Shamsuddin Kadir
Saya S**a Emas. Nak teknik Membeli Rumah, Kebun, Tanah Lot 20 tahun lebih awal ? Ma
08/11/2025
Bismillah.
Kekalkan akaun 3 akaun flexible kerana itu adalah akaun kecemasan untuk rakyat.
Ianya seperti mana saya cadangkan kepada kerajaan semasa interview secara lisan dengan editor akhbar Sinar sekitar hujung tahun 2020 sewaktu i sinar hendak dilancarkan.
Itu akaun kecemasan untuk penjawat swasta mencipta tabung bantuan duit sendiri.
Shamsuddin Kadir
8 November 2025
07/10/2025
Bismillah. Bagi yang dapat surat cinta CP500 untuk YA 2025, Jika nak ubah terutama nak turunkan jumlah. bayarannya hubungi terus LHDN.
Mereka boleh runding, tiada masalah.
Masalahnya jika tidak tak bayar jumlahnya ataupun tak bayar langsung ikut jadual itu, tahun 2026 kita dapat denda 10%.
Mesejnya hubungi pihak lhdn jika kita tak mampu bayar jumlah ansuran ikut jadual, seberapa segera.
10% itu 2 tahun punya dividen jika letak tempat tertentu.
LHDN: Taxpayers reminded to apply to amend instalment amount by Oct 31 PUTRAJAYA: Taxpayers who have received the Instalment Payment Notice (CP500) for the Year of Assessment (YA) 2025 are reminded to submit an application to amend their instalment amount, if necessary, by Oct 31.
25/06/2025
Bismillah.
Minggu ini minggu hospital rasanya
Tiga orang klien saya masuk wad, dan setiap kali itu saya rasa seperti sedang menjaga keluarga sendiri.
📌 Kes 1 – Serangan buah pinggang. Ibu muda.
Baru cukup 1 tahun 7 bulan pemilikan kad. Tarikh kes 23 Jun 2025.
📌 Kes 2 – Te**is bengkak dan sakit.
Berlaku selepas 1 tahun 6 bulan memiliki kad medikal. Anak teruna belum kahwin bawah 30 tahun. Tarikh kes 24 Jun 2025
📌 Kes 3 – Pelajar universiti tak boleh bernafas, ibu bapa masih di Mekah/Madinah.
Kad baru 1 tahun 5 bulan.
Tarikh kes 25 Jun 2025
Nyaris untuk saya ke KPJ Kajang tadi jika warisnya tiada di kl. Sebab kita sebagai ibu bapa risau tentang anak tambahan ketika kita berada di luar negara.
Mungkin pengalaman masa kecil saya kerap ziarah arwah ayah dan kakak sulung di hospital, itu yang menyebabkan saya peka 'sikit' tentang kesakitan orang lain.
💡 Ilmu penting tentang Kad Medikal untuk yang belum tahu:
Ini berdasarkan rumusan peribadi saya di atas pengalaman.
🔸 1-120 hari pertama: Kad umpama TEMBAGA
🔸 121 hari - 24 bulan: Kad umpama PERAK
🔸 Selepas 2 tahun: Kad umpama EMAS
Selepas 2 tahun, kad menjadi sangat berkuasa. Tapi sebelum itu, perlu lalui tempoh siasatan (contestable period) jika berlaku apa-apa.
Ramai belum tahu perbezaan antara kad yang masih “tembaga” dan kad yang sudah jadi “emas”.
Jangan ambil ringan soal masa.
Bukan sebab nak sakit cepat. Tapi bila sakit datang lambat pun, kad masih belum cukup matang, ia tetap menjadi ujian.
“Permudahkan urusan orang lain untuk latih hati. Fikirkan masalah orang lain.”
Shamsuddin Kadir
09/06/2025
Bismillah.
Dari masa ke semasa adalah orang bertanya kenapa SK tulis buku?
Setiap buku yang ditulis InsyaAllah adalah senjata ilmu untuk membebaskan rakyat daripada belenggu hutang, kejahilan dan ketamakan sistem.
Buku-buku yang ditulis itu bukan sekadar untuk dibaca, tetapi untuk membuka mata rakyat agar nampak peluang yang selama ini tersembunyi.
Dengan ilmu kewangan hidup, insya-Allah hidup jadi lebih tenang, rezeki lebih lapang.
Ilmu untuk Bebas. Emas untuk Selamat. Rumah untuk Bermaruah InsyaAllah
Miliki Hartanah seawal usia bawah 25 tahun atau 28 tahun InsyaAllah.
Jangan leburkan masa depan dengan majlis kahwin ikut-ikutan. Kerana hidup susah lepas kahwin itupun masih pilihan kita.
Setiap baris yang ditulis, setiap buku yang dicetak, setiap ceramah yang disampaikan InsyaAllah ianya bukan untuk mengejar dunia.
Tapi untuk memberi bekal kepada diri ini, dan kepada setiap insan yang mahu bangkit.
Kerana hidup ini sebentar. Kita semua sedang menuju kubur.
Maka biarlah sebelum jasad ini disemadikan, sempat memberi cahaya kepada mereka yang sedang meraba dalam gelap.
Ilmu itu cahaya. Dan tugas saya selagi hayat dikan ohdung badan, adalah menyalakan sebanyak mungkin pelita untuk rakyat.
InsyaAllah Demi Rakyat, Demi Masa Depan, sebelum p**ang ke kubur
Shamsuddin Kadir
08/06/2025
Bismillah. Nabi Muhammad SAW
Suririmah pun boleh berpendapatan RM 7,000 ramai yang kerja sepenuh masa pun ramai yang todak dapat gaji walaupun RM 3,500 sebulan, kenapa? Jawapannya 👇
Tak Ramai Orang Perasan Dua Ilmu Ini. Tapi Inilah Rahsia Orang Tak Mudah Jatuh Miskin / Lingkup.
Ada orang dari kecil hidup susah, tapi bila dewasa hidupnya berubah.
Ada p**a orang yang dulunya senang, tiba-tiba hidup kais pagi makan pagi.
Apa beza mereka?
Sebenarnya… mereka yang terus bertahan dan bangkit ada dua ilmu ini:
1. Bukan senang nak dapat duit
Mereka tahu susah-payah cari rezeki, jadi mereka jaga, simpan, dan gandakan.
Bukan terus belanja ikut s**a.
2. Bukan susah nak dapat duit
Mereka tak takut cari peluang. Mereka kreatif, belajar, dan berani cuba cara yang betul untuk tambah pendapatan.
Mereka tak tunggu bantuan, sebaliknya mereka cipta jalan.
Siapa yang kuasai dua ilmu ini, insyaAllah s**ar nak lingkup.
Dia tahu jaga harta, dan dia tahu tambah harta.
Ini antara ilmu penting yang perlu disebarkan agar rakyat tidak terus terjerat dalam dunia yang terlebih miskin.
Seorang technician perempuan pencuci penapis Air di rumah yang saya jumpa dalam penerbangan ke Sabah InsyaAllah suatu ketika dahulu, berpendapatan rm 18,000.
Saya perhatikan beliau ada dan kuasai 2 ilmu di atas.
"Berilmu untuk beramal, beramal untuk senang dan tenang InsyaAllah."
Shamsuddin Kadir
Bismillah.
✅ Tip SK Nation
Untuk Kereta: Beli dan Berapa Lama Kena Pakai
1. Kereta bukan simbol kekayaan, tetapi alat pergerakan.
2. Beli kereta yang mampu dibayar sepenuhnya dalam tempoh 5 tahun atau kurang.
3. Elakkan ansuran melebihi 15% daripada pendapatan bersih bulanan.
4. Pilih kereta second hand yang berkualiti jika mahu bebas beban hutang lebih awal.
5. Kalau gaji kecil, beli kereta kecil. Kalau belum mampu, guna pengangkutan awam, e-hailing, atau kongsi kereta.
6. Tempoh penggunaan minimum kereta ialah 10 tahun. Kalau dijaga elok, 15 tahun pun masih jimat. Ada kereta yang sudah 25 tahun usianya SK masih pakai lagi🫢😁.
7. Semakin lama kereta digunakan selepas habis bayar ansuran, semakin cepat jadi orang berharta, bukan berhutang.
8. Elakkan tukar kereta kerana trend atau "nak nampak berjaya". Kereta mahal, hutang pun mahal.
Shamsuddin Kadir
Hidup Biar Berbakti, Mati Biar Bererti
04/06/2025
Bismillah.
Tip Kewangan Rakyat:
Jangan mudah terpedaya melabur duit persaraan dalam koperasi – lebih-lebih lagi yang menjanjikan p**angan luar biasa.
Ramai rakyat biasa sudah jadi mangsa. Duit KWSP, duit pampasan, duit pencen – habis dilabur dengan harapan dapat p**angan bulanan. Akhirnya, bukan saja p**angan tak dapat, modal pun lesap.
Ada yang sampai terpaksa kerja semula di usia tua.
Ada yang sampai hilang tempat bergantung.
Berhati-hatilah. Duit persaraan bukan untuk diuji atau digandakan secara gopoh.
Lindungi hasil titik peluh bertahun-tahun.
Fikir panjang sebelum serah duit SEMUA DUIT HARI TUA kepada mana-mana koperasi, skim atau pelaburan yang tak terbukti.
Bismillah.
BNPL (Buy Now Pay Later) bukan solusi untuk rakyat, tetapi satu bentuk hutang baharu yang memperdaya orang yang kurang celik kewangan.
Ia memperlihatkan seolah-olah memudahkan urusan, namun realitinya menjerat pengguna dengan komitmen kewangan yang tersembunyi.
Dalam jangka pendek, ia kelihatan menarik – beli barang tanpa bayar penuh – tetapi dalam jangka panjang, rakyat menanggung beban hutang yang semakin bertambah tanpa sedar.
BNPL mendorong kepada budaya berbelanja tanpa mengikut kemampuan sebenar.
Ia menggoda pengguna untuk membeli perkara yang bukan keperluan, hanya kerana boleh ditangguhkan bayaran.
Sedangkan, Islam mengajar untuk hidup bersederhana, berbelanja mengikut kemampuan, dan menjauhi hutang melainkan benar-benar perlu.
BNPL juga tidak mendidik rakyat tentang nilai sabar dan merancang kewangan. Ia menggalakkan impulsif (belian terburu)dan lalai dalam mentadbir duit.
Akhirnya, ramai yang terjerat dengan bayaran ansuran yang bertindan, denda kelewatan, dan kesempitan kewangan.
Jika mahu lebih membantu rakyat, bantu mereka dengan pendidikan kewangan, kursus 1-2 hari menanda aras kualiti kerja dan kawalan lambakan barang BUKAN keperluan – bukan dengan membuka lebih banyak pintu hutang.
BNPL bukan untuk rakyat Malaysia
Wallahu a‘lam.
Shamsuddin Kadir
Kewangan Rakyat
24/04/2025
Bismillah. Nabi Muhammad SAW
Nak makan gaji?
Usahakan jadi pegawai ke atas jika dalam sektor kerajaan.
Jika masuk kerajaan dengan SPM atau diploma, sambung belajar segera.
Kalau di sektor swasta, target jawatan pengurus dan ke atas, walaupun ambil masa bertahun.
Kalau buat bisnes?
Pastikan simpanan persaraan dalam KWSP sekurang-kurangnya RM500,000 bila umur 50.
Tapi yang NAK lebih selamat: RM1-2 juta ke atas.
KECUALI jika mampu cipta dana persaraan 3 segi… atau 5 segi.
Dan jangan curi tulang, jangan ambil hak orang lain, jangan tipu timbangan (walaupun bekerja sebagai REN jual rumah ataupun kereta) dan jangan ambil ataupun bagi rasuah (sebab kita sudah makan sekurang-kurangnya hak setiap anak yatim di seluruh Malaysia).
Terlibat dengan rasuah antara perkara yang PALING gila dalam hidup, tengok orang gila pun tak ambil dan beri rasuah ya.
Shamsuddin Kadir
Hidup biar ada arah, wang biar ada maruah.
20/03/2025
Bismillah. Nabi Muhammad SAW.
Emas adalah alat bukan matlamat
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the public figure
Telephone
Website
Address
53300