Trafik IPD Sepang
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Trafik IPD Sepang, Government Organization, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Sepang, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang.
06/05/2026
π§ HEBAHAN PENGALIHAN TRAFIK π§
Perhatian kepada semua pengguna jalan raya, dimaklumkan bahawa terdapat pengalihan trafik dan lencongan sementara di laluan Persimpangan FT29/FT32 melibatkan kawasan Kota Warisan β Bandar Baru Salak Tinggi β KLIA.
Pelaksanaan ini adalah bagi kerja-kerja menaik taraf jalan, termasuk pembahagian tembok jalan kekal serta pengaktifan lampu isyarat, di bawah Fasa 4b yang akan berlangsung mulai 07 Mei 2026 hingga 22 Jun 2026.
Sepanjang tempoh tersebut, laluan lencongan akan disediakan dan masih boleh dilalui oleh semua kenderaan, namun pengguna dinasihatkan supaya:
βοΈ Memandu dengan lebih berhati-hati
βοΈ Mematuhi semua papan tanda dan arahan trafik di lokasi
βοΈ Merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan laluan alternatif jika perlu
Langkah ini adalah penting bagi memastikan kelancaran trafik serta keselamatan semua pengguna jalan raya sepanjang tempoh pembinaan dijalankan.
Sebarang kesulitan amatlah dikesali dan kerjasama semua pihak amat dihargai demi keselesaan bersama pada masa hadapan.
19/03/2026
HARI PERTAMA OP SELAMAT 26 HARI RAYA AIDILFITRI 2016
Sempena Op Selamat 26 bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, IPD Sepang telah melaksanakan program advokasi keselamatan jalan raya melalui pengedaran pamplet kepada pengguna jalan raya di sekitar kawasan pentadbiran.
Program ini bertujuan meningkatkan tahap kesedaran masyarakat mengenai kepentingan mematuhi undang-undang lalu lintas, mengamalkan sikap pemanduan berhemah serta sentiasa berwaspada sepanjang perjalanan, khususnya ketika musim perayaan yang menyaksikan peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya.
Selain itu, pendekatan advokasi ini juga memberi penekanan kepada langkah-langkah pencegahan kemalangan seperti memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik, tidak memandu dalam keadaan letih atau mengantuk, serta tidak menggunakan telefon bimbit ketika memandu.
Bahagian ini komited dalam memastikan keselamatan pengguna jalan raya sentiasa terpelihara melalui usaha berterusan sama ada dari segi penguatkuasaan mahupun pendidikan kepada masyarakat.
Kerjasama dan sikap bertanggungjawab semua pihak amatlah diharapkan bagi memastikan perjalanan sempena musim perayaan ini berjalan lancar, selamat dan tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.
Pandu cermat, jiwa selamat.
HARI KETIGA OP SELAMAT 25 β ADVOKASI DIDAHULUKAN, KESELAMATAN DIUTAMAKAN
Memasuki hari ketiga Op Selamat 25 sempena Tahun Baharu Cina 2026, anggota Polis Diraja Malaysia khususnya Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Sepang terus mempergiatkan usaha advokasi keselamatan jalan raya di kawasan tumpuan orang ramai.
Pendekatan hari ini lebih kepada memberi kesedaran, menasihati serta berinteraksi secara bersemuka dengan pengguna jalan raya agar sentiasa mengutamakan keselamatan ketika memandu pulang ke kampung halaman atau bercuti bersama keluarga.
Keselamatan bermula dengan sikap kita sendiri:
π Pandu dengan sabar dan berhemah
π΅ Pastikan topi keledar & tali pinggang keledar dipakai dengan betul
π΅ Elakkan gangguan telefon bimbit ketika memandu
β³ Rehat secukupnya sebelum meneruskan perjalanan
Sempena Op Selamat 26 Tahun Baharu Cina 2026, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Sepang telah melaksanakan program advokasi keselamatan jalan raya serta pengedaran pamplet keselamatan kepada orang ramai di Petronas Bunga Raya, Salak Tinggi.
Program ini merupakan salah satu inisiatif berterusan Polis Diraja Malaysia dalam mendekati masyarakat serta menyampaikan peringatan agar sentiasa berwaspada, khususnya sepanjang musim perayaan dan cuti persekolahan. Keselamatan di jalan raya adalah tanggungjawab bersama.
Melalui pengedaran pamplet dan sesi advokasi ini, orang ramai diingatkan supaya sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas, memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik, merancang perjalanan dengan teliti serta mengutamakan sikap sabar dan berhemah ketika memandu.
PDRM sentiasa komited dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan pengguna jalan raya terus terpelihara. Semoga semua selamat sampai ke destinasi dan kembali ke pangkuan keluarga tercinta.
Kami menasihati, anda mematuhi β bersama kita jayakan perjalanan yang selamat dan harmoni.
Trafik IPD Sepang komited memastikan keselamatan anda terjamin sepanjang Op Selamat 25. Patuhi undang-undang, selamat sampai ke destinasi.
βHargai nyawa sendiri, hormati nyawa orang lainβ
16/02/2026
Hari Kedua Op Selamat 25 Tahun Baharu Cina 2026
Memasuki hari kedua pelaksanaan Op Selamat 25, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Sepang terus komited turun padang melaksanakan advokasi keselamatan jalan raya serta menyantuni pengguna jalan raya di sekitar kawasan tumpuan.
Pendekatan advokasi yang dijalankan bukan sekadar penguatkuasaan, malah memberi penekanan kepada kesedaran dan pendidikan keselamatan agar setiap perjalanan lebih terancang, lebih selamat dan lebih bertanggungjawab β terutamanya sepanjang musim perayaan dan cuti sekolah ini.
BSPT Sepang menyeru orang ramai supaya:
β’ Pastikan kenderaan berada dalam keadaan selamat sebelum memulakan perjalanan
β’ Elakkan memandu dalam keadaan letih atau tergesa-gesa
β’ Patuh had laju dan peraturan lalu lintas
β’ Utamakan keselamatan diri dan keluarga
Ingatlah, kegembiraan menyambut perayaan akan lebih bermakna apabila semua selamat tiba ke destinasi.
Keselamatan bukan pilihan, tetapi keutamaan.
15/02/2026
Sempena Op Selamat 25 Tahun Baharu Cina 2026, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Sepang telah melaksanakan program advokasi keselamatan jalan raya serta pengedaran pamplet keselamatan kepada orang ramai di Petronas Bunga Raya, Salak Tinggi.
Program ini merupakan salah satu inisiatif berterusan Polis Diraja Malaysia dalam mendekati masyarakat serta menyampaikan peringatan agar sentiasa berwaspada, khususnya sepanjang musim perayaan dan cuti persekolahan. Keselamatan di jalan raya adalah tanggungjawab bersama.
Melalui pengedaran pamplet dan sesi advokasi ini, orang ramai diingatkan supaya sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas, memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik, merancang perjalanan dengan teliti serta mengutamakan sikap sabar dan berhemah ketika memandu.
PDRM sentiasa komited dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan pengguna jalan raya terus terpelihara. Semoga semua selamat sampai ke destinasi dan kembali ke pangkuan keluarga tercinta.
*SAKSI AWAM DIMINTA TAMPIL BANTU SIASATAN
KES KEMALANGAN JALAN RAYA DI JALAN SEPANG/SALAK.
BSPT SEPANG, 25 Ogos 2025 - Bahagian Siasatan & Penguatkuasaan Trafik IPD Sepang memerlukan saksi awam kemalangan jalan raya melibatkan (1) M/sikal no. BLG 5099 jenis Honda Dash dengan sebuah kenderaan nombor tidak pasti pada 231/12/2025 jam lebih kurang 1900hrs hingga 1930hrs di Jalan Sepang/Salak.Kerjasama daripada pengguna jalan raya yang menyaksikan atau merakamkan kejadian kemalangan tersebut amat diperlukan untuk tampil membantu siasatan pihak polis.
Sila hubungi Sjn Nurlelah Pen.Pegawai Penyiasat Trafik IPD Sepang di talian 0124207297.
09/12/2025
π¨ HEBAHAN LALU LINTAS β PERINGATAN KEPADA SEMUA PENGGUNA JALAN RAYA π¨
PENGALIHAN TRAFIK & LENCONGAN SEMENTARA
LOKASI: PERSIMPANGAN FT29 / FT32 (KOTA WARISAN β BBST β KLIA)
Dimaklumkan bahawa kerja-kerja menaik taraf jalan di persimpangan FT29/FT32, Jambatan Kota Warisan sedang memasuki Fasa 4 dan penutupan laluan bermula 10.12.2025 sehingga 16.02.2026.
Orang awam diminta beri perhatian terhadap perubahan aliran trafik berikut:
π΄ BBST / Nilai β KLIA (Lencongan Jalan β Boleh Dilalui)
π’ KLIA β BBST / Nilai & Kota Warisan (Ikut Laluan Lencongan)
π Pusingan U-Turn di Kota Warisan (Disediakan)
Semua pengguna jalan raya DIWAJIBKAN mematuhi papan tanda arah yang ditempatkan di lokasi. Kenderaan yang gagal mematuhi arahan lencongan boleh menyebabkan risiko kemalangan dan kesesakan serius.
Pihak berkuasa menyeru agar semua pengguna:
βοΈ Pandu secara berhati-hati
βοΈ Ikut laluan alternatif yang telah ditetapkan
βοΈ Beri kerjasama sepenuhnya bagi kelancaran lalu lintas
KESULITAN MASA KINI ADALAH UNTUK KESENANGAN MASA HADAPAN.
Untuk sebarang pertanyaan atau aduan (Kontraktor Utama RD Resources Sdn Bhd):
π§ [email protected]
π 011-71314220 (WhatsApp)
MAKLUMAN PEMBUKAAN SEMULA SUSUR KLIA-KOTA WARISAN
Susur KLIA-Kota Warisan telah dibuka semula seperti biasa untuk kenderaan awam. Walaubagaimanapun, pihak Trafik IPD Sepang menasihatkan orang awam supaya kekal bersedia dan berjaga-jaga memandangkan musim hujan ketika ini.
24/11/2025
MAKLUMAN PENUTUPAN SUSUR KLIA-KOTA WARISAN SUSULAN BANJIR
Laluan Alternatif KLIA ke Kota Warisan :-
1. Jalan ERL - Bypass Kota Warisan
2. Jalan Lampu Isyarat Shell BBST - Bypass Kota Warisan
3. Jalan Lampu Isyarat BBST-Stadium Mini BBST
Pengguna jalan raya di sekitar lokasi terlibat banjir dinasihatkan agar bersabar dan patuh dengan arahan-arahan penutupan jalan dan sentiasa mematuhi undang-undang jalanraya.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik IPD Sepang, Bandar Baru Salak Tinggi
Sepang
43900