SMK Pantai Sepang Putra Rasmi
SMK PANTAI SEPANG PUTRA
. SEMESTRA2026
Menghimpunkan koleksi aktivit yang berlaku di sekolah SMKPSP yang tercinta buat anak2 didik yang belajar atau pernah belajar di sini
21/06/2026
πΉ MAJLIS SEKALUNG BUDI PERPISAHAN PUAN PENGETUA (PART 1) πΉ
19 JUN 2026
Dengan penuh rasa hormat dan penghargaan, warga sekolah merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Puan Pengetua atas segala jasa, bakti dan kepimpinan yang telah dicurahkan sepanjang menerajui sekolah ini.
Segala usaha, dedikasi dan komitmen yang diberikan telah banyak menyumbang kepada kecemerlangan sekolah serta meninggalkan kenangan dan inspirasi yang akan terus terpahat dalam ingatan warga sekolah.
Walaupun berat hati melepaskan pemergian Puan ke sekolah baharu, kami mendoakan agar Puan terus cemerlang dan sukses dalam menggalas amanah di SMK Sungai Pelek. Semoga segala pengalaman dan kecemerlangan yang dibawa akan terus memberi impak positif di tempat baharu.
Terima kasih atas segala bakti dan pengorbanan. Jasa Puan akan sentiasa dikenang. π
Selamat maju jaya dan semoga dipermudahkan segala urusan.
21/06/2026
MAJLIS SEKALUNG BUDI PERPISAHAN PUAN PENGETUAβ¨π€
PART 2
21/06/2026
MAJLIS SEKALUNG BUDI PERPISAHAN PUAN PENGETUAβ¨π€
PART 3
21/06/2026
β¨ SUMBANGAN DESKTOP PC PPAS β¨
12 JUN 2026
Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada PPAS atas sumbangan sebanyak 10 buah komputer kepada sekolah kami.
Sumbangan ini amat bermakna dalam memperkasakan kemudahan pembelajaran digital serta membantu meningkatkan kemahiran teknologi maklumat dalam kalangan murid. Semoga manfaat yang diberikan ini dapat digunakan sebaiknya demi kecemerlangan pendidikan anak-anak.
Terima kasih atas keprihatinan dan sokongan yang diberikan. Semoga segala usaha murni ini mendapat keberkatan dan ganjaran yang berlipat ganda.
π»π Bersama Memperkasa Pendidikan, Membina Masa Depan.
21/06/2026
π Dialog Prestasi Murid 2026 | 12 Jun 2026
PART 1
Alhamdulillah, selesai berlangsung Dialog Prestasi Murod. Terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga yang telah meluangkan masa untuk hadir serta menunjukkan keprihatinan terhadap perkembangan akademik dan sahsiah anak-anak.
Kehadiran dan sokongan yang diberikan membuktikan bahawa kejayaan anak-anak adalah hasil kerjasama erat antara pihak sekolah dan keluarga. Semoga perbincangan yang dijalankan dapat menjadi panduan dan motivasi untuk terus meningkatkan prestasi mereka pada masa hadapan.
Bersama-sama kita membimbing dan menyokong anak-anak ke arah kecemerlangan. π
21/06/2026
DIALOG PRESTASI MURID ππ
PART 2
12/05/2026
11 & 12 MEI 2026
BOLA SEPAK MSSDβ½οΈ
Pritttt! Wisel ditiup, perjuangan telah bermula. Hari ini pasukan bola sepak sekolah kami beraksi di Kejohanan Bola Sepak MSSD Sepang.
Bukan sekadar mengejar gol, tapi kami membawa maruah dan harapan seluruh warga sekolah. Menang atau kalah, semangat kesukanan tetap jadi keutamaan. Ayuh SMKPSP tunjukkan βtaringβ kita!
Kalah itu pengajaran, menang itu bonus. Yang penting, pengalaman bersaing di peringkat daerah ini mematangkan lagi permainan anak-anak muda kita. Teruskan usaha!
12/05/2026
30 APRIL 2026
KURSUS SULONG PRS
PRS SULUNG: Sedia Berkhidmat! π
Syabas dan tahniah kepada semua peserta Kursus Sulung Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) yang telah menamatkan latihan hari ini! π
Dari latihan kemahiran komunikasi hingga ke teknik mendengar secara aktif, barisan PRS kita sudah bersedia untuk menjadi jambatan antara murid dan guru bimbingan. Harapan kita, aura positif ini akan terus tersebar ke seluruh pelusuk sekolah.
Ready to listen, ready to help! π§β¨
12/05/2026
27 & 28 APRIL 2026
SERVIS AIRCOND
Alhamdulillah, hari ini telah dijalankan servis penyelenggaraan aircond di sekolah. Usaha ini merupakan inisiatif daripada pihak PIBG demi memastikan anak-anak dan guru dapat belajar dalam suasana yang kondusif dan selesa.
Terima kasih kepada semua ibu bapa atas sumbangan dan sokongan yang berterusan. Kebajikan anak-anak keutamaan kita bersama!
26/04/2026
17 APRIL 2026
MAJLIS PERSARAAN CIKGU MURIBAH DAN
USTAZAH ROHANI feat BIRTHDAY CELEBRATION
πβ¨π
Alhamdulillah, sambutan sangat bermakna untuk kedua dua guru yang banyak manabur bakti di SMKPSP. Kami doakan agar dipermudahkan urusan dan panjang umur buat cikgu muribah dan ustazah rohani. Terima kasih atas segala tunjuk ajar, jasa, pengorbanan yang telah diberikan.π
Tidak lupa juga kepada Januari hingga April babies, Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran buat semua. Semoga panjang umur, murah rezeki dan diberikan kesihatan yang baik.π
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
SMK PANTAI SEPANG PUTRA
Sepang
43950
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 05:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |