Cik Embun

Cik Embun

Share

✅random
✅masak masak
✅comedy

08/06/2025

Saya mendapat melebihi 50 reaksi pada siaran saya minggu lepas! Terima kasih semua orang untuk sokongan anda! 🎉

30/05/2025

Tahukah kamu? Mata boleh memberikan petunjuk penting tentang kondisi kesihatan tubuh anda.

Ini 6 gejala pada mata yang menjadi tanda adanya penyakit serius:

1. Mata Kuning
Menunjukkan adanya gangguan pada fungsi hati, seperti hepatitis atau penyakit hati

2. Edema (Bengkak di sekitar mata)
Boleh memberi petanda gangguan ginjal yang menyebabkan penompokan cairan dalam tubuh.

3. Bola Mata Menonjol
Ciri khas dari gangguan tiroid seperti penyakit Graves.
Penyakit Graves adalah salah satu jenis gangguan pada sistem imun tubuh yang menjadi penyebab umum kondisi hipertiroidisme, di mana produksi hormon tiroid yang berlebihan. Mekanisme hipertiroidisme merujuk kepada sistem imun yang merembeskan immunoglobulins, sejenis antibodi yang merangsangkan tiroid supaya menghasilkan hormon berlebihan.

4. Mata Merah Berair
Boleh jadi gejala infeksi saluran pernafasan bawah, seperti pneumonia.

5. Otot Mata Kendur
Dapat menandakan gejala awal stroke, terutama apabila disertai gejala saraf yang lain.

6. Kelopak Mata Pucat
Sering terjadi pada penderita anemia kerana kekurangan sel darah merah.

Jangan abaikan perubahan pada mata anda.

Jika mengalami gejala-gejala di atas, segera mendapatkan nasihat doktor untuk penerangan lebih lanjut.

09/01/2025

Hide profile sya admin..minta tlg
Saya isteri umur 44 thn .. ade 3 org anak...bln 8 thn Ipas sye diisythiarkan ade kanser payudara tahap 4 .. hidup saya sejak tu masuk kluar hospital je la.. payudara sblh kanan dah kena buang.. chemo dah 16 kitaran.. baru keluar hospital je ni.. skarang kanser dah merebak smpai paru paru.. dr bg balik dgn oxygen dan ubat thn sakit..
Sya tahu masa sya dah xlame.. spanjang duduk dlm wad.. sya dh nampak dah biasanya kanser tahap sya ni plg kuat bleh tahan smpai raya ni je.. sya dan kluarga pun dah sign perjanjian utk tidak selamatkan saya (tak buat cpr atau masuk tiub dlm mulut sya) jika keadaan sya smakin tenat dgn dr hospital.
Sejak sya kluar dr hospital, sya perasan yg husband slalu hilang waktu mlm.. sya xtahu brp lama dah jd mcmni mungkin sejak dr sya duduk di hospital Ig sbb waktu tu yg jaga saya di wad anak perempuan kami .. Ipas 2 minggu kt rumah dan perhati perangai dia .. saya cakap kt dia.. kalau dia nak kawen lain saya bagi dan benarkan ..
cuma jgn kawen waktu saya hidup saja ... dan saya nak tahu juga perempuan mana yg dia kacau tu... dia x marah dan x nafikan apa apa.. mungkin dia nampak keadaan saya dah uzur kot, mungkin dia kesian utk bergaduh dgn saya...
2 hari Ips saya dpt curi kejap phone dia waktu dia masuk tandas.. betapa hancurnya hati saya jmpa msg ni.. saya cuba kol nombor tu tp x berangkat.. saya gna simcard anak saya kol baru la berjawab..
Terkejut saya bla sya dengar suara yg mnjawab tu
suara adik perempuan saya sndiri.. yg boleh komfemkan Ig yg dia adik saya bila saya dgr background suara mak saya berleter kt blkg.. saya trus letak phone tu.. saya terkedu xleh ckp apa2..adik saya janda muda baru umur 28.. model tudung Ig.. mstila org berkenan.. tp knapa yg berkenan tu msti suami saya???
Kalau saya serang suami dgn adik... maruah keluarga sya hancur, maruah suami saya dpan anak anak pun habis hancur... saya mungkin dah xlama atas dunia ni.. kalau saya diam smua org selamat.. anak saya xkan .. tahu perangai ayah mereka macamana ..saya rasa mcm nak minta kat Tuhan matikan saya sekarang !! Saya xmahu susah siapa siapa.. Saya dah sedia untuk pergi..
Saya nak tanya klau tuan puan duduk di tmpt sya tuan puan buat macamana? ..

Kredit : RISKY RIA

17/12/2024

Pengajaran Buat Kaki Travel: Hati-Hati Dengan Penumpang Yang Terlebih Mesra.

Dalam flight ke Dubai, aku teringat cerita ni. Masa tu ada seorang makcik duduk sebelah aku. Dia mintak tolong angkatkan luggage dia, tapi ada abang baik kat seat seberang yang tolong dia instead.

Aku memang jenis tak tinggi, jadi aku avoid sangat nak usik compartment atas tu.

Lepas settle duduk, makcik ni terus borak dengan aku. Friendly gila, kami borak sepanjang flight. Tapi masa flight nak landing, tiba-tiba dia mengadu sakit perut teruk.

Risau jugak aku, jadi aku panggil pramugari, dan dorang pun bagi bantuan basic. Lepas tu, makcik ni start panggil aku "anak", pegang tangan aku kuat-kuat.

Semua orang kat sekeliling mula anggap kami ni related.

Masa dah landing, abang yang tolong dia tadi keluarkan beg dia dan bisik kat aku, suruh aku jangan rapat sangat dengan makcik ni.

Dia jugak pesan untuk explain kat cabin crew yang kami tak travel sekali. Nasib baik aku dengar cakap dia.

Crew flight tanya sama ada kami kenal, aku terus jawab yang kami baru je jumpa dalam flight.

Masa nak keluar dari flight, makcik tu merayu suruh aku bawakan handbag dia. Aku blur kejap, tapi abang tadi geleng kepala kuat-kuat, macam suruh aku jangan buat.

Dia siap bagi aku nota kecil, suruh aku biarkan crew yang handle dia.

Aku ikut nasihat abang tu, keluar je dari flight tanpa usik barang makcik tu.

Makcik tu tunggu wheelchair, dan aku pun blah. Tak lama lepas tu, kecoh kat airport.

Rupa-rupanya, makcik tu lari dari wheelchair sambil bawak luggage dia. Polis airport cepat-cepat tahan dia.

Masa tu la makcik tu menjerit, panggil aku "anak" dan tuduh aku tinggalkan dia.

Baru aku sedar, makcik ni rupanya bawak barang terlarang dan nak libatkan aku dalam hal ni.

Nasib baik abang tadi datang back up aku, explain yang aku ni stranger je. Polis mintak makcik tu bagi full name aku, tapi dia tak boleh sebab aku tak pernah share nama aku dengan dia.

Barang aku semua kena check habis-habisan, tapi takde connection pun dengan barang dia. Akhirnya, aku dilepaskan.

Benda ni ajar aku satu benda penting: Jangan sentuh luggage atau barang orang lain kat airport atau dalam flight, walaupun nampak macam harmless.

Barang dorang, tanggungjawab dorang. Barang kau, tanggungjawab kau.

Sekarang ni, kalau ada orang mintak tolong angkat barang kat compartment atas atau apa-apa, aku terus panggil cabin crew.

Call me cold, tapi ini semua pasal self-preservation.

Pengajaran Buat Travelers: Baik hati tu boleh, tapi sentiasa berhati-hati. Kadang-kadang, nyawa kau boleh jadi taruhan.

Itu je lah aku nak cerita,

Sumber : Abudi Alsagoff

14/12/2024

Sampai sekarang saya rasa berdosa dengan puan isteri kerana RM20.00 ini.

13 Tahun yang lepas kami sekeluarga diuji dengan ujian kewangan yang luar biasa. Kereta ditarik, rumah sewa tak mampu bayar dan tak ada pekerjaan tetap.

Salah saya sebab saya berhenti kerja nak berniaga. Bila berniaga tak jadi waktu itu, anak dan isterilah jadi mangsa.

Sampai satu tahap, saya terpaksa lepaskan isteri untuk p**ang ke kampung bersama ibu dan bapa beliau si Sarawak buat sementara waktu. Ketika itu isteri sedang sarat mengandungkan anak ke-2.

Di kampung tak ada kenderaan selain bas. Air p**a waktu itu bergantung sepenuhnya kepada air sungai belakang rumah.

Puan isteri dengan perut besarnya terpaksa turun ke sungai melalui tangga yang tinggi dan licin untuk menguruskan kehidupan harian.

Nak dijadikan cerita, puan isteri minta duit belanja makan untuk beliau dan anak. Saya waktu itu cuma ada RM80.00 sahaja di dalam akaun.

Saya hantarkan kepada beliau RM60.00 dan bakinya saya gunakan untuk makan saya di semenanjung.

Isteri saya call dan sangat gembira sebab ada RM60.00 untuk belanja, beliau minta izin naik bas ke bandar untuk beli lauk. Dengar gembira betul kerana sudah hampir 6 hari putus bekalan lauk di rumah.

Selepas p**ang, beliau hubungi saya semula dan ceritakan kepada saya pengalaman beliau di pasar.

Beliau cerita beliau beli sedikit itu dan sedikit ini jadi RM60.00 itu habis. Saya waktu itu curiga kerana barang yang dibeli sangat sedikit, kenapa RM60.00 habis.

Bila saya tanya beliau, barulah beliau cerita beliau beli ayamas drummet yang sepeket hampir RM20.00.

Terus saya marah beliau kerana saya rasa membazir. RM20.00 boleh beli 2 ekor ayam dan boleh dimakan lebih 1 minggu berbanding drummet itu. Beliau minta maaf. Beliau kata beliau teringin sangat nak makan.

Terus saya balas, teringin itu untuk orang kaya, kita orang miskin, teringin kita tak laku.

Beliau mula menangis dan minta maaf banyak kali. Saya masih juga marah. Marah kerana saya sudah tidak ada duit lagi mahu beri kepada beliau. Marah sebab waktu itu saya suami yang tidak berguna.

Saya letak talifon dalam keadaan marah dan beliau sedang menangis.

Malam itu saya tidak boleh tidor. Rasa betul-betul berdosa. Saya hubungi beliau dan saya minta maaf kepada beliau. Kami berdua menangis bersama di dalam talifon.

Ya Allah, sampai sekarang saya rasa berdosa. Kerana RM20 ini saya marah isteri saya yang banyak berkorban harta dan nyawa untuk bersama saya.

Semoga Allah masukkan isteri saya ke dalam syurga kerana selalu bersyabar dengan karenah suaminya.

Kepada tuan dan puan yang mungkin sedang dalam situasi yang sama seperti saya suatu ketika dahulu, saya doakan tuan dan puan dapat keluar secepat mungkin dari keadaan itu. Kita berdoa dan berusaha. Allah jua yang membantu kita.

➡️Mohd Firdaus Jailan

Want your public figure to be the top-listed Public Figure in Sandakan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Sandakan
90000