IKRAM Sepang
Ia tidak bertujuan membuat keuntungan dan berusaha untuk penegakan perundangan Islam di Malaysia.
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) adalah sebuah pertubuhan dakwah, kebajikan serta tarbiah yang mengambil peduli tentang urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan cara hidup dan ajaran-ajaran Islam.
29/10/2025
Kursus Kepimpian & Pembinaan Sahsiah di SMK DABB
Pada 29 October 2025, telah berlangsungnya majlis perasmian bagi Kursus Kepimpinan & Pembinaan Sahsiah di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Abu Bakar Baginda.
Kursus ini akan berlangsung sebanyak 6 modul bermula bulan November 2025 sehingga Mac 2026.
Terima kasih buat semua pihak yang terlibat.
14/10/2025
IKRAM SEPANG MERAIKAN KEPULANGAN 2 AHLI DELEGASI MISI FREEDOM FLOTILLA COALITION KE GHAZZAH
Semalam, warga IKRAM Sepang meraikan kepulangan 2 ahli delegasi Freedom Flotilla Coalition (FFC) yang juga merupakan ahli IKRAM Sepang iaitu Prof Emeritus Dr Mohd Alauddin dan Dr Fauziah Hassan, dalam sebuah majlis berbuka puasa di Pusat Komuniti IKRAM Sepang, Southville.
Majlis yang berjalan dengan penuh rahmah dan barakah ini, turut membakar semangat sahabat-sahabat dengan ucapan dan perkongsian pengalaman oleh kedua-duanya.
Semoga semangat ini terus membara sehingga Masjid Al-Aqsa dibebaskan! Takbir!!
30/09/2025
๐ธ Tahukah Ibu Ayah? Setiap minggu, 8 kanak-kanak di Malaysia maut akibat nahas jalan raya โ itu bermakna ada yang terkorban hampir setiap hari. Anak-anak kita yang masih kecil dan naif amat memerlukan bimbingan untuk kekal selamat.
๐จโ๐ฉโ๐งโ๐ฆ Justeru, ibu bapa/penjaga anak 0โ17 tahun dijemput ke Wacana Keibubapaan Dalam Komuniti seperti dalam poster.
๐ Matlamat: Membekalkan panduan mendidik anak agar bijak & selamat di jalan raya.
๐๏ธ Bersama pakar keselamatan jalan raya.
๐ Percuma! Buku panduan & beg cenderahati. Makanan turut disediakan.
๐ Jangan lepaskan peluang ini. Imbas kod QR di poster atau klik pautan https://forms.gle/wmZfB4g4WZWAn1sj6 untuk pra-pendaftaran sekarang
30/08/2025
"Merdeka bukan sekadar bebas, tetapi tanggungjawab membina masyarakat beriman dan rahmah, menghayati kemerdekaan dengan jiwa sedar, dan bersama membela tanah air Malaysia dan saudara kita di Palestin.
Selamat Hari Kebangsaan 2025!
Ummah Sejahtera, Palestin Merdeka!"
19/08/2025
Pada 14 Ogos yang lalu, IKRAM Sepang dengan kerjasama Kolej Vokasional Sepang telah mengadakan "Forum Palestine@Gaza" yang bertempat di Surau Al-Khawarizmi, Kolej Vokasional Sepang.
Kehadiran adalah seramai hampir 300 orang pelajar lelaki dan perempuan dari kolej tersebut.
19/08/2025
Pada hari Sabtu minggu lalu, IKRAM Sepang telah bersama-sama memeriahkan Karnival Merdeka 68, Kg Sg Merab 2025 yang telah diadakan di Kompleks Niaga Sg Merab.
IKRAM Sepang mengambil bahagian dalam penganjuran:
1. Program Mewarna kanak oleh IKRAM Junior dengan kehadiran seramai 76 peserta
2. Pemeriksaan Kesihatan Percuma
3. Booth pameran dan jualan Palestin yang memberi peluang untuk orang ramai menderma serta mendalami isu palestin.
4. Menghadiri upacara Perasmian Karnival Merdeka yg dirasmikan oleh SU KDN.
Semoga dengan berlangsungnya program ini dapat memberi manfaat secara keseluruhannya kepada penduduk di Sg Merab.
18/08/2025
SEPANG - Forum "Antara Keperluan Kerjaya & Tuntutan Keluarga: Yang Mana Satu?" telah berlangsung pada 9 Ogos yang lalu dengan kerjasama antara IKRAM Sepang, Persatuan Penduduk Myra Putra Desa Pinggiran Putra dan Majlis Perbandaran Sepang.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Contact the organization
Website
Address
Savanna Lifestyle Retail, A-01-32, Jalan BBLS 2, Bandar Baru Lembah Selatan, Dengkil
Sepang
43800SERDANG