Umno Bahagian Rompin

Umno Bahagian Rompin

Share

pertubuhan politik

12/05/2026
12/05/2026

[Infografik] “SAYA BERBANGGA PAHANG PERTAMA INDEKS PERPADUAN NASIONAL 2025”

Berita penuh : https://pahangmedia.my/archives/52568

Photos from UMNO Online's post 12/05/2026
12/05/2026

Selamat Hari Jururawat 2026 kepada seluruh warga jururawat yang menjadi tulang belakang sistem kesihatan negara khasnya yang berada di negeri Pahang.

Terima kasih atas segala pengorbanan, kecekalan dan khidmat bakti yang dicurahkan dalam menjaga serta merawat pesakit dengan penuh dedikasi, kasih sayang dan profesionalisme.

Sesungguhnya jasa para jururawat amat besar nilainya dalam memastikan kesejahteraan rakyat dan kelancaran perkhidmatan kesihatan negara.

Semoga semua jururawat diberikan kesihatan yang baik dan kesejahteraan yang berpanjangan. Insya-Allah.

12/05/2026

Tujuh stesen Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Pahang bakal dibangunkan sebagai hab pembangunan berorientasikan transit (TOD) bagi memperkukuh sistem pengangkutan awam serta merangsang ekonomi negeri.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, YB Dato’ Ir. Razali Kassim Jawatankuasa Kerja Kerja Pelaburan dan Pembangunan Berorientasikan Transit serta Projek Pemecut Ekonomi (TOD/EAP) telah ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri bagi memantau pembangunan di kawasan sekitar stesen ECRL.

Antara projek yang bakal dilaksanakan ialah Terminal Bersepadu dengan Pusat Komersial di Bentong serta Terminal Pengangkutan Awam Bersepadu di Paya Besar, Kuantan.

Katanya, sesi libat urus bersama operator bas, teksi dan e-hailing turut dilaksanakan bagi memastikan ketersambungan pengangkutan awam di semua stesen ECRL di negeri ini lebih efisien dan memberi manfaat kepada rakyat.

Sumber : Pahang Media

10/05/2026

Tok Wan pun nak ada Trading Card Game, TCG jugak

Tok Wan nak ajak "Aku Budak UMNO" yang ada kat media sosial ni cuba create TCG masing-masing, share kat sini Tok Wan nak tengok

Moh semua 🙋‍♂️

28/04/2026

Saksikan program eksklusif “UMNO 8 Dekad” sempena ulang tahun ke-80 UMNO bersama YB Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Naib Presiden UMNO.

🗓 Selasa, 28 April 2026
🕘 9.00 malam
📍 LIVE di UMNO Online

Kupasan menarik, pandangan semasa dan hala tuju perjuangan parti bakal dikongsikan secara santai tapi bermakna.

Jom sama-sama kita dengar dan ambil peluang ini untuk memahami perjalanan 8 dekad UMNO.

Photos from Wan Rosdy bin Wan Ismail's post 28/04/2026
Want your organization to be the top-listed Government Service in Rompin?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


MM35 MEDAN MEWAH, MUADZAM SHAH
Rompin
26700