SPJM Negeri Sembilan
Hubungi ; +6013-3227937 (HQ) | +601120912912 (Negeri)
Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) merupakan sebuah badan NGO bebas berpusat di Kuala Lumpur yang menguruskan jenazah Muslim & bukan Muslim di dalam dan luar negara 24 jam sehari. PENGURUSAN VAN JENAZAH
:Ustaz Syafrudin bin Umar - 01120912912
:Hj Azhar bin Manap - 0193134870
JAWATANKUASA SPJM CAWANGAN N.SEMBILAN
Berkuatkuasa pada Rabu, 13 Ogos 2025 | 19 Safar 1447
ORGANISASI JAWATANKUASA
02/03/2026
28/02/2026
Jemput semua follow akaun TikTok SPJM Negeri Sembilan
๐ https://www.tiktok.com/.seremban?_r=1&_t=ZS-94JMEn9Z4wWโ
InsyaAllah, akan ada perkongsian menarik dan info terkini dari semasa ke semasa.
Follow, like dan share pun sangat dialu-alukan โค๏ธ
Terima kasih banyak atas sokongan semua! โจ
Visit TikTok to discover profiles! Watch, follow, and discover more trending content.
06/01/2026
ุฅููููุง ููููููู ููุฅููููุง ุฅููููููู ุฑูุงุฌูุนูููู
Alhamdulillah, skuad SPJM N9 selesai menyempurnakan jenazah wanita.
Asbab kematian arwah adalah sakit tua.
Tarikh : 01/01/2026
Ambil : Hospital Tuank Jaafar (HTJ) Seremban
Urus : Masjid Senawang Jaya
Hantar : Tanah Perkuburan Senawang
Masa :
12:00am -ambil jenazah di hospital, bawa balik ke Senawang Jaya
08:30am - 10:30 am - pengurusan jenazah dan ke tanah perkuburan.
Status : Selesai
Kenderaan : Van SPJ17
Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Salam takziah.
SPJM KE ARAH PENGURUSAN JENAZAH PATUH SYARIAH PROFESIONAL ANTARABANGSA
Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia - SPJM N9
www.skuadjenazah.com
03/01/2026
Diriwayatkan oleh Ibn Abbas R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
ุงููุจูุณููุง ู
ููู ุซูููุงุจูููู
ู ุงููุจูููุงุถู ููุฅููููููุง ุฎูููุฑู ุซูููุงุจูููู
ู ููููููููููุง ูููููุง ู
ูููุชูุงููู
ู
Maksudnya: Pakailah dari pakaian kamu yang berwarna putih, sesungguhnya ia merupakan pakaian terbaik kamu dan kafankanlah orang yang meninggal dunia dari kalangan kamu dengan warna putih.
Riwayat Abu Daud (4061)
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
โPakailah pakaian berwarna putih, kerana pakaian yang putih itu adalah sebaik-baik pakaian kamu dan kapankanlah orang mati dalam kalangan kamu dengan kain putih.โ
(Hadis riwayat al-Tirmidzi)
Ustaz Rafie Zainal - Undertaker
Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia - SPJM
03/01/2026
ุนููู ุฃูููุณู ุฑูุถููู ุงูููููู ุนููููู ููุงูู:
ููุงูู ุฑูุณูููู ุงูููููู ๏ทบ ููููููู:
ุงููููููู
ูู ุฅููููู ุฃูุนููุฐู ุจููู ู
ููู ุงููููู
ูู ููุงููุญูุฒูููุ
ููุฃูุนููุฐู ุจููู ู
ููู ุงููุนูุฌูุฒู ููุงููููุณูููุ
ููุฃูุนููุฐู ุจููู ู
ููู ุงููุฌูุจููู ููุงููุจูุฎูููุ
ููุฃูุนููุฐู ุจููู ู
ููู ุบูููุจูุฉู ุงูุฏูููููู ููููููุฑู ุงูุฑููุฌูุงูู.
Daripada Anas r.a., beliau berkata:
Rasulullah ๏ทบ sering berdoa:
โYa Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kegelisahan dan kesedihan,
dan aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan,
dan aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil,
serta aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan penindasan manusia.โ
(Riwayat Muslim, no. 2713)
"Hadis ini merangkumkan doa perlindungan menyeluruh meliputi aspek:
๐ง Psikologi dan emosi โ al-hamm (kegelisahan masa depan) dan al-hazan (kesedihan masa lalu).
๐ช๐ป Keupayaan diri โ โajz (tidak mampu) dan kasal (malas).
โค๏ธ Akhlak dan keperibadian โ jubn (pengecut) dan bukhl (bakhil).
๐ธ Tekanan sosial dan ekonomi โ beban hutang serta kezaliman manusia.
Para ulama menjelaskan bahawa doa ini mendidik umat Islam agar menangani tekanan hidup dengan pergantungan penuh kepada Allah, bukan sekadar usaha zahir semata-mata." ๐๐คฒ๐ผ
Ustaz Rafie Zainal - Undertaker
Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia - SPJM
08/12/2025
BERAPAKAH KEDALAMAN TANAH BAGI ANGGOTA BADAN?
Kedalaman tanah bagi mengebumikan jenazah adalah 7 kaki dengan kelebaran 3 kaki. Namun, berapa p**a kedalaman tanah bagi anggota badan yang perlu diuruskan terlebih dahulu bagi pesakit yang menghidapi kencing manis dan sebagainya?
Bagi anggota badan, kedalaman yang disarankan kebiasaannya sekitar 3 hingga 4 kaki (kira-kira 1 meter).
Jangan terlalu dalam sehingga menyukarkan proses pengebumian. Kedalaman ini adalah untuk mengelakkan anggota badan tersebut digali haiwan liar dan baunya terhidu.
Wallahualam.
SPJM KE ARAH PENGURUSAN JENAZAH PATUH SYARIAH
PROFESIONAL ANTARABANGSA
Ustaz Rafie Zainal - Undertaker
Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia - SPJM
02/12/2025
KURSUS PENGURUSAN JENAZAH ๐๐
Pengurusan jenazah adalah amanah penting yang menuntut ketelitian, adab serta rasa hormat terhadap insan yang telah pergi. Ia bukan sekadar tugasan fizikal, tetapi satu ibadah yang memerlukan hati yang tenang dan ilmu yang tepat.
Dengan pendedahan dan kefahaman yang betul, masyarakat dapat melaksanakan setiap langkah pengurusan jenazah mengikut syariat serta dengan penuh tertib. Ilmu ini juga membantu kita lebih bersedia apabila tiba waktunya ia diperlukan.
Semoga usaha mempelajari pengurusan jenazah menjadi pengingat lembut tentang sementaraยญnya hidup, di samping menyemai rasa tanggungjawab bersama dalam memenuhi tuntutan fardhu kifayah ini.
https://forms.gle/yfGiUvLYxkLLrzWD6
SPJM KE ARAH PENGURUSAN JENAZAH PATUH SYARIAH PROFESIONAL ANTARABANGSA
Ustaz Rafie Zainal - Undertaker
Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia - SPJM
01/12/2025
28/11/2025
Tanah merah yang baru digali ini seolah-olah menyimpan bisik terakhir tentang sebuah kehidupan yang telah pun selesai. Saat tubuh disambut masuk ke liang lahad, hati siapa pun akan terasa luluh. Bukan sahaja kerana perpisahan, tetapi kerana kasih sayang yang pernah hidup bersama kini hanya tinggal kenangan.
Saat ahli keluarga mengiringi hingga ke hujung langkah terakhir, terlihat betapa rapuhnya manusia di hadapan takdir. Rindu, harapan, dan doa segalanya kembali kepada Allah SWT, tuhan sekalian alam.
Semoga almarhum direhatkan dalam ketenangan yang tidak terganggu, dilapangkan kuburnya dan dipelihara di bawah rahmat Yang Maha Mengasihani. Al-Fatihah.
SPJM KE ARAH PENGURUSAN JENAZAH PATUH SYARIAH PROFESIONAL ANTARABANGSA
Ustaz Rafie Zainal - Undertaker
Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia - SPJM
26/11/2025
Perkongsian ilmu pengurusan jenazah bersama pelajar tahun 5 & 6 Sekolah Agama Rakyat (SAR) Al-Qalam, Nilai pada 24 & 25 November 2025.
๐ฏ Objektif Kursus Pengurusan Jenazah
Memberi pemahaman asas tentang kepentingan pengurusan jenazah menurut syariat Islam.
Mendedahkan pelajar kepada adab, etika dan tanggungjawab seorang Muslim terhadap jenazah.
Melatih pelajar dengan kemahiran asas seperti memandikan, mengkafankan dan mengurus solat jenazah menggunakan peralatan latihan yang sesuai.
Membentuk rasa tanggungjawab dan keprihatinan dalam diri pelajar terhadap komuniti serta amalan fardu kifayah.
Membantu pelajar membezakan perkara yang wajib, sunat dan makruh dalam pengurusan jenazah.
Meningkatkan keyakinan pelajar untuk terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan yang berkaitan dengan pengurusan jenazah.
Menerapkan nilai murni seperti kasih sayang, hormat, kerjasama dan empati terhadap ahli keluarga si mati dan masyarakat.
https://vt.tiktok.com/ZSfaN4cbA/
TikTok ยท SPJM N.Sembilan Lihat video SPJM N.Sembilan.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Contact the organization
Telephone
Website
Address
SEREMBAN
Seremban
70400