Hahasrin Hashim
Ahli Dewan Undangan Negeri N34 Panti
Naib Ketua UMNO Bahagian Tenggara
Anak Jati Tenggara
17/06/2026
Alhamdulillah, malam ini berkesempatan menunaikan Solat Isyak berjemaah bersama kariah di Surau Taman Muhibbah.
Selain mengimarahkan rumah Allah, dapat juga meluangkan masa bertegur sapa dan bertanya khabar dengan para jemaah yang hadir. Inilah antara momen yang paling saya hargai, dapat duduk semeja, berbual santai dan mendengar sendiri pandangan serta cerita daripada masyarakat setempat.
Terima kasih kepada seluruh kariah atas sambutan dan layanan yang cukup baik. Semoga ukhwah yang terjalin terus diperkukuhkan dan Surau Taman Muhibbah sentiasa makmur dengan aktiviti yang memberi manfaat kepada komuniti.
Moga Allah SWT terus memberkati setiap usaha dan langkah kita bersama.
16/06/2026
Alhamdulillah, berkesempatan menunaikan Solat Isyak berjemaah bersama kariah Surau Al-Ekhwan, Taman Desa Sejahtera, Kota Tinggi.
Selain mengimarahkan rumah Allah, inilah antara ruang terbaik untuk bertemu, bertegur sapa dan bertanya khabar dengan penduduk setempat. Kadang-kadang, sembang santai selepas solat itulah yang paling banyak membuka mata tentang denyut nadi masyarakat.
Terima kasih kepada seluruh jemaah atas layanan dan ukhwah yang cukup baik. Semoga Surau Al-Ekhwan terus subur dengan aktiviti yang menyatukan serta membawa keberkatan kepada seluruh kariahnya.
Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah kita dan terus mengeratkan silaturahim sesama masyarakat.
16/06/2026
Salam Awal Muharram 1448H.
Semoga kehadiran tahun baharu hijrah ini menjadi ruang untuk kita bermuhasabah, memperbaiki diri dan memperbaharui tekad ke arah yang lebih baik. Tinggalkan segala yang kurang, perbanyakkan amal dan terus melangkah dengan penuh harapan serta keikhlasan.
Semoga Allah SWT mengurniakan keberkatan, ketenangan dan kekuatan buat kita semua dalam menempuh perjalanan yang mendatang.
Selamat Menyambut Awal Muharram 1448 Hijrah.
“Hijrah itu bukan sekadar perpindahan, tetapi perubahan ke arah kebaikan.”
15/06/2026
Syafakallah Hj Arbain,
Siang tadi berkesempatan menziarahi Hj Arbain di hospital bersama-sama YB Manndzri dan Shida Ismail. Sempat kami berborak dan bertanya khabar pada Hj Arbain.
Alhamdulillah, semuanya baik-baik. Moga dipermudahkan segala urusan buat Hj Arbain.
14/06/2026
Pagi-pagi kita panaskan enjin dulu
Sebelum memulakan hari yang panjang, sempat bersama-sama para penggerak wanita menyertai senamrobik sempena Program Jelajah Orang Johor DUN Panti 2026. Memang meriah tengok semangat masing-masing, ada yang siap hafal langkah lagi!
Bila badan sihat, hati pun ceria. Terima kasih kepada semua yang hadir dan memeriahkan suasana pagi ini. Lepas ni bolehlah sambung aktiviti sepanjang hari dengan lebih bertenaga.
Jom kekal aktif, kekal sihat dan terus eratkan silaturahim.
14/06/2026
Alhamdulillah, pagi ini dimulakan dengan Solat Subuh berjemaah di Surau Ar-Rahman, Taman Sayong Pinang, Pinang Kuning bersama-sama penduduk setempat.
Inilah pembuka tirai Program Jelajah Orang Johor DUN Panti 2026. Selain mengeratkan ukhuwah, program seperti ini menjadi ruang untuk kita mendengar denyut nadi rakyat serta memperkukuhkan hubungan antara kepimpinan dan masyarakat.
Terima kasih kepada jawatankuasa surau dan seluruh jemaah atas sambutan yang cukup baik. Semoga setiap langkah yang diatur dipermudahkan dan membawa manfaat kepada masyarakat.
13/06/2026
Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un
Pagi ini hadir memberikan penghormatan terakhir buat Allahyarhamah ibunda kepada YB Manndzri yang telah kembali ke rahmatullah.
Salam takziah diucapkan kepada YB Manndzri Haji Nasib serta seluruh ahli keluarga. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah, mengampunkan segala dosanya dan menempatkan beliau dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Semoga YB dan keluarga diberikan kekuatan serta ketabahan dalam menghadapi ujian ini.
Al-Fatihah.
12/06/2026
Jelajah Orang Johor DUN Panti 2026 kembali menemui anda!
Pelbagai pengisian menarik menanti seisi keluarga bermula dari pagi hingga malam. Daripada aktiviti sukan dan kesihatan, program kemasyarakatan, sehinggalah persembahan hiburan yang pasti menghidupkan suasana.
📍 Dewan Serbaguna Taman Kota Jaya, Kota Tinggi
🗓 14 Jun 2026 (Ahad)
🕗 8.00 pagi – 11.30 malam
Antara pengisian yang menanti anda:
• Futsal
• Karaoke
• Senamrobik
• Jualan Kasih
• Persembahan istimewa daripada AXA Band dan Rahmad Mega
• Cabutan Bertuah dengan 35 unit hadiah menarik untuk dimenangi
Ayuh bawa keluarga, ajak rakan-rakan dan sama-sama kita meriahkan Jelajah Orang Johor DUN Panti 2026. Semoga program ini menjadi ruang untuk kita mengeratkan silaturahim, menyantuni masyarakat serta menikmati pelbagai manfaat yang disediakan.
Jumpa anda di Kota Jaya. Jangan lepaskan peluang ini!
02/06/2026
Hari ini saya menulis bukan sebagai seorang wakil rakyat, tetapi sebagai seorang anak Tenggara yang telah diberikan peluang dan amanah yang cukup besar untuk berkhidmat kepada masyarakat.
Sepanjang tempoh ini, terlalu banyak kenangan yang terakam. Ada saat kita bergelak ketawa dalam majlis-majlis kampung, ada ketika kita bersama-sama mengharungi musibah, ada ketika kita duduk semeja mencari jalan penyelesaian kepada pelbagai masalah rakyat.
Saya sedar, sebagai manusia biasa, mungkin ada kekurangan dan kelemahan sepanjang saya menjalankan amanah ini. Namun satu perkara yang sentiasa saya pegang, setiap langkah yang diambil, setiap keputusan yang dibuat dan setiap usaha yang digerakkan adalah dengan niat untuk memberikan yang terbaik kepada warga Panti.
Terima kasih kepada seluruh warga N.34 Panti.
Terima kasih kepada para guru, imam, ketua kampung, penghulu, penjawat awam, sukarelawan, NGO, anak-anak muda, para peniaga, petani, peneroka FELDA, warga kampung dan seluruh masyarakat yang sentiasa memberikan sokongan, teguran, pandangan dan doa sepanjang perjalanan ini.
Sesungguhnya, apa yang telah kita capai bukanlah hasil usaha seorang individu. Ia adalah hasil kebersamaan kita semua.
Saya tidak akan lupa setiap jabat tangan, setiap senyuman, setiap teguran dan setiap doa yang diberikan sepanjang saya diberi peluang berkhidmat di bumi Panti yang saya cintai ini.
Apa jua yang berlaku selepas ini, jasa, kenangan dan kasih sayang warga Panti akan sentiasa terpahat dalam hati saya.
Dari lubuk hati yang paling dalam, terima kasih warga Panti.
Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan yang telah diberikan.
Panti di hati, selamanya. ❤️
01/06/2026
Dirgahayu Tuanku
Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Patik sekalian rakyat menjunjung kasih atas kepimpinan, kebijaksanaan dan keprihatinan Tuanku dalam memayungi negara serta menyatukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dikurniakan keafiatan, kesejahteraan, usia yang diberkati serta terus berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.
Allah Peliharakan Sultan
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the public figure
Telephone
Website
Address
Senai