PASTI At-Taqwa Sg. Puteri Rompin
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PASTI At-Taqwa Sg. Puteri Rompin, Elementary School, A2, RUMAH MURAH SUNGAI PUTERI, Kuala Rompin, Rompin.
Pendidikan PASTI adalah 1 usaha bersepadu dan berterusan bagi membina generasi tunas Islam yang unggul dari aspek rohani, jasmani, intelek dan sosio-emosi, yang berteraskan Islam, iman dan ihsan melalui penguasaan ilmu fardu ain dan fardu kifayah.
03/06/2026
Dari Sebuah Honda Cub, Lahir Sebuah Legasi 37 Tahun
Siapa sangka sebuah motosikal Honda Cub C70 dan semangat perjuangan seorang ayah menjadi titik mula kepada penubuhan sebuah institusi pendidikan yang telah melahirkan generasi demi generasi anak-anak Islam?
Pada tahun 1989, hasil perbincangan beberapa penduduk Kampung Tapu, Kuala Berang bersama Allahyarham Mohamed bin Abdullah, lahirlah PASTI Qaryah Tapu di atas tanah wakaf milik seorang penduduk kampung.
- Bangunan pertama dibina secara gotong-royong.
- Bahagian bawah dijadikan kelas PASTI.
- Bahagian atas dijadikan surau.
- Sebelahnya p**a menjadi rumah keluarga pengasas.
Kini, selepas 37 tahun, PASTI yang dahulu dibina dengan keringat penduduk kampung hampir mempunyai bangunan baharu hasil sumbangan orang ramai dan wakaf seorang bekas pelajarnya sendiri.
Lebih menyentuh hati, Allahyarham Mohamed bin Abdullah yang menjadi antara penggerak awal penubuhan PASTI ini telah kembali menghadap Ilahi pada 27 Mei 2026.
Namun jasadnya telah pergi, amal jariahnya terus hidup melalui setiap anak yang belajar membaca al-Quran, mengenal Islam dan membesar di bawah bumbung PASTI.
β€οΈ Sebuah bangunan boleh dibina dengan batu dan simen.
Tetapi sebuah legasi dibina dengan pengorbanan.
Al-Fatihah buat semua pejuang yang telah pergi mendahului kita.
Karya Aminuddin Mohamed
02/06/2026
ππ
Tak dapat pengiktirafan dalam negara, tapi dapat daripada luar negara pun jadi lah ya.
Semoga anak-anak yang terdidik di PASTI terus menjadi generasi yang rabbani.
Tahniah semua warga PASTI, khas buat mereka di Jabatan PASTI Negeri Terengganu.
31/05/2026
Alhamdulillah.
Dari Terengganu ke Bangkok.
Apa yang bermula dengan sebuah cita-cita untuk memperkasakan pendidikan awal kanak-kanak Islam, semalam menerima pengiktirafan di pentas dunia.
Jabatan PASTI Negeri Terengganu dianugerahkan:
π BEST PRESCHOOL OF THE YEAR
βͺοΈWorld School Summit 2026, Bangkok, Thailand.
Anugerah ini bukan milik seorang individu.
Ia milik setiap guru yang ikhlas mendidik, setiap pengurus yang berkorban masa dan tenaga, setiap ibu bapa yang meletakkan kepercayaan, serta setiap anak-anak PASTI yang menjadi inspirasi perjuangan kami.
Sesungguhnya, apabila usaha disandarkan kepada Allah, tiada yang mustahil.
Terima kasih atas doa dan sokongan semua.
Melahirkan Generasi Celik Al-Quran.
PROJEK AULAD
Tema : Kenderaan
Kelas : 5 Sanaa Addiin
Terima kasih buat semua ibu bapa murid PASTI AT-TAQWA atas ucapan, hadiah dan doa yang diberikan kepada kami cikguΒ². AnakΒ² semua adalah hadiah terindah dan amanah terbaik buat cikgu. β€οΈ
Tidak dilupakan juga kepada ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan, kerjasama dan membimbing anak-anak dengan penuh kasih sayang.
Semoga kalian semua sentiasa berada dalam rahmat, kasih sayang dan lindungan Allah SWT, dipermudahkan segala urusan serta dikurniakan kebahagiaan dunia dan akhirat. π€²β¨β
21/05/2026
ππππππππ ππππ πππππππ πππππππππππ πππππ ππππ ποΈ
Assalamuβalaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Pihak pengurusan PASTI Negeri Pahang ingin mengucapkan Selamat Bercuti Pertengahan Tahun kepada semua anak-anak PASTI dan guru.
Pesanan buat anak-anak:
πJaga solat lima waktu. π
βΊοΈTeruskan murajaah (ulangkaji) hafalan doa dan surah. π
πBantu ibu bapa di rumah. π
Tarikh Penting:
ποΈ Cuti: 23 Mei - 7 Jun 2026
ποΈ Buka Sekolah: 8 Jun 2026
πHati-hati bagi yang p**ang ke kampung atau bercuti. Jumpa lagi pada 8 Jun nanti!
Semoga semua urusan tuan/puan sepanjang musim cuti ini dipermudahkan Allah SWT.
Sekian, terima kasih.
16/05/2026
Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik PASTI Negeri Pahang! πΉβ¨
"Tinggi merimbun pohon jati,
Tempat berteduh si burung merpati;
Mendidik ummah seikhlas hati,
Guru Haraki teguh berbakti."
Terima kasih yang tidak terhingga kepada para muallimah dan guru yang tanpa jemu mendidik anak-anak kecil kita dengan acuan al-Quran dan Sunnah. Pengorbanan kalian membentuk peribadi ummah sejak dari rebung sangat besar nilainya.
Semoga Allah SWT memberkati, merahmati, dan membalas segala jasa baik guru-guru dengan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. Amin.
"Guru Haraki Pemangkin Kekuatan Jemaah"
π 16 Mei 2026
10/05/2026
Kasih ibu membawa ke syurga,
pengorbanannya tiada ternilai harganya.
Terima kasih ibu kerana tidak pernah lelah mendidik, membimbing dan mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak.
Di sebalik lahirnya generasi yang soleh dan berjaya, hadirnya seorang ibu yang sabar, kuat dan penuh pengorbanan.
Semoga setiap penat lelah ibu diganjari pahala yang berpanjangan serta dikurniakan kebahagiaan, kesihatan dan rahmat daripada Allah SWT.
βSyurga itu di bawah telapak kaki ibu.β
SELAMAT HARI IBU
10/05/2026
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
A2, RUMAH MURAH SUNGAI PUTERI, Kuala Rompin
Rompin
26800
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 05:00 |