HEP Unisel
HEP Budiman UNISEL diwujudkan adalah sebagai medium saluran maklumat dan menerima sebarang aduan daripada pelajar Unisel.
Saluran Informasi & Aduan Pelajar Unisel
11/06/2026
Pernah tak anda tertanya-tanya kenapa kita kadang-kadang menafikan masalah, menyalahkan orang lain, atau bergurau ketika sedang tertekan?
Itulah yang dipanggil Mekanisme Pertahanan Diri — cara minda melindungi kita daripada tekanan, kebimbangan dan emosi yang sukar dihadapi.
✨ Ia bukan alasan.
✨ Ia bukan kelemahan.
✨ Ia adalah mekanisme psikologi yang normal.
Namun, semakin kita sedar tentang cara kita bertindak balas terhadap tekanan, semakin mudah untuk kita mengurus emosi dengan lebih sihat dan berkesan.
📌 Kenali 12 mekanisme pertahanan diri yang sering digunakan tanpa kita sedari.
Daripada
UNIT KAUNSELING & LATIHAN UNISEL (UKL)
11/06/2026
Kunjungan ke atas YB Puan Pang Sock Tao, ADUN Kuala Kubu Baharu di pejabatnya. Kunjungan yang diketuai oleh Prof. Madya Dr Hamdan ini turut menyerahkan surat kerjasama pemasaran, selain membincangkan ruang kerjasama antara kedua-dua belah pihak.
11/06/2026
10 Jun 2026 : UKL telah dijemput untuk mengisi slot bersama pelajar Universitas Terbuka & Universitas Persada Indonesia . UKL telah membuat sesi perkongsian berkenaan dengan kesihatan mental dan kesedaran kesihatan mental .
11/06/2026
Dasar OKU Selangor 2026-2030 perkukuh agenda pembangunan inklusif Dasar Orang Kurang Upaya (OKU) Selangor dan Pelan Tindakan 2026-2030 menjadi langkah strategik Kerajaan Negeri dalam memperkukuh agenda pembangunan inkl...
11/06/2026
Program Mahasiswa Budiman @ Komuniti kali pertama telah berlangsung di Pusat Masakan KEMAS Kampung Sungai Gulang-Gulang pada hari ini 9 Jun 2026.
Program Kelas Masakan ini merupakan anjuran Unit Pendidikan Kemahiran KEMAS Parlimen Tanjong Karang telah dihadiri oleh mahasiswa Unisel yang terdiri daripada pelajar program asasi, diploma dan ijazah sarjana muda.
Program ini memberikan peluang kepada mahasiswa untuk mempelajari beberapa menu masakan sambil berinteraksi bersama masyarakat setempat. Pelajar berpeluang beramah mesra bersama tenaga pengajar KEMAS, peserta-peserta kelas masakan yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur.
Selain itu, ketua kampung Sungai Gulang-Gulang juga mengambil kesempatan untuk menyantuni mahasiwa Unisel dan sangat teruja melihat kemeriahan dan keseronokan mahasiswa beraktiviti bersama masyarakat setempat.
11/06/2026
PM Dr. Hamdan bersama Team HEP telah hadir ke Majlis Pelancaran Dasar OKU Selangor 2026 yang berlangsung pada hari ini di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM.
Dasar OKU Selangor ini merupakan hasil penyelidikan yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Hamdan sejak Mei 2024, melibatkan pelbagai sesi libat urus bersama UNISEL, Taylor’s University, agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) serta komuniti OKU bagi memastikan dasar yang dibangunkan bersifat inklusif, komprehensif dan memenuhi keperluan sebenar golongan sasaran.
Majlis telah disempurnakan oleh YB Anfaal Saari, EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor, yang mewakili YAB Dato’ Menteri Besar Selangor.
Semoga pelancaran dasar ini menjadi pemangkin kepada usaha memperkasa golongan OKU serta memperkukuh agenda inklusiviti, kebajikan dan kesejahteraan masyarakat di Negeri Selangor.
11/06/2026
Program Stem di SK Lembah Beringin anjuran JPN. Wakil Unisel sebagai Hakim Competition. Bersama Hakim dari UITM
11/06/2026
Seminar Pendidikan : Guru Profesional, Sifat Amanah
11/06/2026
Prof. Madya Dr. Hamdan TNC PPJK mewakili YB Mohd Najwan Halimi, EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor merasmikan Seminar Keluarga PERMATA (Pemerkasaan Rumah Tangga) di LT 2, Unisel Shah Alam.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the university
Telephone
Website
Address
Shah Alam
40000
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Friday | 09:00 - 17:00 |