Fara LaiQa
Hi, I am Fara LaiQa. Follow saya untuk tips simpan emas dan motivasi untuk wanita.
03/06/2026
Simpan 27 tahun, habis licin dalam 7 tahun? Seram tapi ini realiti.
Bayangkan kita dah kerja keras, ikat perut, kutip sikit-sikit selama 27 tahun sampai berjaya kumpul RM750,000.
Rasa macam dah selamat sangat kan untuk pencen?
Tapi tahu tak, ada kisah benar di Malaysia ni, duit sebanyak tu habis licin dalam masa 7 tahun je lepas bersara.
Sedih, tapi ini pengajaran mahal untuk kita semua.
Mana pergi RM750k tu?
Bila dapat duit sedebuk lepas pencen, ramai yang tersilap langkah sebab "terlampau teruja".
Antara punca utama dana bocor:
- Renovate rumah: Sekali buat, terbang RM200,000.
- Kahwin anak: Nak jaga hantaran dan buat majlis grand, kena lagi RM70,000.
Dua benda ni dah telan hampir RM300k!
Itu belum kira kos sara hidup harian, bil, makan minum yang berjalan macam biasa setiap bulan.
Sebab itu kita kena beringat sekarang.
Masa depan ada 3 cabaran besar:
1. Inflasi: Duit RM50 kita sekarang pun dah rasa kecil, apatah lagi 10β20 tahun akan datang. Nilai duit makin menyusut.
2. Kos Kecemasan: Sakit pening atau benda luar jangka di hari tua, waktu tu simpananlah benteng terakhir kita.
3. Ketenangan Minda: Takkan umur 60-an baru nak pening kepala fikir mana nak cari duit beli beras, betul tak?
Sebab tu penting untuk kita agihkan (diversify) siap-siap dana persaraan kita.
Jangan simpan kat satu tempat je. Macam saya sendiri, saya pecahkan portfolio siap-siap:
a. KWSP: Untuk dividen tahunan dan dana asas persaraan.
b. Tabung Haji: Untuk simpanan tunai yang selamat, patuh syariah, dan urusan haji/umrah.
c. Emas 24K: Ini benteng paling kuat untuk lawan inflasi. Duit kertas boleh susut nilai, tapi emas maintain kuasanya jangka panjang.
Belajarlah daripada kesilapan orang lain sebelum kita sendiri yang terduduk nanti.
Korang p**ak macam mana?
Dah mula diversify simpanan untuk hari tua?
https://linktr.ee/faralaiqa
02/06/2026
Poket Selalu 'Kering'? Ini 5 Taktik Sorok Duit Daripada Diri Sendiri!
Masa dapat duit kemain seronok, tapi tak sampai seminggu tengok akaun bank tahu-tahu dah tinggal nyawa-nyawa ikan.
Licin! π
Kalau korang jenis tangan gatal nak berbelanja sampai simpanan selalu lebur, jom pakat cuba 5 cara sempoi ini untuk hancurkan tabiat boros:
1. Sorok Duit dalam Bentuk Emas
Cara paling ampuh nak bagi kita malas berbelanja adalah dengan tukar wang tunai tu jadi emas (goldbar, dinar atau barang kemas) atau perak.
Bila duit dah jadi ketul-ketul emas ni, automatik kita rasa sayang nak jual balik semata-mata nak beli benda remeh.
Nak belanja pun jadi leceh!
2. Guna Akaun Bank Yang Tiada ATM
Pindahkan duit simpanan korang ke akaun yang susah nak keluar duit.
Contohnya akaun Tabung Haji atau ASB yang tak ada kad ATM.
Bila tak ada kad dan tak ada online banking kat phone, nak tak nak kita terpaksa malas nak pergi kaunter semata-mata nak keluarkan duit.
Selamatlah duit tu!
3. Paksa Diri Beli Aset
Daripada korang biarkan duit tu tersadai dalam bank sampai kena "ngap" dengan shopee/tiktok shop, baik jadikan dia aset.
Beli tanah ke, rumah ke.
Tapi kalau rasa modal tak besar, beli emas jek.
Paling mudah, murah, rendah risiko, dan semua orang mampu mula.
4. Ikat Perut untuk "Dana Kecemasan"
Duit ni wajib ada yang disimpan khas untuk waktu kecemasan jek.
Jangan gatal tangan pergi guna untuk melancung atau beli gadget baru p**a.
Kalau simpan dalam bentuk cash pun korang tetap terbelanja juga, cepat-cepat tukar dana kecemasan tu jadi emas.
Selamat daripada diri sendiri! π€
5. Ukur Baju di Badan Sendiri
Kunci paling besar adalah DISIPLIN.
Belajarlah untuk berbelanja bawah daripada kemampuan kita.
Sebelum bayar apa-apa, tanya diri dulu: "Ini keperluan ke atau saja-saja kemahuan?".
Dahulukan benda yang penting dulu okay.
https://linktr.ee/faralaiqa
01/06/2026
"Senang buat, sesak nak bayar." π€
Masa nak apply loan atau swipe kad kredit, dia punya proses punya lah smooth?
Rasa macam bangga sebab sekejap je permohonan lulus.
Tapi plot twist dia datang masa tarikh kena bayar bulan-bulan.
Masa tu lah baru sedar, duit gaji singgah kejap pastu lesap!
Sebab tu kalau sembang pasal hutang ni, kita kena realistik.
Nak ambik hutang ratusan ribu ringgit ni bukan macam beli barang dapur.
Ini komitmen yang kita wajib tanggung sampai 10, 20, malah 30 tahun akan datang.
Sebelum korang turunkan tanda tangan kat borang pinjaman tu, jom kita semak 3 benda penting ni dulu:
1. Keperluan vs Kehendak (Betul-betul terdesak ke?)
Kalau hutang ratusan ribu untuk beli rumah pertama yang kita memang nak duduk, itu okay lagi sebab rumah tu aset.
Tapi kalau hutang besar sbb nak tukar kereta import baru semata-mata sbb bosan dengan kereta lama, tolonglah tarik brek tangan cepat-cepat.
2. 'Sakit' Jadi Hamba Hutang
Bila komitmen bulanan dah terlalu tinggi, emosi kita pun boleh terganggu.
Nak makan sedap sikit rasa bersalah, nak pergi bercuti lagilah tak tenang.
Hujung bulan je mula lah sesak dada tengok baki akaun bank.
3. Risiko Masa Depan
Kita tak tahu apa jadi tahun depan.
Syarikat kecilkan saiz pekerja ke, ekonomi meleset ke, atau masalah kesihatan.
Kalau simpanan kecemasan pun tak ada, hutang yang besar tadi tu boleh jadi tiket ekspres untuk bankrap.
Biar hidup nampak biasa-biasa, asalkan tidur malam kita lena tanpa diganggu panggilan collector.
Nak berhutang tu tak salah, tapi biar bertempat dan ukur baju di badan sendiri.
Jangan sebab nak dipuji orang, kita yang menanggung seksa sorang-sorang.
Korang p**ak macam mana?
Ada pengalaman tak tersalah ambik komitmen besar masa muda-muda dulu?
https://linktr.ee/faralaiqa
31/05/2026
Kenapa Simpan Duit Saja Dah Tak Cukup?
Ada orang cakap, βSaya tak minat lah simpan emas niβ¦β
Tapi bila tanya balik, βHabis tu, duit minat tak?β Hehe, terus tersengih!
Sebenarnya, dulu saya pun macam tu juga.
Bukannya tak minat, cuma tak faham lagi kenapa orang sibuk suruh simpan emas untuk jangka masa panjang.
Maklum lah, emas ni tak ada tulis nombor RM50 atau RM100 macam duit kertas kita.
Tapi tahu tak, emas tu pun sebenarnya duit!
Beza dia macam ni:
- Duit kertas: Nilainya bersandarkan pada angka yang dicetak atas kertas tu.
- Emas: Nilai sebenarnya ada pada berat gram emas tu sendiri.
Cuba tengok beza ni..
Kalau kita tengok sejarah harga 1 gram emas:
- Tahun 2000 baru RM35
- Tahun 2016 naik jadi RM170
- Tahun 2025 hari tu dah cecah RM600!
Nampak tak?
Nilai dia makin lama makin mencanak naik.
Tapi macam mana p**a dengan duit kertas?
Nilai dia (kuasa beli) makin hari makin mengecil sebab inflasi.
Kalau tahun lepas RM1 kita rasa macam 80 sen, tahun ni rasa macam 50 sen je barang yang boleh beli.
Tahun depan?
Entah-entah tinggal nilai 30 sen je.
Jadi, nak simpan yang mana?
Kalau ikutkan logik, mesti lah emas lagi berbaloi, kan?
Semua orang tahu jawapan ni, tapi sayangnya tak ramai yang betul-betul start bertindak.
Sebab tu, jangan tunggu lagi.
Cara paling bijak adalah simpan dua-dua sekali:
π° Duit kertas: Simpan siap-siap untuk guna jangka pendek (belanja bulanan & kecemasan).
π₯ Emas: Simpan siap-siap untuk jangka panjang (masa depan).
Sebab apa?
Sebab kat masa depan nanti, siapa yang konsisten menabung, dialah yang akan menang dan tersenyum pada masa depan!
Jom mulakan hari ini, boleh?
https://linktr.ee/faralaiqa
30/05/2026
Korang Dah Tahu Belum? Start 8 Jun Ni Emas Import Naik Harga 10%! π³
Saja nak share berita penting ni.
Start 8 Jun 2026 ni, Kastam Malaysia dah mula kenakan cukai 10% untuk jongkong emas yang diimport.
Maksudnya apa?
Maksudnya harga gold bar import kegemaran ramai lepas ni akan naik sekurang-kurangnya 10%! πΈ
Antara yang terkena penangan cukai ni:
β Gold bar LBMA
β Pamp Suisse
β Perth Mint
β Canadian Maple Leaf
Tapi tenang dulu... ada berita baik! π₯
Bukan semua emas naik harga tau.
Yang TIDAK kena cukai ni termasuklah:
β
Emas Perhiasan (Barang kemas yang korang pakai tu)
β
Gold bar jenis Non-LBMA
β
Semua emas keluaran Public Gold (Sebab emas PG bukan gold bar LBMA import)
Senang cerita, harga emas Public Gold akan jadi jauh lebih murah dan berbaloi (kompetitif) berbanding emas-emas import lain kat luar sana.
Memang untunglah siapa yang simpan emas lokal macam PG ni.
Jadi, nasihat saya... jangan tunggu sampai harga dah melambung tinggi baru terhegeh-hegeh nak beli.
Sementara harga tengah cantik ni, jom kita mula beralih dan konsisten simpan emas sekarang!
https://linktr.ee/faralaiqa
29/05/2026
Emas 1,000g vs 100g: Mana satu yang lebih untung?
Korang rasa, kalau ada bajet lebih, baik beli emas seketul besar 1,000 gram (1 Kilo) terus atau beli yang 100 gram tapi 10 ketul?
Berat sama, tulen pun sama.
Tapi mana satu lagi berbaloi?
Jom kita bincang sat.
Pilihan A: Seketul Besar 1,000g
Ini geng yang nak untung paling maksimum.
- Untungnya:
Harga per gram jatuh lebih murah sebab kos upah kilang sekali je.
Spread (susut nilai) pun rendah.
Masa nak jual balik nanti, korang boleh dapat harga paling mahal dan untung masyuk!
- Lecehnya:
Kalau korang sesak nak pakai duit sikit, payah.
Nak bawak pergi Ar-Rahnu (pajak gadai) biasa pun dorang tak berani terima sebab nilai besar sangat (dalam RM300k+).
Kebanyakan Ar-Rahnu biasa cuma boleh bagi cash sekitar RM50k je.
Pilihan B: Kecil-Kecil 100g x 10 Ketul
Ini p**ak geng yang s**a "jalan selamat" dan fleksibel.
- Untungnya:
Sangat senang nak cair!
Kalau bulan ni terdesak nak pakai duit belanja, korang jual atau pajak seketul dua je.
Yang lain maintain simpan.
Ar-Rahnu pun senyum je terima sebab nilainya tak besar sangat.
- Ruginya:
Harga per gram dikira sedikit mahal sbb ada kos upah untuk setiap keping.
Bila nak jual balik nanti, harga per gram pun rendah sikit berbanding yang 1 kilo terus.
Kesimp**annya?
1. Nak untung paling besar untuk jangka panjang? Ambil 1,000g seketul.
2. Nak senang pusing duit andai kata sesak? Ambil 100g x 10 ketul.
Korang p**ak jenis yang mana satu?
Mana tahu, kot-kot ada rezeki boleh simpan sampai 1 Kilo emas lepas ni, kan?
Jom mulakan simpanan emas korang hari ini!
Berapa gram bajet korang bulan ni?
https://linktr.ee/faralaiqa
27/05/2026
πβ¨ Salam Aidiladha Mubarak β¨π
Semoga ibadah korban kita tahun ini diterima Allah SWT dan membawa keberkatan buat keluarga serta rezeki yang melimpah ruah π€
26/05/2026
Assalamualaikum dan Salam Hari Arafah semua... π
Korang tahu tak? Hari ini, 9 Zulhijjah, adalah hari yang tersangatlah istimewa.
Dalam setahun, inilah hari di mana Allah SWT paling banyak bebaskan hamba-Nya daripada api neraka.
Pintu rahmat dan keampunan dibuka seluas-luasnya! π
Sebab itu, jom kita sama-sama rebut peluang buat amalan ringkas tapi pahala 'lebat' hari ini:
1. Puasa Hari Arafah ποΈ β Bagi yang tak buat haji, jom puasa. Rugi sangat kalau tinggal sebab ganjarannya boleh padam dosa kita setahun yang lepas dan setahun yang akan datang!
2. Banyakkan Berdoa π€² β Hari ini waktu paling mustajab untuk doa kita dikabulkan. Mintalah apa sahaja, nangislah depan Allah, luahkan segala hajat korang. Insya-Allah, Allah dengar.
3. Basahkan Lidah dengan Zikir & Istighfar πΏ β Kurangkan 'scrolling' media sosial yang tak penting, gantikan dengan zikir, tahmid, dan baca Al-Quran.
4. Sentiasa Amal Doa Ini: "Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan menyukai keampunan, maka maafkanlah aku."
Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah kita, memaafkan kesilapan lalu, dan memakbulkan setiap doa yang kita titipkan hari ini.
Selamat Hari Arafah 9 Zulhijjah daripada saya.
Jangan lupa selitkan nama keluarga, sahabat, dan saya juga dalam doa korang hari ini ya! π
26/05/2026
Jangan Tunggu Duit Lebih Baru Nak Simpan, Memang Takkan Ada!
Korang pernah tak rasa benda ni?
Gaji baru je masuk minggu lepas, tapi bila check account bank hari ni... tengok-tengok baki tinggal RM120-RM130 je?! π
Kepala terus pusing fikir, "Eh, mana pergi duit aku ni?"
Sebenarnya, kita selalu tersungkur bab kewangan sebab tabiat kita sendiri.
Pantang gaji masuk, otak terus fikir nak:
- Shopping kat Shopee (add to cart terus bayar) π
- Upgrade phone baru (padahal phone lama elok lagi) π±
- Makan stik atau cafe-hopping acah-acah reward diri π₯©
- Sambar kasut raya atau baju baru π
Kononnya, "Nanti hujung bulan ada duit lebih, baru aku simpan."
Tapi realitinya, kalau tunggu duit lebih, memang sampai ke sudah takkan ada!
Duit cash ni sifat dia memang "cair", ada je benda kita nak belanjakan.
Jom Tukar Taktik: Guna Formula 10%
Lepas ni, jom kita ubah perangai.
Bila gaji masuk je, jangan belanja dulu!
Guna konsep Pay Yourself Firstβalihkan!
Siap-siap 10% daripada gaji korang terus masuk ke dalam simpanan emas (contohnya guna GAP - Gold Accumulation Plan).
Kalau gaji korang RM3,260, korang cuma perlu simpan RM326 ringgit je.
Anggap je duit tu tak wujud.
Kenapa kena tukar jadi emas?
1. Duit tak hilang bocor: Sebab kalau simpan dalam akaun bank biasa, tangan tu mesti gatal nak 'transfer' atau guna buat shopping. Bila dah tukar jadi emas, kita sayang nak cairkan!
2. Duit korang bertukar jadi aset: Daripada habis jadi benda yang susut nilai, baik simpan jadi emas fizikal yang nilainya kalis inflasi untuk masa depan.
Ingat tau, hari gaji bukan masa untuk perabis duit, tapi waktu paling ngam untuk bina simpanan.
Simpan emas hari ni, untuk selamatkan masa depan kita jugak.
Jom mula bulan ni!
https://linktr.ee/faralaiqa
25/05/2026
Kos Haji makin mahal, sampai bila nak tunggu 'duit lebih' baru nak mula?
Pernah tak terdetik dalam hati... "Teringinnya nak pergi Haji sebelum umur 50 tahun." π
Tapi bila tengok baki akaun bank, terus mengeluh.
Rasa macam impian tu jauh sangat sebab kos Haji sekarang ni makin lama makin mencanak naik. π₯
Silap kita, kita selalu fikir: "Tak apa, nanti ada duit lebih baru start simpan."
Hakikatnya?
Bila ada duit lebih, ada je benda lain yang nak dibeli, kan?
Sebab tu sekarang ni, ramai yang dah bijak.
Dorang tukar strategi.
Dorang tak simpan duit tunai, tapi dorang bina Dana Haji pakai EMAS. πͺβ¨
Kenapa emas? Meh saya kongsi sebabnya:
1. Kalis inflasi: Duit kertas makin lama makin susut nilai, tapi emas ni makin lama makin bertahan harganya.
2. Elak kebocoran wang: Kalau simpan duit kat bank, pantang nampak 'sale', mesti nak korek. Tapi kalau simpan emas, kita sayang nak jual balik. Automatik simpanan jadi 'lekat'.
3. Ikut kemampuan: Tak perlu tunggu ada beribu baru nak mula. Gaji masuk je, terus tukar jadi gram emas ikut bajet sendiri.
Bayangkan, konsisten je sebulan RM100, RM300, atau RM500.
Sedar tak sedar, gram emas kita makin gemuk.
Tahu-tahu dah cukup dana nak ke Tanah Suci dengan selesa. π€²π₯
Jangan tunggu 'seru' duit cukup baru nak mula.
Mula sekarang dengan apa yang ada, biar masa yang tolong gandakan nilai dia.
Berminat nak saya bantu buat 'blueprint' Dana Haji guna emas?
Terus PM saya sekarang atau klik link WhatsApp kat bawah ni.
https://linktr.ee/faralaiqa
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the public figure
Address
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Friday | 09:00 - 17:00 |
| Saturday | 09:00 - 17:00 |
| Sunday | 09:00 - 17:00 |