Sall Partness
Membantu suri rumah dan wanita berkerjaya yang ingin berubah dan mempunyai impian untuk membahagiaka
Ya Allah Ya Rahim, ampunkanlah segala dosa ibu dan ayah kami. Kasihanilah mereka seperti mereka menjaga kami sewaktu kami kecil. Aamiin Ya Rabbal Alamin..
Ya Allah, tinggal beberapa hari sahaja Ramadhan akan tinggalkan kita. Semoga amalan kita diterima dan kita dapat bertemu pada Ramadhan yang akan datang. Aamiin YRA
Ya Allah Ya Rahman, berikanlah kami peluang hari ini untuk perbetulkan apa kesilapan kami semalam. Semoga kami sentiasa dapat perbaiki diri menjadi lebih baik. Aamiin YRA..
Ya Allah Ya Tuhan kami, berikanlah kami kemudahan agar kami dapat bantu lebih ramai orang & janganlah Engkau jadikan kami lalai dan leka dengan apa yang kami ada. Aamiin YRA..
Ya Allah, Engkau sihatkanlah tubuh badan kami untuk melaksanakan tugas dan kerja kami. Engkau rahmatilah setiap apa yang kami lakukan. Aamiin Ya Rabbal Alamin..
Ya Allah Ya Rahim, Alhamdulillah dah masuk Ramadhan yang ke-18 kita berpuasa. Semoga Engkau menerima amal kebaikan yang kami buat sepanjang Ramadhan ini. Aamiin YRA..
Ya Allah Ya Mujib, Engkau jagakanlah keluarga kami disaat kami keluar mencari rezeki dan Engkau permudahkanlah kami mencari rezeki yang bersih lagi halal. Aamiin YRA...
Ya Allah Ya Mujib, hanya Engkau tempat kami memohon dan berlindung. Engkau bukakanlah pintu-pintu rezekiMu buat kami semua mencari sesuap nasi. Aamiin Ya Rabbal Alamin..
Ya Allah, jadikanlah diri kami seorang yang sabar dalam melaksanakan tanggungjawab kami & bantulah kami mengawal emosi dalam apa-apa keadaan sekalipun. Aamiin
Ya Allah, jika dengan ujian yang Engkau berikan kepada kami buat kami lebih matang dan kuat, Engkau tunjukkanlah jalan yang mudah untuk kami harungi dan lalui ujianMu. Aamiin YRA
Ya Allah, Engkau lindungilah dan selamatkanlah kami semua daripada orang yang berniat jahat ke atas diri kami. Engkau berikanlah mereka petunjuk dan hidayahMu. Aamiin Ya Rabbal Alamin..
Click here to claim your Sponsored Listing.
Website
Address
Senai