Playvelope
Malaysia's Premium Special Need Centre
๐Senawang | Sendayan | Eco Majestic | Kota Damansara
SOTC Play & Development Sdn. Bhd.
202201008574 (1454271-D)
TOOTH FAIRY DI PLAYVELOPE SENDAYAN!
Bukan anak-anak sahaja yang seronok, ibu bapa turut bersama-sama mendengar perkongsian tentang penjagaan dan kesihatan gigi anak.
Hasil usaha sama Playvelope Sendayan bersama Klinik Kesihatan Pergigian Seremban, program ini memberi pendedahan kepada anak-anak serta panduan berguna buat ibu bapa untuk dipraktikkan di rumah.
Di Playvelope, kami bukan hanya fokus kepada intervensi. Kami cakna dengan keperluan anak serta sentiasa berusaha membantu ibu bapa sepanjang perjalanan perkembangan mereka.
Terima kasih kepada team Klinik Kesihatan Pergigian Seremban atas perkongsian ilmu dan pengalaman yang sangat bermakna bersama keluarga Playvelope Sendayan.
Ibu bapa dah pernah bawa anak jumpa dentist?
Macam mana pengalaman pertama mereka? Kongsikan di ruang komen!
๐๐๐ ๐๐๐๐
๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐
๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
๐Locations: Senawang | Eco Majestic | Sendayan | Damansara๐
๐ Contact us for more info: https://dub.sh/pv_META
KidsDevelopment StrongFoundation ChildAssessment SpecialNeedsKid PendidikanKhas Earlyinterventionsprogram OccupationalTherapy SpecialEducation Playvelope MobileInterventionService MIS
26/09/2026
๐ก๐ข ๐ฌ๐๐๐ฅ๐๐ฌ ๐๐๐๐ฆ + ๐๐ฅ๐๐ ๐ญ-๐ง๐ข-๐ญ ๐ฆ๐๐ฆ๐ฆ๐๐ข๐ก ๐จ๐ฃ ๐ง๐ข ๐ฎ๐ฐ ๐ฆ๐๐ฆ๐ฆ๐๐ข๐ก๐ฆ!
๐๐ฎ๐ณ๐๐ฎ๐ฟ ๐ฎ๐ป๐ฎ๐ธ ๐๐ป๐๐๐ธ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ณ ๐๐ฒ๐บ๐ฎ๐๐ฎ ๐ข๐ฝ๐ฒ๐ป ๐๐ฎ๐ ๐ฃ๐น๐ฎ๐๐๐ฒ๐น๐ผ๐ฝ๐ฒ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ป๐ถ๐ธ๐บ๐ฎ๐๐ถ ๐ฑ๐๐ฎ ๐๐ฎ๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ป ๐ถ๐๐๐ถ๐บ๐ฒ๐๐ฎ ๐ถ๐ป๐ถ.
Bukan sekadar datang untuk melihat. Inilah peluang ibu bapa untuk kenali sendiri persekitaran pembelajaran dan intervensi yang bakal menjadi sebahagian daripada perjalanan anak.
๐ฆ๐ฒ๐ฝ๐ฎ๐ป๐ท๐ฎ๐ป๐ด ๐ข๐ฝ๐ฒ๐ป ๐๐ฎ๐, ๐ถ๐ฏ๐ ๐ฏ๐ฎ๐ฝ๐ฎ ๐ฏ๐ผ๐น๐ฒ๐ต:
โข Dapatkan konsultasi
โข Centre Tour
โข Bertemu therapist dan pengajar
โข Kenali aktiviti intervensi yang dijalankan
๐ฏ ๐ข๐๐ง๐ข๐๐๐ฅ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ | ๐ญ๐ญ ๐๐ โ ๐ญ ๐ฃ๐
Playvelope Senawang
Sekolah Rendah Pendidikan Khas Playvelope
๐ฏ ๐ข๐๐ง๐ข๐๐๐ฅ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ | ๐ต ๐๐ โ ๐ญ ๐ฃ๐
Playvelope Kota Damansara
๐ฎ๐ฐ ๐ข๐๐ง๐ข๐๐๐ฅ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ | ๐ต ๐๐ โ ๐ญ ๐ฃ๐
Playvelope Sendayan
Playvelope Eco Majestic
๐ง๐ฎ๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ป ๐ก๐ข ๐ฌ๐๐๐ฅ๐๐ฌ ๐๐๐๐ฆ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐๐ฅ๐๐ ๐ญ-๐ง๐ข-๐ญ ๐ฆ๐๐ฆ๐ฆ๐๐ข๐ก ๐๐ฒ๐ต๐ถ๐ป๐ด๐ด๐ฎ ๐ฎ๐ฐ ๐๐ฒ๐๐ถ ๐ถ๐ป๐ถ ๐ต๐ฎ๐ป๐๐ฎ ๐๐ป๐๐๐ธ ๐ฝ๐ฒ๐ป๐ฑ๐ฎ๐ณ๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ป ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ณ ๐๐ฒ๐บ๐ฎ๐๐ฎ ๐ข๐ฝ๐ฒ๐ป ๐๐ฎ๐.
Jangan lepaskan peluang untuk jimat yuran sambil dapatkan sokongan tambahan untuk perkembangan anak.
DM โOPEN DAY" sekarang untuk maklumat lanjut.
๐๐๐ ๐๐๐๐
๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐
๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
๐Locations: Senawang | Eco Majestic | Sendayan | Damansara๐
๐ Contact us for more info: https://dub.sh/pv_META
25/09/2026
Nampak testimoni anak terus bercakap.
Eye contact makin baik.
Tantrum berkurang.
Siap ada yang claim anak terus โsembuhโ.
Akhirnya ibu bapa mula berharap,
โKalau makan supplement ni, mungkin anak aku tak perlu terapi lagi.โ
Di sinilah overclaim boleh menjadi bahaya.
Supplement bukan jalan pintas untuk โmelenyapkanโ keperluan intervensi yang anak perlukan. Lebih-lebih lagi apabila keputusan dibuat hanya berdasarkan testimoni, before-after dan janji manis di media sosial.
Autism bukan penyakit yang boleh dijanjikan โsembuhโ selepas mengambil sesuatu produk.
Setiap anak mempunyai keperluan yang berbeza. Jika anak memerlukan sokongan dalam komunikasi, sensory, tingkah laku, kemahiran sosial atau kehidupan harian, mereka tetap memerlukan bimbingan dan intervensi yang bersesuaian.
Jangan kerana terlalu mengejar janji โsembuhโ, kita hentikan sesuatu yang sebenarnya sedang membantu anak membina kemahiran.
Supplement mungkin datang dengan seribu testimoni.
Tapi perkembangan anak bukan tempat untuk kita mempertaruhkan masa pada janji manis.
Anak perlukan intervensi, bukan janji manis โsembuhโ.
Jangan hentikan terapi anak hanya kerana satu testimoni berkata, โtak perlu pergi terapi lagi.โ
๐๐๐ ๐๐๐๐
๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐
๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
๐Locations: Senawang | Eco Majestic | Sendayan | Damansara๐
๐ Contact us for more info: https://dub.sh/pv_META
24/09/2026
โTak nak post gambar anak. Takut ain.โ
Tapi gambar adik-beradik lain ada.
Birthday ada.
Cuti keluarga ada.
Makan luar ada.
Hari pertama sekolah pun ada.
Cuma seorang je yang selalu โtak adaโ.
Bila orang tanya, jawapannya masih sama.
โTakut ain.โ
Betul ke takut ain?
Atau sebenarnya takut bila orang mula bertanya...
โAnak sekolah mana?โ
โKenapa pergi terapi?โ
โAnak Autism ke?โ
Privasi anak memang hak ibu bapa.
Tapi kalau hanya seorang anak yang perlu disorok kerana diagnosisnya, mungkin yang kita cuba lindungi bukan privasi anak.
Mungkin kita sedang melindungi diri sendiri daripada rasa malu apabila orang tahu anak kita Autism.
Anak itu mungkin langsung tak faham apa yang sedang berlaku.
Dia tak tahu kenapa gambar abang dan kakak boleh dikongsi, tapi gambar dia tidak.
Dia tak tahu kenapa ibu ayah selesa bercerita tentang pencapaian anak lain, tapi bila sampai tentang dirinya, semuanya senyap.
Dia cuma terus menjadi dirinya sendiri.
Tanpa tahu bahawa orang yang sepatutnya paling bangga dengannya masih takut orang lain tahu tentang keadaannya.
Autism bukan aib keluarga.
Dan anak tidak sepatutnya menjadi โrahsiaโ hanya kerana perkembangan mereka berbeza.
Sebelum salahkan masyarakat kerana susah menerima anak Autism, tanya diri sendiri dulu.
Kita sendiri sebagai ibu bapa dah menerima sepenuhnya keadaan mereka atau belum?
๐๐๐ ๐๐๐๐
๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐
๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
๐Locations: Senawang | Eco Majestic | Sendayan | Damansara๐
๐ Contact us for more info: https://dub.sh/pv_META
23/09/2026
โBoleh puan, kami terima anak puan.โ
Lega.
Anak dah ada tempat. Setiap pagi hantar, petang ambil. Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, bulan berganti tahun.
Nampak macam semuanya okay.
Tapi satu persoalan yang jarang ditanya.
Apa sebenarnya yang anak dah kuasai sepanjang berada di sana?
Bila usia makin dekat nak masuk Darjah 1, baru ibu bapa mula perasan.
Anak masih susah ikut arahan.
Duduk untuk belajar pun belum lama.
Pengurusan diri masih perlukan banyak bantuan.
Kemahiran komunikasi dan sosial juga masih perlu dibimbing.
Masa tu baru mula risau.
โAnak aku dah bersedia ke nak masuk sekolah?โ
Baru mula cari assessment.
Baru mula cari intervensi.
Baru mula fikir apa kemahiran yang anak sebenarnya perlukan.
Masalahnya bukan tadika terima atau tidak.
Persoalannya, sepanjang tempoh itu, adakah keperluan perkembangan anak benar-benar dikenal pasti dan dibantu?
Sebab untuk anak istimewa, sekadar ada tempat untuk pergi setiap hari belum tentu bermaksud mereka sedang membina kemahiran yang diperlukan untuk langkah seterusnya.
Jangan tunggu bila Darjah 1 dah semakin dekat baru kita mula bertanya sama ada anak sudah bersedia.
Kalau hari ini anak masih di tadika, anda tahu tak apa yang anak sedang belajar dan kemahiran apa yang sedang dibina?
Jangan tunggu sampai nak masuk Darjah 1 baru mula mencari jawapan.
Kenal pasti keperluan dan tahap perkembangan anak lebih awal bersama Playvelope.
DM Playvelope sekarang untuk ketahui assessment dan intervensi yang sesuai mengikut keperluan anak.
๐๐๐ ๐๐๐๐
๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐
๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
๐Locations: Senawang | Eco Majestic | Sendayan | Damansara๐
๐ Contact us for more info: https://dub.sh/pv_META
โAnak saya nak sekolah hari-hari.โ
Bila ditanya tentang Playvelope, terlalu banyak yang bagus sampai tak tahu nak kongsikan yang mana.
Itulah perkongsian Encik Tengku Ahmad Faizal dan Puan Syazana, ibu bapa kepada Tengku Alif Ziqri dari Kelas Lion, Sekolah Rendah Pendidikan Khas Playvelope.
Dalam masa yang sama, mereka mula rasa risau. Bila anak dah 14 tahun nanti, ke mana p**a hala tuju Alif tanpa Playvelope.
Ikuti perkongsian mereka tentang perjalanan Alif bersama Playvelope.
Masih mencari sekolah rendah pendidikan khas yang sesuai untuk anak istimewa anda?
DM SRPK Playvelope sekarang.
๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐
๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐
๐ Sekolah Rendah Pendidikan Khas Playvelope Senawang (SRPKP)
๐ Contact us for more info : ๐ https://dub.sh/plv_META
โKebanyakan parents tak aware anak hadapi sebahagian spektrum.โ
Kadang-kadang anak nampak seperti biasa. Boleh bermain, belajar dan berkomunikasi. Tetapi ada perkara tertentu dalam perkembangan mereka yang mungkin ibu bapa sendiri belum sedar.
Dalam perkongsian ini, Dr. Maya, ibu kepada Umar dari Playvelope Eco Majestic, berkongsi tentang kepentingan assessment dalam membantu ibu bapa memahami perkembangan anak dengan lebih jelas.
Assessment bukan sekadar untuk mendapatkan diagnosis. Ia membantu mengenal pasti keperluan sebenar anak supaya intervensi dan sokongan yang diberikan lebih tepat dari awal.
Jangan tunggu sehingga cabaran anak semakin ketara untuk mula mencari jawapan.
Jika anda mempunyai persoalan tentang perkembangan anak, mulakan dengan Developmental Assessment.
Hubungi Playvelope sekarang untuk dapatkan Developmental Assessment.
๐๐๐ ๐๐๐๐
๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐
๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
๐Locations: Senawang | Eco Majestic | Sendayan | Damansara๐
๐ Contact us for more info: https://dub.sh/pv_META
โSekarang dia dah mula nak menyanyiโฆโ
Satu lagi perubahan positif yang paling ketara ibu bapa Alif lihat selepas menjalani terapi tDCS di SRPK Playvelope.
Dalam Part 2, Encik Tengku Ahmad Faizal dan Puan Syazana berkongsi lebih lanjut tentang perkembangan Tengku Alif Ziqri yang semakin menunjukkan perubahan.
Apa lagi yang berubah selepas terapi moden tDCS? Tonton perkongsian ini sehingga habis.
Nak tahu lebih lanjut tentang tDCS?
DM sekarang.
๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐
๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐
๐ Sekolah Rendah Pendidikan Khas Playvelope Senawang (SRPKP)
๐ Contact us for more info : ๐ https://dub.sh/plv_META
DI PLAYVELOPE BUKAN ANAK-ANAK SAHAJA YANG BELAJAR
Antara keistimewaan di Playvelope dan Sekolah Rendah Pendidikan Khas Playvelope adalah kami mengutamakan pembangunan dan latihan berterusan untuk setiap staff.
Melalui In-House Training, team kami sentiasa diberi pendedahan, ilmu dan kemahiran terkini bagi meningkatkan kualiti dalam mengendalikan, membimbing dan memahami keperluan setiap anak istimewa.
Bagi kami, pengalaman sahaja tidak cukup. Team yang baik perlu sentiasa belajar, berkembang dan menambah baik cara mereka bekerja.
Sebab itulah latihan staff bukan sekadar aktiviti dalaman, tetapi sebahagian daripada komitmen Playvelope dalam memastikan setiap anak menerima intervensi dan pendidikan daripada team yang sentiasa bersedia dan terus meningkatkan kemahiran.
Kami bukan hanya membina perkembangan anak-anak.
Kami juga membina team yang lebih berkualiti untuk mereka.
๐๐๐ ๐๐๐๐
๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐
๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
๐Locations: Senawang | Eco Majestic | Sendayan | Damansara๐
๐ Contact us for more info: https://dub.sh/pv_META
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
16, 16-1, 17, 17-1 & 18 Jalan Dataran Kemuning
Senawang
70450
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 18:00 |
| Tuesday | 08:00 - 18:00 |
| Wednesday | 08:00 - 18:00 |
| Thursday | 08:00 - 18:00 |
| Friday | 08:00 - 18:00 |
| Saturday | 08:00 - 13:00 |