ISMA Kota Raja
ISMA Cawangan Kota Raja memfokuskan aktiviti di sekitar Shah Alam Selatan, meliputi kawasan Kota Kemuning, Jalan Kebun dan sekitarnya.
Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) merupakan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang memfokuskan pembangunan masyarakat melalui dakwah, pendidikan dan khidmat masyarakat. Ditubuhkan secara rasmi pada 7 Julai 1997, ISMA fokus memainkan peranan dalam masyarakat dengan usaha untuk membentuk dan membina masyrakat Islam yang unggul dan gemilang.
17/04/2026
"MENGECEWAKAN!"
Sangat mengecewakan apabila kita melihat pelajar universiti yang sepatutnya menjadi harapan bangsa dan agama,
gagal membezakan antara yang betul dan salah.
Ini bukan kesilapan yang tidak disengajakan.
Pelajar universiti!
Anda bukan sahaja diharapkan untuk mengejar ilmu,
tetapi juga untuk menjadi contoh terbaik dalam setiap tindakan.
Ingatlah, adik-adik remaja di luar sana memandang
dan mengikuti jejak langkah anda.
Tanggungjawab yang besar ada di bahu anda untuk menunjukkan contoh tauladan yang baik dan terpuji.
Untuk adik-adik yang masih mencari arah,
bijaklah dalam membuat pilihan.
Usia muda hanya datang sekali. Jangan biarkan nafsu dan pengaruh luar menentukan masa depan dan maruah diri.
Hanya kita yang mampu menjaga harga diri, dan kelak, kita juga yang akan menanggung akibatnya jika kita salah langkah.
Karya seni itu penting,
namun seni yang melanggar syariat tidak akan mendatangkan kebaikan.
Teater yang bercampur lelaki dan perempuan yang tidak menepati batasan agama perlu dihentikan. Karya seni yang baik adalah yang dapat mengangkat martabat agama dan bangsa tanpa melanggar syariat. Mari kita jadikan perkara ini sebagai pengajaran untuk semua, supaya kita tidak mengorbankan nilai-nilai murni demi hiburan semata-mata.
Puan Norsakinah Mohamad Osman,
Ketua Biro Keluarga & Masyarakat.
ISMA Kota Raja
20/03/2026
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin ISMA Kota Raja ucapkan. Semoga segala amalan kita di bulan Ramadan diterima oleh Allah.
20/03/2026
✨ Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Penutupan Geng Mengaji ✨
📖 Majlis Khatam & Tadabbur Al-Quran
📅 14 Mac 2026 |
📍 SRI Darul Mutaadibin, Teluk Panglima Garang
“Sebaik-baik kamu adalah yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya.” (Hadis Riwayat Bukhari)
💜 Terima kasih kepada semua yang terlibat.
Semoga kita terus istiqamah bersama Al-Quran 🤍
📸 Majlis Khatam Al Quran Geng Ngaji Kelab Anak Anak Hebat NAZIM Kota Raja
19/03/2026
Malam ini...
Ramadan melambai pergi.
30 hari kita bersama Al-Quran.
30 hari kita bersama komuniti.
30 hari Allah lembutkan hati kita dengan ayat-ayat-Nya.
Tapi ingat , Quran bukan hanya untuk Ramadan.
Komuniti bukan hanya untuk terawih dan iftar bersama.
Allah berfirman:
"Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan mendirikan solat serta menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan... mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi."
(Surah Fatir: 29)
Biar Ramadan ini bukan titik akhir, tapi titik mula kita jadi insan yang lebih baik, bersama komuniti yang saling menguatkan.
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Taqabbalallahu minna wa minkum.
18/03/2026
🌙 MALAM TERAKHIR RAMADAN — SELAMAT TINGGAL YA RAMADAN
Malam ini...
Menangislah kalau boleh menangis.
Kerana Ramadan yang pergi, kita tidak tahu sama ada kita akan bertemu lagi dengannya.
Habiskan malam ini dengan sebaik-baiknya.
Solat. Doa. Taubat. Zikir.
Biar Ramadan pergi dengan kita sudah berubah,
bukan sekadar lebih kurus kerana berpuasa.
يا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ
"Wahai yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu."
Taqabbalallahu minna wa minkum. 🌙✨
17/03/2026
BERBAKI 2 MALAM, JANGAN SERAH KALAH
2 malam sahaja lagi.
Nafsu tahu masa ni kita mudah lengah, penat, nak pergi raya shopping, nak siapkan kuih...
Tapi jangan bagi nafsu menang malam ini.
2 malam.
Mungkin salah satunya adalah malam yang kita tunggu-tunggu sejak 11 bulan lalu.
Kejar sampai habis. Jangan serah kalah di garisan akhir.
16/03/2026
BERBAKI 3 MALAM, PECUTAN AKHIR
3 malam je lagi.
Rasa penat? Rasa dah tak larat?
Ingat, penat di dunia ini sementara.
Pahala Lailatul Qadar kekal selamanya.
Bangkit lagi malam ini.
Ambil wudhu. Solat. Berdoa.
Biar tiga malam ini jadi yang terbaik dalam hidup kita. 💪
15/03/2026
🌙 BERBAKI 4 MALAM, MALAM-MALAM GANJIL
4 malam lagi.
Nabi ﷺ bersabda: "Carilah Lailatul Qadar pada malam-malam ganjil dalam 10 malam terakhir Ramadan."
Malam ganjil akan datang, jangan lepaskan.
Hidupkan dengan ibadah. Kurangkan tidur. Perbanyak zikir.
Majlis Penutupan Geng Ngaji 1447H
ISMA KOTA RAJA
14/03/2026
BERBAKI 5 MALAM, PECUTAN SEDEKAH
5 malam lagi.
Nabi ﷺ paling pemurah pada bulan Ramadan, lebih-lebih lagi di 10 malam terakhir.
Sedekah malam ini, walaupun sedikit.
Kerana sedekah di Lailatul Qadar ibarat bersedekah 1000 bulan. 🌟
Belanja orang berbuka. Bantu jiran yang susah. Transfer duit pada ibu bapa. Apa sahaja, ikhlas kerana Allah.
13/03/2026
BERBAKI 6 MALAM, PECUTAN QURAN
6 malam lagi.
Bila kali terakhir kita duduk bersama Al-Quran — bukan sekadar baca, tapi rasa?
Malam ini, buka Quran.
Baca perlahan. Hayati maknanya.
Biar ayat-ayat Allah menyentuh hati yang mungkin sudah lama keras.
6 malam. Jom khatam bersama.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Contact the organization
Website
Address
13-1, Jalan Tanjung Rhu 30/165, Seksyen 30
Shah Alam
40460