Laman Letopanz
Segala berkaitan laman
Tak pasti nama pokok bunga ni. Jenis menjalar. Cantik bunganya kuning, tak jemu mata memandang
Pokok sawit yang sesat tumbuh macam ni seeloknya dibuang daripada awal. Sesiapa yang kalau besar dia jadi liat pasal payah nak makan dek racun. Saiz sedang macam masih boleh guna racun ranger macam yang saya beli di Shopee. Cara guna, 1 cup racun campur dengan 2 cup atau 1 cup setengah minyak diesel. Campur dan sapu sahaja (boleh guna berus cat) pada pelepah pokok. Tapi pokok mesti dicantas dulu sebab kena oles biar kena bahagian dalam pelepah atau dahan atau pada batang pokok
Beli racun di sini 👉
https://s.shopee.com.my/gIyvMxnBg
Apa ke nama pokok ni, dia hidup menumpang di batang pokok lain. Cantik macam orkid bunga warna kuning terang
Lawa sungguh kawasan papan Blok 10 Felda Keratong 9, Muadzam Shah Pahang. Cukup berhias segala pokok bunga, pasu dengan tembok bercat warna-warni tak jemu mata memandang. Kadang papan blok tak terjaga fasalnya peneroka dan penerokawati dah tua belaka, terpaksa harapkan generasi kedua tetapi Blok 10 ni warganya masih sihat dan bertenaga lagi. Nampak gaya ada chance menang papan blok terbaik tahun depan!
Akhirnya berbunga juga pokok bunga kertas id citra monduring ni. Beli anak pokok lebih kurang setengah tahun lepas dari nursery Tentang Tumbuh kt TT
Helicornia hanya sesuai ditanam dalam raised bed, baru nampak kemas macam di laman
Seri Suasana DBKL Beserah ni. Kalau ditanam di luar tapak plot, lama-kelamaan akan semak sebab dia tumbuh meliar
Memang lawa gabungkan berbagai jenis tanaman dalam satu plot. Ada pokok puding, pokok bunga pentas, pokok buluh dengan satu lagi rasanya helicornia tapi tak pasti jenisnya.
Lokasi Hotel DBKL @ Seri Suasana DBKL Beserah, Kuantan
Sayang bangku secantik ni dibiar tak berselenggara. Nak angkut bawa balik rumah tapi kereta kitanya Axia. Kalau bawa Hilux dah ambil dua tiga buat tempat duduk kat laman rumah sendiri
Ambil angin menunggu tengahari
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
179, Blok 8
Rompin
26700