TKKR Racing Team
OVERALL TEAM CHAMPION ARRC ASB1000 2023
OVERALL TEAM CHAMPION ARRC UB150 2019,2022,2023
Laman ini merupakan Laman Media utk TKKR MOTOSPORT yg akan menjadi rookie team didalam arena dunia permotoran tanah air . Team baru ini dibarisi oleh otai otai didalam industri motosport yg bergabung utk memeriahkan industri sukan permotoran . Team ini akan berpengkalan di Seremban 2 Negeri sembilan dan maklumat lanjut tentang TKKR Motosport akan di kongsikan disini .
02/09/2026
With Npf Head β I just got recognised as one of their top fans! π
01/09/2026
Korang semua boleh support kami dgn bertukar ke Eastel Mobile
EASTEL SIMKAD 5G is LIVE | TikTok Lets Go LIVE!. | Check out EASTEL SIMKAD 5G's LIVE streams on TikTok! Watch, follow, and discover the latest content from EASTEL SIMKAD 5G.
01/09/2026
Usaha lagi
Kali ni cari dana untuk buat full system gearbox Modenas Z15GT ..
TKKR GARAGE is LIVE | TikTok Check out TKKR GARAGE's LIVE streams on TikTok! Watch, follow, and discover the latest content from TKKR GARAGE.
29/08/2026
Berapa ramai lagi yang perlu kita kehilangan?
2017 β Kita kehilangan Allahyarham Norizman Ismail.
2018 β Kita kehilangan Allahyarham Hafiz Nor Azman.
2023 β Kita hampir kehilangan Izzat Zaidi.
2026 β Hari ini, kita kehilangan Allahyarham Fares Putra.
Empat tahun yang berbeza. Empat kisah yang berbeza. Namun, satu persoalan yang sama terus menghantui seluruh keluarga besar sukan permotoran negara:
Berapa ramai lagi yang perlu kita kehilangan sebelum sesuatu benar-benar berubah?
Sebagai individu yang terlibat dalam industri ini, kami tidak pernah berhenti menyuarakan pandangan, mengemukakan cadangan dan mencari jalan penambahbaikan demi mengelakkan tragedi seperti ini daripada berulang. Setiap kali berlaku kemalangan, kami berbincang. Setiap kali berlaku insiden, kami menilai semula kelemahan dan mencari penyelesaian.
Untuk berlaku adil, pihak penganjur dan promoter juga bukan berdiam diri.
Pelbagai penambahbaikan telah dilaksanakan dalam aspek keselamatan β termasuk prosedur perlumbaan, sistem perlindungan, penugasan marshal, peralatan keselamatan serta naik taraf infrastruktur yang mampu dilaksanakan.
Namun, hakikat paling sukar untuk diterima tetap sama:
Kita masih kehilangan nyawa.
Ini bukan soal mencari siapa yang patut dipersalahkan. Ini soal keberanian untuk menilai semula sama ada sistem keselamatan yang ada hari ini benar-benar sudah mencapai tahap terbaik, atau masih terdapat kelemahan besar yang perlu diperbaiki dengan segera.
Secara peribadi, saya melihat hanya Litar Antarabangsa Sepang yang mempunyai standard keselamatan paling hampir dengan keperluan perlumbaan berprestasi tinggi seperti Cub Prix. Kawasan run-off yang lebih luas, infrastruktur yang lebih lengkap dan piawaian litar yang lebih tinggi mampu menyediakan ruang perlindungan yang lebih baik apabila berlaku sesuatu yang tidak diingini.
Namun, saya juga memahami realiti yang dihadapi.
Cub Prix dibina atas semangat membawa perlumbaan lebih dekat kepada rakyat. Penganjuran di seluruh negara memberikan nilai komersial kepada promoter, penaja dan komuniti setempat. Jika semua perlumbaan dipusatkan di Sepang, daya tarikan komersial akan berubah dan kos penganjuran perlu dinilai semula.
Di sinilah terletaknya dilema terbesar industri.
Nilai komersial penting. Pembangunan bakat penting. Kelangsungan penganjuran juga penting. Namun, nyawa seorang pelumba jauh lebih bernilai daripada segala-galanya.
Mungkin sudah tiba masanya semua pihak β promoter, penganjur, pengurusan litar, pasukan, pelumba, pegawai teknikal dan pihak berkuasa β duduk semeja sekali lagi. Bukan sekadar untuk menentukan siapa yang bertanggungjawab, tetapi untuk merangka penyelesaian yang tegas, menyeluruh dan benar-benar mampu mengurangkan risiko kehilangan nyawa.
Kita tidak boleh terus menganggap kehilangan nyawa sebagai risiko yang tidak dapat dielakkan dalam sukan permotoran. Setiap kemalangan mesti dinilai dengan serius. Setiap kelemahan mesti diperbaiki. Setiap nyawa mesti dilindungi sebaik mungkin.
Kerana setiap pelumba yang turun ke grid mempunyai ibu dan ayah yang menunggu mereka pulang. Mereka juga mempunyai keluarga, sahabat dan insan tersayang yang mengharapkan mereka kembali dengan selamat.
Hari ini, kita menangisi Allahyarham Fares Putra.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampunkan segala dosanya dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Al-Fatihah.
29/08/2026
Salam Takziah kepada keluarga ..
π₯Ήπ₯Ήπ₯Ήπ₯Ή
Sampai bila Malaysian Cub Prix
Ψ§ΩΩΩΩΨ§ΩΩΩΩΩ ΩΩΨ§ΩΩΩΩΨ§Ψ§ΩΩΩΩΩΩΩ Ψ±ΩΨ§Ψ¬ΩΨΉΩΩΩΩΩ
Dengan hati yang amat berat, kami ingin memaklumkan Allahyarham Farres Putra Mohd Fadhil telah pergi meninggalkan kita hari ini, 29 Ogos 2026.
Hari ini, kami bukan sekadar kehilangan seorang pelumba, tetapi seorang sahabat dan sebahagian daripada keluarga pasukan kami.
Terima kasih, Farres, atas setiap perjuangan, semangat dan kenangan yang ditinggalkan bersama kami. Namamu akan terus terpahat dalam perjalanan pasukan ini.
Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarham dan semoga mereka tabah menghadapi kehilangan ini.
Semoga Allah SWT mengampuni segala khilafnya, merahmati rohnya dan menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman.
Selamat jalan dan kami akan merindui anda, Farres.
Al-Fatihah.
29/08/2026
Tiada kata ..
Terima kasih semua
Eastel thanks for trusting us
Npf Head thanks for the owesome engineering
Dan tahniah Crew and Rider
Step By Lift
Terima kasih kepada Geng Modenas yang bantu support Beg Kuning kami di tiktok ..
Tanpa anda proses rnd ini mungkin takkan belaku pun ..
Insyallah kita carik lagi
28/08/2026
Owh Macam ni Rasa Masuk Final ..
Alhamdulillah dan agak malang bagi harith Farhan kerana mengalami masaalah teknikal di Q2 ..
Tadi sembang sembang paddock ..
Katanya ada lah beberapa team yg masa Q1 guna engine tak ikut spec dan Q2 tukar engine lain katanya ..
So kita dengar je lah tapi kes kes curik ayam ni mmg berleluasa dalam cubprix sebab kalau kantoi pun denda dia sikit sangat dan tiada impak kepada penaja ..
So kita angguk angguk geleng geleng je la ya πππ
Apapun tahniah kepada Crew yg dengan segala kekurangan akhirnya berjaya jugak hantar sebijik masuk final πππ
Thanks all
28/08/2026
Sikit lagi ..
Kita cuba lagi ..
Assalamualaikum selamat pagi ..
Kepada geng geng yg ada kat Treangganu meh singgah booth kami di Malaysia Cubprix sambil dengar simkad bulih pitih ni ..
Line bagus , insentif bagus ..
Nak join ?
RM 10 ringgit sahaja
Click here to claim your Sponsored Listing.
Contact the business
Telephone
Website
Address
Seremban
70300
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Friday | 09:00 - 17:00 |