The Bunga Manis
basic gumpaste flower class
01/10/2025
“Kelas bunga ni tak de ke masa weekday atau cuti sekolah?…”
sebelum ni ramai juga yang tanya sis macam tu,
ye la sis faham… mungkin nak datang tu kan,
kadang2 ada komitmen lain juga yang kita perlu cakna…
insha allah di hujung tahun ni,
sekiranya berkelapangan…
sis akan update kelas di misim cuti sekolah ya 😅
02/07/2025
cupcakes with homemade gumpaste flowers.
ada yang minat nak belajar buat bunga gumpaste version mini?
yang sesuai untuk letak atas cupcakes 😊
19/03/2025
tahun kepas ada juga mood rajin buat kuih raya…
dapat la jual sikit2,
tahun ni! ya allah… punyalah malas!
jangan kata nak jual,
nak buat untuk makan sendiri pun malas!
02/03/2025
salam ramadhan utk uols yang beragama islam
dan selamat berpuasa… 😊
dalam bulan puasa ni bunga manis akan berehat
dari aktiviti membunga,
insha allah lepas raya nanti
bunga manis akan mulakan kelas seperti biasa…
dan kalau diizinkan,
bunga manis juga akan mula
menjual bunga gumpaste ya 😊
15/02/2025
mini cuppies for hantaran,
bunga carnation + bunga rose 🥰
teknik untuk buat bunga carnation ni lebih mudah
dan cepat…
yang penting hasilnya pun sedap mata memandang 😊
04/02/2025
bebunga baru 😅
keluarga bunga carnation
tapi method ni agak susah & complicated!
sis kalau nak ajar untuk student2 sis,
sis tak minat nak ajar yang step susah2…
kalau susah sangat stepnya,
orang dari minat nak buat bunga,
terus lariiii!!! 😅
insha allah nanti sis update berkenaan
kelas asas bunga gumpaste ya… 😊
kelas santai2… yang penting simple step!
zero basic pun boleh join…
kepada yang berminat, stay tune…
05/01/2025
Kek hantaran dari The Bunga Manis 🥰
02/12/2024
BUNGA GUMPASTE/ GUMPASTE FLOWER
terima kasih kepada yang bertanyakan berkenaan bunga gumpaste ni…
ye, ini adalah set bunga gumpaste peony saiz besar.
set ni datang sekali dengan daun dan juga ‘filler flower’ hydrangea…
buat masa ni atau lebih tepat sehingga hujung tahun ini,
TBM tak ambil tempahan bunga ye…
disebabkan kekangan masa, TBM terpaksa menolak tempahan untuk bunga gumpaste…
insha allah, bermula january 2025…
TBM akan buka semula tempahan bunga gumpaste ya 😊
28/11/2024
.
24/11/2024
rasanya tahun ni kak ratu macam bercuti dari buat kelas,
atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan,
kak ratu memang tak cukup masa untuk nak buat kelas 😅
insha allah bermula JAN 2025 nanti, kak ratu akan
perlahan-lahan buat kelas semula…
bagi yang bertanya kelas untuk DEC 2024 ni,
pun insha allah kak ratu akan cuba cari masa…
kalau tidak, kita mula next year je lah ok 😊
untuk jualan bunga-bunga gumpaste,
juga kak ratu belum mula buka tempahan ya…
bila dah ready nanti, kak ratu akan update di fb & ig 😊
terima kasih untuk yang selalu bertanyakan kelas,
mahupun yang bertanya berkenaan dengan bunga gumpaste 😘
buat masa ini memang tak ada sebarang aktiviti membunga 😅
rindu betul nak buat bunga,
harap2 kak ratu tak lupa skill 😅
14/10/2024
.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Address
Rawang
48000
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 22:00 |
| Tuesday | 09:00 - 22:00 |
| Wednesday | 09:00 - 22:00 |
| Thursday | 09:00 - 22:00 |
| Friday | 09:00 - 22:00 |
| Saturday | 09:00 - 22:00 |
| Sunday | 09:00 - 22:00 |