DOSM Negeri Sembilan

DOSM Negeri Sembilan

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from DOSM Negeri Sembilan, Government Organization, Seremban.

Sebagai agensi utama dalam bidang perangkaan ke arah sistem maklumat yang bermutu, berorientasikan pengguna dan bertepatan masa, untuk pembentukan dasar perancangan pembangunan dan pentadbiran negara.

31/05/2026

DAULAT TUANKU

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah Kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong ke XVII, pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Sembah Takzim Daripada
Pengarah dan Warga Kerja
DOSM Negeri Sembilan

Photos from DOSM Negeri Sembilan's post 30/05/2026

PELAKSANAAN KERJA OPERASI BANCI EKONOMI 2026 (BE 2026) FASA 2 DI NEGERI SEMBILAN

Dikongsikan kerja-kerja Pelaksanaan Banci Ekonomi 2026 (BE 2026) dan NPI (Non Profit Institution) pada:

📆 Khamis-Jumaat, 28-29 Mei 2026

Daerah: Jempol
Lokasi:
🔸 Felda Palong 9, 10, dan 11

Kerjasama dan komitmen semua pihak amatlah dituntut demi kemajuan negara.
Sumbangan kecil anda..
Amat besar ertinya kepada 🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾

Photos from DOSM Negeri Sembilan's post 30/05/2026

PELAKSANAAN KERJA OPERASI BANCI EKONOMI 2026 (BE 2026) FASA 2 DI NEGERI SEMBILAN

Dikongsikan kerja-kerja Pelaksanaan Banci Ekonomi 2026 (BE 2026) dan NPI (Non Profit Institution) pada:

📆 Khamis-Jumaat, 28-29 Mei 2026

Daerah: Rembau
Lokasi:
🔸 Pedas Tengah
🔸 Pedas Indah
🔸 Kundur
🔸 Pekan Rembau
🔸 Chengkau
🔸 Pulau Mampat
🔸 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)
🔸 Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK)
🔸 Restoran Ikan Bakar Sungai Rembau

Kerjasama dan komitmen semua pihak amatlah dituntut demi kemajuan negara.
Sumbangan kecil anda..
Amat besar ertinya kepada 🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾

30/05/2026

Selamat Menyambut Hari Wesak 2026 kepada semua penganut Buddha yang meraikannya.

Semoga sambutan yang penuh bermakna ini mengingatkan kita semua tentang nilai-nilai murni seperti kasih sayang, kesederhanaan, keharmonian dan kedamaian sejagat.

Ikhlas Daripada,
Pengarah dan Warga Kerja
DOSM Negeri Sembilan

26/05/2026

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H/2026

Semoga semangat pengorbanan dan keikhlasan Aidiladha terus menyatukan ukhuwah serta membawa keberkatan kepada kita semua.

Ikhlas daripada,
Pengarah dan Warga Kerja
DOSM Negeri Sembilan

Photos from DOSM Negeri Sembilan's post 21/05/2026

Khamis, 21 Mei 2026

Sesi Penyelenggaraan Pencegahan (Preventive Maintenance) bagi Mesin Pengimbas ICR berserta taklimat penggunaan TransformIR (Perisian ICR) bagi Banci Ekonomi 2026 (BE2026) telah dilaksanakan di DOSM Negeri Sembilan.

Kerja-kerja pemasangan, penetapan dan pengujian sistem telah diadakan bagi memastikan proses pengimbasan serta pemprosesan data dapat dilaksanakan dengan lebih lancar.

Terima kasih kepada dua orang pegawai daripada Bahagian Pengurusan Maklumat iaitu Puan Haniza dan Cik Nur Aina Nabilah yang telah memberikan komitmen serta berkongsi ilmu sepanjang sesi yang berlangsung selama tiga hari (19-21 Mei 2026). Sesi hands-on penggunaan mesin pengimbas ICR amatlah bermanfaat dan membantu meningkatkan kefahaman serta kemahiran peserta dalam pengendalian sistem pengimbasan dengan lebih efisien dan teratur.

Semoga segala ilmu yang dikongsikan dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam memastikan kejayaan Banci Ekonomi 2026 ini.

16/05/2026

Seorang guru mungkin tidak selalu diingati setiap hari..
Tetapi kata-katanya sering muncul semula ketika hidup mula mengajar tentang realiti…

Mungkin kami pernah lupa mengucapkan terima kasih…
Mungkin kami pernah menjadi pelajar yang banyak menguji kesabaran…

Mereka terluka dalam diam, tetapi tetap mengajar dengan penuh harapan…

Seorang guru bukan sekadar mengajar di hadapan kelas…tetapi diam-diam membentuk manusia untuk menghadapi dunia yang keras..

Selamat Hari Guru…
Terima kasih kerana budimu tidak mungkin terbalas…

Ikhlas Daripada,
Pengarah dan Warga Kerja
DOSM Negeri Sembilan

Photos from DOSM Negeri Sembilan's post 15/05/2026

Jumaat, 16 Mei 2026

Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil ringkas telah diadakan di Bilik Salatin, Era Square dipimpin oleh Encik Muhammad Danial Izzat bin Mohd Nor dan dihadiri oleh hampir 70 orang anggota tetap dan Personal MySTEP.

Majlis Bacaan Yasin ini diadakan sebagai wadah memanjatkan doa memohon kesejahteraan, kerahmatan dan dipermudahkan segala urusan buat seluruh warga DOSM Negeri Sembilan yang sedang diuji dengan masalah kesihatan.

“Sesungguhnya Allah mengangkat darjat sesuatu kaum dengan al-Quran dan merendahkan kaum yang lain dengannya.”
Hadis riwayat Imam Muslim.

Photos from DOSM Negeri Sembilan's post 13/05/2026

Rabu, 13 Mei 2026

Sesi Taklimat dan Latihan Pengisian Borang Soal Selidik Banci Ekonomi 2026 (BE 2026) bagi Liputan Non Profit Institution (NPI) kepada semua warga DOSM Negeri Sembilan telah diadakan di Bilik Salatin, Era Square.

Taklimat yang telah disampaikan oleh Cik Yuslianah binti Yusof adalah bertujuan untuk menerangkan:

🔸Mengenai data pendapatan dan perbelanjaan yang perlu dikumpul
🔸Konsep pembiayaan atau dana yang diterima
🔸Definisi sukarelawan dan tenaga kerja bagi sektor NPI
🔸Pemilikan aset yang perlu direkodkan dan aktiviti organisasi terpilih.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir. Semoga segala penerangan yang disampaikan dapat membantu memudahkan proses pengisian borang selidik dengan lebih tepat dan berkesan.

Want your organization to be the top-listed Government Service in Seremban?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Seremban
70000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00