AFT Multimedia
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from AFT Multimedia, Media/News Company, Bandar Sri Sendayan, Seremban.
28/07/2024
S Y U K U R
مَاشَآءَاللّهُ تَبَارَكَ اللهُ
Sungguh indah suasana di senja hari..Terima kasih Tuhan..moga AFT Coffee House terus dibantu dan dipermudahkan segala urusannya, menegakkan syiar islam di bumi Sendayan
28/07/2024
SIGNBOARD AFT COFFEE HOUSE
Alhamdulillah hari ni kita telah menaikkan Signboard AFT Coffee House..walaupun di dalam keadaan panas terik, tidak mematahkan semangat para pertugas AFT Welding untuk terus berkhidmat menaikkan mercu tanda lambang Legasi perniagaan Albab Family Trading.
Semoga usaha ini mendapat keredhaan Allah demi memartabatkan kalimah Allah di muka bumi ini.
09/07/2024
KEMBARA BAITULLAH ANAK SOLEH
Pada 23 Jun yang lepas anak-anak Tadika Islam Ulul Albab telah dijemput oleh AEON Seremban 2 untuk Simulasi Manasik Haji.
Para pengunjung AEON dapat melihat dengan lebih dekat bagaimana ibadah haji dilakukan.
Terima kasih kepada AEON Seremban 2 kerana sudi menjemput Tadika Islam Ulul Albab dan Madrasah Huffaz Ulul Albab yang bernaung di bawah Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Nur Nusari untuk menjayakan program tersebut.
09/07/2024
Program Pada Bulan Zulhijjah IBADAH KORBAN AFT
Alhamdulillah berkat kerjasama semua ahli AFT kita telah dapat melaksanakan ibadah korban pada tahun 2024 sebanyak 30 ekor iaitu 23 ekor lembu, 6 ekor kambing dan seekor kerbau.
Terima kasih kepada semua peserta korban, team menyembelih dan melapah serta team agihan. Hasil kerjasama semua alhamdulillah kita telah selesaikan semuanya dalam masa 2 hari sahaja.Jumlah Agihan Kesemuanya pada 700 Keluarga, Alhamdulillah..
09/07/2024
Alhamdulillah dengan kedatangan bulan Muharam bulan pertama dalam kalendar hijriah dengan rasa syukur ke hadrat illahi, kami Albab Family Trading telah mengambil alih sebuah perniagaan dari rangkaian syarikat Leezo.
Premis ini akan bertukar wajah dengan nama baru AFT COFFEE HOUSE
Majlis Rumah Terbuka Albab Family Trading
Kami Kongsikan Sedikit Sesi Temu Ramah bersama Tetamu..
Majlis Rumah Terbuka Albab Family Trading
Sesi Temu Ramah Bersama Tetamu , Mr Koo..
Majlis Rumah Terbuka Albab Family Trading
Kami Kongsikan Sedikit Sesi Temu Ramah bersama Tetamu..
12/05/2024
Majlis Rumah Terbuka Albab Family Trading
Alhamdulillah meriah dan terhibur persembahan dari anak2 AFT dari peringkat umur Tadika, Sekolah Rendah dan Menengah.
Alhamdulillah berkat kerjasama dan bimbingan guru-guru mereka dapat lontarkan persembahan dengan sebaiknya.
Segala pujian hanyalah bagi Allah yang mengizinkan semua ini berlaku.
12/05/2024
Majlis Rumah Terbuka Albab Family Trading
Terima kasih diucapkan kepada semua golongan yang diraikan daripada Anak Anak Yatim dari Bangi, Rawang , Bukit Sendayan & Labu atas kesudian menerima sedikit sumbangan dari pihak AFT.
Semoga sedikit sumbangan dapatkan meringankan beban dan menghiburkan semua golongan yang diraikan buat kali ini. InsyaAllah di masa akan datang kita jemput lagi untuk menerima sumbangan dari kami.Terima kasih sekali lagi.
12/05/2024
Majlis Rumah Terbuka Albab Family Trading
Sekalung perhargaan ucapan jutaan terima kasih kepada semua tetamu kehormat , tetamu dari luar negara ( indonesia & singapore ) yang melapangkan masa untuk hadir ke majlis kami.
Alhamdulillah dengan kehadiran semua tetamu memeriahkan lagi majlis kami kali ini. Semoga ukhuwah dan silaturrahim antara kita terus terjalin dengan kasih sayang.
12/05/2024
Majlis Rumah Terbuka Albab Family Trading
Alhamdulillah Sesi pengagihan duit raya untuk anak anak tetamu yang hadir,moga semuanya terhibur..
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Bandar Sri Sendayan
Seremban
71950