tanpa Tarikh Pilihan”

🧕 Bersama Ustazah Raudhah Rozli
🎶 Qasidah Ustazah Eda Al Banjari & Team

📅 24 Julai 2026
🕗 8.00 pagi – 2.00 petang
📍 Grand Riverview Hotel, Kota Bharu

🎨 Tema: Grey

🤍 Kadang kita lupa…
hidup ini sementara, akhirat selamanya.

24/05/2026

📌 BERKATA BAIK ATAU DIAM

Rasulullah ﷺ bersabda:

“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau diam.”
(HR. al-Bukhari & Muslim)

Tidak semua perkara perlu diperkatakan.
Kadang diam lebih menyelamatkan hati,
lebih menjaga ukhuwah
dan lebih dekat kepada reda Allah.

Jagalah lidah…
kerana satu ucapan boleh menjadi pahala,
dan satu ucapan juga boleh menjadi sebab penyesalan di akhirat 🤍

23/05/2026

Review Khemah Mina, Maktab 69






Mina
Maktab69
Haji2026

23/05/2026

Review Tandas Tingkat 1 di Mina, Maktab 69






Mina
Maktab69
Haji2026

23/05/2026

Review Tandas Tingkat 2 di Mina, Maktab 69

23/05/2026

Jangan lupa temu janji kita dalam Segmen CURHAT (Curahan Hati), perkongsian santai & penuh makna.

Episod kali ini, membawa penonton menyelami makna menghargai insan tersayang dengan masa yang masih berbaki & peluang yang Allah SWT masih pinjamkan dalam kehidupan.

📌 : "Selagi Masih Ada"
🗓 : Ahad | 24 Mei 2026
⏰ : 9.00 – 10.00 pagi
🗣️ : Ustazah Nazirah Abu Bakar & Ustazah Raudhah Rozli

Want your public figure to be the top-listed Public Figure in Shah Alam?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address

Shah Alam