Hello..Vet Disini

Hello..Vet Disini

Share

Merupakan sebuah anak syarikat Bumiputera yang menyediakan perkhidmatan rawatan dan pembedahan veter

OPERATION HOURS DURING PKPB 2.0

MONDAY : OFFDAY
TUESDAY - THURSDAY : 12.00NOON TILL 9.00PM
FRIDAY : 03.00PM - 9.00PM
SATURDAY & SUNDAY : 12.00PM TILL 06.00PM

APPOINTMENT IS A MUST.

07/06/2026

Bismillah..

Comel tak? korang rasa kalau kami keluarkan koleksi kad tng edisi terhad ok x? Kalau ok korang rasa design mana yg comel? ke dua-dua? hahaha

26/05/2026

Bismillah

Semoga Hari Raya Aidiladha ini membawa keberkatan, keikhlasan dan rasa syukur dalam setiap pengorbanan yang kita lakukan.

Hari Raya Aidiladha bukan sekadar sambutan, tetapi satu peringatan tentang erti pengorbanan, kesabaran dan kasih sayang sesama insan. Dalam kemeriahan berkumpul bersama keluarga, sahabat dan jiran tetangga, saat inilah yang menjadikan hubungan lebih erat dan bermakna.

Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh rakyat Malaysia. Semoga ibadah korban diterima, rezeki diberkati dan setiap perjalanan pulang ke kampung dipermudahkan.

Klinik Haiwan & Surgeri Puncak Jalil cuti esok Sempena Aidil Adha dan akan dibuka seperti biasa pada hari Khamis 28 May 2026 ya.

Pertanyaan, sila hubungi 0395452879 / 0176598036 ekk

21/05/2026

Bismillah

PROGRAM TNR (TRAP NEUTER DAN RELEASE --- FOR STRAYS and FERAL CATS) SENTIASA BERJALAN DI KLINIK KAMI.

WALAUBAGAIMAPUN, TERMA DAN SYARAT UTK PROGRAM INI SENTIASA KETAT DAN BERASASKAN TEMUJANJI SAHAJA SERTA WAJIB DITEMUDUGA TERLEBIH DAHULU BAGI YANG BELUM PERNAH MENYERTAI.

TEMUJANJI UNTUK TEMUDUGA BOLEH DIBUAT MELALUI WHATSAPP (0176598036 - BABAH) -- TIADA ONLINE INTERVIEW TAU. MMG WAJIB DTG KLINIK TANPA MEMBAWA KUCING DULU.

DAN TNR HANYALAH DIBUKA UTK KUCING-KUCING TERBIAR (STRAY) ATAU KUCING-KUCING LIAR (FERAL) BG MENGELAKKAN POPULASI MEREKA BERTAMBAH BIAK.

APA ITU STRAY, FERAL CATS?

1. Stray Cat / Kucing Terbiar.
kucing2 yang tidak bertuan, tinggal gelandangan...tidak berumah...dibuang atau diabaikan oleh penjaga asalnya.

2. Feral Cat / Kucing Liar.
Kucing yg semulajadinya dilahirkan dan membesar tanpa sentuhan kasih sayang manusia. Gelandangan, tidak berumah. Menyelongkar sampah2...nampak je muka korang, terus mereka berdesup lari...hilangkan diri...

3. Household Cat / Kucing Peliharaan
Just like Avril, Dahlia, Vanilla... dan semua kucing2 korang yang divaksin...diberi makan on time...tido atas sofa empuk...boleh cakar2 sofa Lorenzo korang yg berharga 400juta tu.

Terma dan Syarat TNR kami hanya akan huraikan sewaktu interview sahaja, tidak akan diberitahu secara atas talian ek..

Terima KAsih uols

20/05/2026

Bismillah.

Hmm...tahukah anda, kesalahan membuang kucing diklasifikasikan sebagai pengabaian haiwan yang tidak lagi dipandang remeh.. Sekiranya korang ditangkap melalkukan kesalahan dengan bukti yang nyata, hukuman berat menanti...

Jemputla baca infografik yg babah dah generatekan utk kefahaman korang ya..

19/05/2026

Bismillah.

Acapkali kami nampak muka owner berkerut..bilamana vet-vet kami menggunakan ubat kutu dari jenis titisan ( "spot-on" ) pada anak-anak bulus. Sewaktu di kaunter, owner akan bertanya bagaimana ubat kutu dari jenis ini menjalankan kerjanya.

Haa..video yg Babah uploadkan ini dikeluarkan oleh Bayer dan memberikan penjelasan yang sangat nyata ttg bagaimana menggunakan dan bagaimana racun ini berfungsi dgn selamat sewaktu digunakan pada si comel.

P/s : Harus di ingat, ubat kutu dan ubat cacing adalah racun terkawal dan hanya boleh digunakan dibawah pemantauan dan nasihat veterinar bertauliah sahaja. Kesilapan penggunaan boleh mengakibatkan kes keracunan dan kematian.

Harap Maklum

16/05/2026

Bismillah.

Selamat Hari Guru kepada semua insan hebat yang tidak pernah jemu mendidik, membimbing dan mencorak masa depan anak bangsa.

Seorang guru bukan sekadar mengajar membaca dan mengira, tetapi membina keyakinan, menyemai impian dan menyalakan harapan dalam setiap jiwa pelajar. Di sebalik setiap kejayaan, pasti ada pengorbanan seorang guru yang tidak pernah meminta balasan.

Terima kasih kerana tetap kuat walau penat, tetap sabar walau diuji, dan tetap ikhlas walau sering tidak dihargai. Kata-kata seorang guru mampu mengubah kehidupan, dan sentuhan ilmu seorang guru mampu mengubah dunia.

Teruslah menjadi cahaya yang menerangi jalan generasi masa depan.
Teruslah mendidik dengan hati, kerana jasa seorang guru akan kekal abadi hingga ke akhir hayat.

“Guru bukan hanya mengajar untuk hari ini, tetapi membentuk masa depan untuk selamanya.”

Selamat Hari Guru!
Terima kasih cikgu, wira sebenar pembina bangsa!!

16/05/2026

BISMILLAH
DENTAL SCALING PADA FURRBABY? ADA KE? PERLU KE? HMM JEMPUT LA BACA EKK
HEHEHE

12/05/2026

Bismillah

Gigi Kucing ada berapa? ha nah..refresh memori sikit ekk

10/05/2026

Bismillah.
Kucing tak berpeluh? Ye ke? Cer baca...

08/05/2026

Bismillah.

Happy Cat Minkas Urinary Care berfungsi untuk menjaga kesihatan saluran kencing kucing dewasa dengan menurunkan pH air kencing.

Makanan ini dirumus khas dengan kandungan magnesium dan fosforus yang dikurangkan, dan tinggi dengan protein ayam yang mudah dihadam untuk mengelakkan risiko penyakit saluran kencing seperti struvite.

Berikut adalah fungsi dan kelebihan utama produk ini:

1. Mengekalkan Kesihatan Saluran Kencing: Direka khas untuk menyokong sistem kencing dan mencegah gangguan pundi kencing.

2. Mengurangkan pH Air Kencing: Membantu menurunkan pH air kencing untuk memastikan ia seimbang, seterusnya meringankan beban pada buah pinggang dan menghalang pembentukan saluran kencing hablur/batu

3. Mengurangkan kandungan mineral fosfat/batu yang merupakan faktor utama dalam mencegah penyakit saluran kencing (FLUTD).

4. Protein Berkualiti Tinggi: Mengandungi 84% protein haiwan daripada ayam yang mudah dihadam.

5. Pemakanan Seimbang & Selamat: Dibuat tanpa pewarna, perisa atau pengawet tiruan.

Produk ini sangat sesuai digunakan sebagai makanan harian untuk mengekalkan kesihatan saluran kencing terutama bagi kucing yang sensitif atau pernah mengalami masalah saluran kencing.

p/s : ada dijual di Klinik Haiwan & Surgeri Puncak Jalil ek...tapi pada stok yang terhad.

Want your business to be the top-listed Pet Store/pet Service in Seri Kembangan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


No 29G, Jalan PUJ 3/8, Taman Puncak Jalil
Seri Kembangan
43300

Opening Hours

Tuesday 12:00 - 21:00
Wednesday 12:00 - 21:00
Thursday 12:00 - 21:30
Friday 15:00 - 21:00
Saturday 12:00 - 18:00
Sunday 12:00 - 18:00