Permodalan Negeri Selangor Berhad - PNSB RASMI
PNSB mula beroperasi pada 1 Disember 1991. Modal dibenar adalah sebanyak RM100 juta manakala modal berbayar adalah RM24 juta.
Selamat datang ke laman Facebook rasmi Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB)
Untuk sebarang maklumat atau pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di 0356501700 atau email kami di [email protected] atau [email protected] Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) merupakan anak syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Selangor dan telah diperbadankan pada 15 Oktober 1990 di bawah Akta Syarikat 1965. PNSB t
12/06/2026
SHAH ALAM, 11 JUN 2026 – Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), melalui anak syarikat milik penuhnya, PNSB Construction Sdn. Bhd. (PCSB) memeterai perjanjian konsortium secara rasmi pada hari ini bersama Titijaya Land Berhad, melalui anak syarikat milik penuhnya, NPO Builders Sdn. Bhd. (NPO). Kerjasama strategik ini bertujuan untuk melaksanakan pembinaan skim perumahan mampu milik di bawah projek Rumah Idaman.
Konsortium ini menggabungkan keupayaan taktikal PCSB di peringkat negeri serta kepakaran pembangunan hartanah yang dimiliki oleh NPO. Fokus utama konsortium ini adalah untuk membina ruang kediaman mampu milik yang berkualiti tinggi, sekaligus menyokong aspirasi dan usaha berterusan Kerajaan Negeri Selangor dalam memperluas pemilikan rumah dalam kalangan rakyat.
11/06/2026
SELANGOR | Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) menerusi anak syarikatnya PNSB Construction Sdn Bhd (PCSB) memeterai perjanjian konsortium bersama NPO Builders Sdn Bhd (NPO) bagi membangunkan 1,202 unit Rumah Idaman di U6, Bandar Bukit Raja.
Baca selanjutnya https://shorturl.at/fijTU
05/06/2026
SHAH ALAM, 4 Jun 2026 - PNSB telah menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pegawai Eksekutif Air Lestari Sdn Bhd di Pejabat PNSB.
Sesi perbincangan yang berlangsung membuka ruang kepada penerokaan peluang kerjasama strategik dalam aspek pengurusan air mampan dan pembangunan lestari, selaras dengan komitmen PNSB terhadap amalan ESG serta pembangunan berimpak tinggi untuk Negeri Selangor.
04/06/2026
DAULAT TUANKU
Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda yang ke-55.
Semoga Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan, keberkatan serta berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.
Sembah takzim daripada Ketua Pegawai Eksekutif, Pengurusan & Warga Kerja PNSB dan anak-anak syarikat.
04/06/2026
BUKIT JELUTONG, 3 Jun 2026 - Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) telah menerima kunjungan delegasi dari Wilayah Fergana, Uzbekistan ke Rumah Idaman Bukit Jelutong. Delegasi tersebut diketuai oleh Mr. Hayrullo Bozorov, Governor of the Fergana Region of Uzbekistan, bersama Dr. Karomiddin Gadoev dan Mr. Nuriddin Mamajonov, Deputy Governor of Fergana Region.
Lawatan ini bertujuan untuk meninjau pembangunan perumahan mampu milik yang dilaksanakan menerusi projek Rumah Idaman Bukit Jelutong serta memahami pendekatan pembangunan yang diterapkan oleh PNSB dalam menyediakan kediaman berkualiti dan berdaya huni untuk masyarakat. Delegasi turut diberikan taklimat mengenai konsep pembangunan, kemudahan yang disediakan serta inisiatif yang dilaksanakan bagi menyokong agenda pemilikan rumah di Negeri Selangor.
Kunjungan ini mencerminkan hubungan yang erat serta membuka ruang kepada pertukaran pandangan dan perkongsian amalan terbaik dalam aspek pembangunan perumahan, perancangan bandar dan pembangunan komuniti yang mampan antara kedua-dua pihak.
01/06/2026
DIRGAHAYU TUANKU
Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG
SULTAN IBRAHIM
Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku
Pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.
Sembah takzim daripada Ketua Pegawai Eksekutif, Pengurusan, Warga Kerja PNSB & Anak-Anak Syarikat.
31/05/2026
Selamat Menyambut Hari Wesak kepada seluruh penganut Buddha. Semoga perayaan yang penuh bermakna ini membawa kedamaian, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada semua.
Ikhlas daripada Ketua Pegawai Eksekutif, Pengurusan, Warga Kerja PNSB & Anak-Anak Syarikat.
26/05/2026
Aidiladha hadir membawa sinar keinsafan dan pengertian tentang sebuah pengorbanan ✨
Semoga kita semua sentiasa diberi kekuatan untuk terus ikhlas dalam setiap perkara, tabah menghadapi ujian dan sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakan. Walau berjauhan, semoga kasih sayang dan silaturahim antara kita terus utuh dan berkekalan.
Selamat Hari Raya Aidiladha. Semoga segala amal ibadah diterima dan setiap doa dimakbulkan.
Ikhlas daripada Ketua Pegawai Eksekutif, Pengurusan, Warga Kerja PNSB & Anak Syarikat.
16/05/2026
PNSB mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik yang terus menabur bakti, membentuk generasi berilmu dan menjadi inspirasi kepada pembangunan negara.
Terima kasih atas segala jasa, pengorbanan dan dedikasi dalam mendidik anak bangsa.
“Guru Bitara, Nadi Negara”
16 Mei 2026
Ikhlas daripada seluruh warga kerja PNSB & Anak Syarikat
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the organization
Telephone
Website
Address
Tingkat 16, Menara Naza TTDI, No. 11, Jalan Judo 13/45, Seksyen 13
Shah Alam
40100