PIBG SK Bukit Ridan
Laman ini diakses oleh PIBG SK Bukit Ridan 2025
13/06/2026
PIBG SK Bukit Ridan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Majlis Daerah Rompin dan semua pihak yang terlibat atas usaha menambah baik aspek keselamatan dan kelancaran lalu lintas di hadapan SK Bukit Ridan melalui penyediaan petak kuning larangan parkir kenderaan yang telah dilaksanakan baru-baru ini.
Inisiatif ini amat bermakna kepada warga sekolah kerana ia membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas, meningkatkan tahap keselamatan murid, ibu bapa dan kakitangan sekolah, serta memastikan pergerakan kenderaan lebih teratur khususnya pada waktu puncak persekolahan.
Pihak PIBG SK Bukit Ridan amat menghargai keprihatinan dan kerjasama yang diberikan oleh Majlis Daerah Rompin dalam memastikan persekitaran sekolah yang lebih selamat dan kondusif untuk semua.
Terima kasih atas komitmen dan sokongan yang berterusan demi kesejahteraan komuniti setempat.
YDP
11/06/2026
Perkongsian PIBG: Hala Tuju Pendidikan Baharu
Pembentangan Rancangan Pendidikan Malaysia 2026–2035, kami di PIBG tertarik dengan satu perkara penting, fokus KPM terhadap pembentukan 5 ciri murid yang ingin dilahirkan:
Beradab. Berilmu. Berkemahiran. Berdaya tahan. Berkeyakinan.
Menariknya, tiada pun disebut tentang “straight A”. Yang ditekankan ialah sasaran minimum, murid mencapai sekurang-kurangnya gred C bagi empat mata pelajaran teras iaitu BM, BI, Matematik dan Sejarah.
Ini bukan bermaksud akademik tidak penting.
Sebaliknya, ia menunjukkan bahawa pendidikan sebenar lebih besar daripada sekeping slip peperiksaan.
Sebagai ibu bapa, kita tentu mahu anak-anak yang pandai. Namun lebih daripada itu, kita mahu mereka membesar menjadi insan yang tahu menghormati orang lain, mampu menghadapi cabaran hidup, dan yakin dengan diri sendiri.
Inilah hala tuju baharu yang perlu kita fahami dan sokong bersama.
Adab dulu, baru ilmu.
Kerana pendidikan bukan sekadar mengisi kepala, tetapi membentuk jiwa dan peribadi.
Kredit: Kepada yang berkongsi info ini.
11/06/2026
Beri galakkan kepada anak-anak untuk sertai.
MUADZAM SHAH e-Chess Challenge (MSeCC) 2026
Jom sertai kejohanan catur dalam talian yang menghimpunkan pemain muda dari seluruh negara!
Tarikh: 25 Julai 2026 (Sabtu)
Masa: 9.00 pagi
Platform: Lichess.org
Yuran Penyertaan: RM10 sahaja
Sijil PAJSK Peringkat Negeri disediakan
Kategori: Bawah 12 Tahun & Bawah 18 Tahun
“Satukan Strategi, Kukuhkan Silaturahim”
Daftar sekarang melalui pautan yang disediakan:
LINK PENDAFTARAN
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfDJ3sk5R--k1OCXpB0x2T10QVJP3x-9eL2se_C2Xv6u4P2GQ/viewform?usp=publish-editor
09/06/2026
09/06/2026
ROMPIN, 09 JUN 2026 : Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, YB. Dato’ Ir Razali Kassim merasmikan Majlis Memperkasa Ilmu : Program STEM Outreach PETRONAS 2026, Wilayah Pantai Timur, Muadzam Shah, di sini hari ini. - PAHANGMEDIA
📷 Shahrizar Adzhar | Pahang Media
07/06/2026
Selamat Bertugas Ibu Bapa Hebat. Esok Anak-Anak Dah Ke Sekolah.
05/06/2026
Sudah bersedia untuk kembali ke sekolah?
Ibu bapa hebat perlu sama-sama pastikan uniform lengkap, penampilan kemas dan minda anak-anak bersedia untuk belajar. Mulakan hari pertama dengan disiplin yang tinggi kerana kejayaan bermula daripada perkara-perkara kecil yang dilakukan dengan konsisten.
25/05/2026
𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐏𝐈𝐁𝐆 𝐒𝐊𝐁𝐑
PIBG SKBR ingin memaklumkan bahawa cadangan Projek Pembinaan Dewan Terbuka SKBR telah mendapat perhatian dan sokongan pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Rompin serta Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk diangkat ke peringkat Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) secara berperingkat mengikut Rolling Plan (RP).
Sehubungan itu, semua kutipan sumbangan khas bagi tujuan pembinaan dewan akan ditamatkan serta-merta selaras dengan ketetapan pihak PPD.
PIBG merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ibu bapa, penjaga, alumni, pihak korporat dan warga SKBR yang telah bersama-sama menyokong usaha pembangunan sekolah sejak tahun 2024.
Dana sumbangan yang telah dikumpulkan sebelum ini akan dinilai semula secara telus dan berhemah agar dapat terus memberi manfaat serta pulangan terbaik kepada murid-murid dan pihak sekolah.
PIBG juga amat menghargai usaha dan sokongan pihak PPD serta JPN dalam memperjuangkan keperluan fasiliti SKBR demi keselesaan dan masa depan anak-anak SKBR.
Yang Dipertua PIBG
SK Bukit Ridan
25 Mei 2026
21/05/2026
Sumbangan PIBG sebanyak RM50 setahun sebenarnya bersamaan sekitar RM4.16 sahaja sebulan
Jumlah ini jauh lebih rendah berbanding banyak kos pendidikan lain seperti yuran tadika swasta, kelas tambahan, atau aktiviti luar anak-anak di kawasan bandar.
Yang penting untuk difahami:
Ini adalah SUMBANGAN, bukannya BAYARAN WAJIB.
PIBG diwujudkan untuk membantu sekolah menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih baik untuk anak-anak.
Sekiranya ibu bapa tidak mampu, beberapa perkara boleh dilakukan:
• Membayar secara ansuran mengikut kemampuan
• Berjumpa pihak PIBG atau sekolah untuk berbincang secara baik
• Memohon penangguhan bayaran
• Memohon pengecualian bagi keluarga miskin tegar atau benar-benar memerlukan
• Memberi sumbangan dalam bentuk tenaga, kerjasama atau penglibatan aktiviti sekolah
Apa yang penting ialah komunikasi dan kefahaman bersama, bukan memalukan atau menghukum mana-mana pihak.
Hakikatnya, hasil sumbangan PIBG biasanya kembali kepada murid dan sekolah melalui:
• Program akademik dan motivasi
• Aktiviti kokurikulum dan sukan
• Penambahbaikan kemudahan sekolah
• Kebajikan murid yang memerlukan bantuan
• Keceriaan dan keselamatan sekolah
• Program sahsiah dan pembangunan murid
Apabila sekolah dan ibu bapa bekerjasama, anak-anak akan mendapat manfaat yang lebih besar.
Kerana pendidikan bukan tanggungjawab sekolah semata-mata, tetapi usaha bersama demi masa depan anak-anak kita.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Address
Bukit Ridan
Rompin
26700
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Friday | 09:00 - 17:00 |