PIKDM

PIKDM

Share

•Ilmu bil Amal •Amal bil Ihsan •Dakwah bil Hikmah

16/09/2026

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐊𝐄-𝟔𝟑

31 Ogos menandai kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Namun, 16 September 1963 ialah detik lahirnya Malaysia sebagai sebuah persekutuan.

Hari Malaysia mengingatkan bahawa negara ini tidak terbina atas keseragaman, tetapi melalui kesepakatan wilayah, kepelbagaian masyarakat dan perkongsian cita-cita. Kesejahteraan hanya dapat dinikmati apabila perpaduan diterjemahkan melalui ilmu, keadilan dan tanggungjawab bersama.

Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati

PERTUBUHAN ILMU KEBAJIKAN DAKWAH MALAYSIA

Ikuti perkembangan dan aktiviti PIKDM:
https://linktr.ee/PIKDM
www.pikdm.org.my

16/09/2026

� KULIAH KHAS PIKDM

Malaysia Bersaudara
Menurut Surah Al-Hujuraat

Surah Al-Hujuraat mengajar kita erti persaudaraan, menjaga adab dan menghindari perpecahan.

� Ust. Muhammad Izzat Che Husin
Pendakwah Bebas & Penasihat Agama PIKDM

� Rabu | 16 Sept 2026
� 9.00 – 10.00 pagi

� TONTON LIVE DI
YouTube & Facebook PIKDM

Mari bersama memahami panduan Surah Al-Hujuraat dalam
membina persaudaraan dan menghindari perpecahan.

https://linktr.ee/PIKDM
Jom sama-sama support dakwah:

*Tabung Dana Kuliah:* https://www.pikdm.org.my/donations/tabung-dana-kuliah/


� New to streaming or looking to level up? Check out StreamYard and get $10 discount! �

15/09/2026

Jemput Tonton 9am nanti

12/09/2026

RABIULAKHIR: ASAL PENAMAAN DAN KEDUDUKANNYA

Rabiulakhir atau Rabi‘ al-Akhir (ربيع الآخر) ialah bulan keempat dalam takwim Hijrah. Dalam sebahagian penulisan, bulan ini disebut Rabi‘ al-Thani. Namun, ahli bahasa lebih mengutamakan Rabi‘ al-Akhir kerana merujuk kepada bulan terakhir daripada dua bulan yang menggunakan nama Rabi‘.

Nama Rabi‘ dikaitkan dengan musim bunga ketika nama-nama bulan Arab ditetapkan. Setelah takwim lunar digunakan, bulan-bulan Hijrah bergerak merentasi semua musim dan tidak lagi terikat dengan keadaan cuaca tertentu.

Dalam masa yang sama, tiada dalil sahih yang mengkhususkan Rabiulakhir dengan puasa, solat, zikir atau ibadah tertentu.

Beberapa peristiwa sejarah turut dikaitkan dengan bulan ini, tetapi sebahagian tarikhnya diperselisihkan dan perlu dinilai berdasarkan sumber yang berautoriti.

Takwim Hijrah disusun berdasarkan peredaran hilal dan dijadikan sistem rasmi pada zaman Saidina Umar al-Khattab. Walaupun peristiwa hijrah menjadi asas penetapan era tersebut, Muharam dipilih sebagai permulaan tahun Hijrah.

Diriwayatkan bahawa para sahabat Rasulullah SAW mempelajari doa berikut apabila masuknya bulan atau tahun baharu, sebagaimana mereka mempelajari al-Quran:

اللهمَّ أَدْخِلْهُ عَلَينَا بالأَمْنِ والإِيمَانِ، والسَّلَامَةِ والإِسْلَامِ، وَجِوَارٍ مِنَ الشَّيطَانِ ورِضْوَانٍ من الرَّحْمَن

“Ya Allah, masukkanlah ia kepada kami dengan keamanan dan keimanan, kesejahteraan dan Islam, perlindungan daripada syaitan, serta keredaan daripada al-Rahman.”

Rujukan: al-Ṭabrānī, al-Mu‘jam al-Awsaṭ; Ibn Ḥajar, al-Iṣābah fī Tamyīz al-Ṣaḥābah.

PERTUBUHAN ILMU KEBAJIKAN DAKWAH MALAYSIA
Ikuti kemaskini aktiviti PIKDM
https://linktr.ee/PIKDM
www.pikdm.org.my

Photos from PIKDM's post 10/09/2026

𝐏𝐈𝐊𝐃𝐌 𝐇𝐀𝐃𝐈𝐑𝐈 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐄𝐍𝐀𝐍𝐆 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐓𝐔𝐍 𝐀𝐁𝐃𝐔𝐋 𝐑𝐀𝐙𝐀𝐊

Pada 8 September 2026, lima orang wakil Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PIKDM) telah memenuhi jemputan rasmi Arkib Negara Malaysia untuk menghadiri Program Mengenang Negarawan Tun Abdul Razak: “Arkitek Pembangunan Negara Bangsa” di Memorial Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur.

Program anjuran Kementerian Perpaduan Negara melalui Arkib Negara Malaysia bersama Yayasan Tun Razak ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

PIKDM merupakan antara 20 agensi dan pertubuhan yang dijemput, termasuk enam pertubuhan dari Selangor. Kebanyakan organisasi yang hadir mempunyai latar belakang dalam bidang pendidikan, sejarah, penulisan, warisan, kebudayaan dan kemasyarakatan.

Sejujurnya, kami berasa terkejut dan terharu ketika menerima jemputan ini. PIKDM masih merupakan sebuah organisasi yang sedang berkembang, sedangkan banyak pertubuhan lain yang hadir telah lama bergerak dalam bidang masing-masing.

Jemputan ini kami terima bukan sekadar sebagai satu penghormatan, tetapi juga sebagai amanah untuk memperluas peranan ilmu dalam gerak kerja kebajikan, dakwah dan kemasyarakatan terutama luar bandar dan pendalaman.

Antara pengisian program ialah sesi pengkisahan “Kisah dari Sri Taman”, Bicara Negarawan, pameran sejarah serta lawatan ke kediaman rasmi Tun Abdul Razak. Perbincangan menyentuh kepimpinan, pembangunan ekonomi, pembinaan negara bangsa serta peranan Rukun Negara dalam memupuk perpaduan.

Program ini turut bertujuan mendokumentasikan pengkisahan dan pengalaman individu yang pernah mengenali Tun Abdul Razak. Rakaman sejarah lisan tersebut penting untuk melengkapkan jurang maklumat, memperkayakan koleksi Arkib Negara dan menyediakan sumber rujukan kepada generasi akan datang.

Kehadiran ke program ini memberikan pendedahan baharu kepada wakil PIKDM tentang fungsi penting Arkib Negara. Arkib bukan sekadar tempat menyimpan dokumen lama, tetapi institusi yang memelihara memori negara agar sejarah dapat disemak, dikaji dan dipelajari berdasarkan sumber yang sahih.

Tun Abdul Razak p**a tidak seharusnya dikenang sebagai tokoh sejarah semata-mata. Penyata Razak, FELDA, pembangunan luar bandar, Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru merupakan antara asas penting yang telah membentuk perjalanan Malaysia.

Turut diberikan perhatian ialah peringatan Tun Abdul Razak tentang tiga ancaman terhadap negara, iaitu komunisme, komunalisme atau politik perkauman, dan rasuah. Walaupun bentuk ancaman tersebut berubah mengikut zaman, perpecahan kaum dan rasuah masih boleh merosakkan kestabilan serta masa depan negara.

Sejarah perlu dipelajari supaya kita memahami bagaimana pemimpin terdahulu mengurus perbezaan, membina semula kestabilan dan menentukan hala tuju negara ketika berhadapan dengan cabaran yang kompleks.

Bagi PIKDM, ilmu sejarah mempunyai hubungan yang rapat dengan pembangunan masyarakat. Kita tidak mampu merancang masa hadapan dengan baik jika tidak memahami pengalaman, kejayaan dan kesilapan generasi terdahulu.

PIKDM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Arkib Negara Malaysia atas jemputan dan kepercayaan yang diberikan. Kami hadir dengan rasa terharu dan p**ang membawa ilmu, pengalaman serta kesedaran bahawa mengenali sejarah bukan sekadar mengenang masa lalu—tetapi mengambil iktibar daripadanya untuk membina masa hadapan.

Sejarah yang dipelihara menjadi ingatan.
Sejarah yang dipelajari menjadi pedoman.

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
PIKDM

www.pikdm.org.my

10/09/2026

𝐊𝐮𝐥𝐢𝐚𝐡 𝐀𝐪𝐢𝐝𝐚𝐡 (𝐊𝐀-27)
Aqidah ahlus sunnah mengenai sahabat dan ahlul bait serta khilafah

Khamis, 10 Sep 𝟐𝟎𝟐𝟔
9:0𝟎am – 10:0𝟎 am

𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮: 𝗨𝘀𝘁𝗮𝘇 𝗟𝘂𝘁𝗳𝗶 𝗔𝘇𝗵𝗮𝗿 (𝗣𝗲𝗻𝗱𝗮𝗸𝘄𝗮𝗵 𝗕𝗲𝗯𝗮𝘀)

https://linktr.ee/PIKDM
Jom sama-sama support dakwah:

Tabung Dana Kuliah: https://www.pikdm.org.my/donations/tabung-dana-kuliah/

Tabung Pengurusan: https://www.pikdm.org.my/donations/tabung-pengurusan-pikdm/

Share, ajak kawan² & keluarga.
1 jam ilmu yang bermanfaat ini.



� New to streaming or looking to level up? Check out StreamYard and get $10 discount! �

09/09/2026

Jemput tonton kuliah Aqidah bersama Ust Lutfi Azhar.

KHAMIS [10/9]- 9:00pagi-10:00pagi.

PERTUBUHAN ILMU KEBAJIKAN DAKWAH MALAYSIA
Ikuti kemas kini aktiviti PIKDM
https://linktr.ee/PIKDM
www.pikdm.org.my

09/09/2026

𝐌𝐈𝐍𝐓𝐀𝐋𝐀𝐇 𝐃𝐎𝐀 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐖𝐀𝐊𝐓𝐔-𝐖𝐀𝐊𝐓𝐔 𝐌𝐔𝐒𝐓𝐀𝐉𝐀𝐁

Doa apabila terjaga pada waktu malam:

لَا إِلٰهَ إِلَّا اللّٰهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ، الْحَمْدُ لِلّٰهِ، وَسُبْحَانَ اللّٰهِ، وَلَا إِلٰهَ إِلَّا اللّٰهُ، وَاللّٰهُ أَكْبَرُ، وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللّٰهِ
Lā ilāha illallāhu waḥdahu lā syarīka lah, lahul-mulku wa lahul-ḥamdu, wa huwa ‘alā kulli syai’in qadīr. Alḥamdulillāh, wa subḥānallāh, wa lā ilāha illallāh, wallāhu akbar, wa lā ḥawla wa lā quwwata illā billāh.
Kemudian berdoalah:
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي
Allāhummaghfir lī.
“Ya Allah, ampunilah aku.”

Rasulullah ﷺ bersabda bahawa orang yang membacanya ketika terjaga pada malam hari, kemudian berdoa, doanya diperkenankan. Jika dia bangun berwuduk lalu solat, solatnya diterima. (Riwayat al-Bukhari)

Jika terjaga malam, ambillah peluang ini untuk beristighfar, berdoa dan menunaikan dua rakaat tahajud, mungkin Allah sedang menjemput kita untuk berbicara dengan-Nya.

Apabila terjaga pada waktu malam, jangan terus memejamkan mata. Ambillah kesempatan untuk mengingati Allah, beristighfar dan menyampaikan segala hajat kepada-Nya.

Bacalah zikir yang diajarkan oleh Rasulullah ﷺ seperti yang tertera pada poster, kemudian berdoalah.

Rasulullah ﷺ menyatakan bahawa sesiapa yang membacanya, kemudian berdoa, doanya diperkenankan. Jika dia bangun berwuduk lalu menunaikan solat, solatnya diterima.

Mungkin kita terjaga bukan sekadar kerana tidur terganggu. Barangkali itulah kesempatan untuk kita kembali mengadu, memohon dan mendekatkan diri kepada Allah.

Jangan lepaskan waktu yang berharga. Mintalah kepada Allah, Dia Maha Mendengar setiap doa.

[Riwayat al-Bukhari]

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
www.pikdm.org.my

09/09/2026

𝐊𝐔𝐋𝐈𝐀𝐇 𝐊𝐇𝐀𝐒 | 𝐖𝐀𝐒𝐈𝐀𝐓 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋𝐔𝐋𝐋𝐀𝐇 ﷺ
𝐌𝐞𝐧𝐠𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐮𝐧𝐧𝐚𝐡 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐊𝐞𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩𝐚𝐧

Part 4

Ust. Muhammad Izzat Che Husin
Pendakwah Bebas & Penasihat Agama PIKDM

Rabu | 9 Sept 2026
9.00 – 10.00 pagi

Jangan lepaskan majlis ilmu ini. Mari mengenali wasiat Baginda ﷺ, memahami sunnahnya dan berusaha menghidupkannya dalam kehidupan.

Kenali wasiatnya. Fahami sunnahnya. Hidupkan sunnahnya. ﷺ

https://linktr.ee/PIKDM
Jom sama-sama support dakwah:

Tabung Dana Kuliah: https://www.pikdm.org.my/donations/tabung-dana-kuliah/



� New to streaming or looking to level up? Check out StreamYard and get $10 discount! �

08/09/2026

Jemput Tonton Kuliah Khas Wasiat Rasulullah Part 4 (Akhir) bersama Ust Izzat Che Husin 9am nanti.

www.pikdm.org.my

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Shah Alam?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


C-2-20, Jalan SP 11/2, Seri Pristana, Saujana Utama, Sg Buloh
Shah Alam
47000