Emo Delicious
home made cookies, brownies ,cake
Siapa kat sini petang-petang s**a layan Waffle panas dengan Kopi?
🙋♂️Jom singgah kiosk car boot kitorang dekat SACC Mall Shah Alam minggu ni!
📅 Tarikh: 13 & 14 Jun
🕔 Masa: 5 petang - 12 malam
📍 Lokasi: Car Boot Sale SACC Mall
Ada Waffle, Coffee, Sparkling, & Boba tebal (Green Tea Strawberry / Chocolate).
Save tarikh siap-siap, nanti sampai sana cari kitorang okay! 🚘🔥
31/05/2026
"Masa untuk manjakan diri dengan set hidangan estetik petang ni! ☕✨
Nikmati gandingan mantap secawan kopi panas yang berkrim bersama pelbagai pilihan mini pastries premium—dari kelazatan coklat pekat hinggalah kesegaran tart buah-buahan asli.
Sesuai sangat untuk dijadikan peneman waktu santai atau hadiah buat yang tersayang. Jom dapatkan set eksklusif ini di gerai kami hari ini! 🥐🍓"
31/05/2026
Assalamualaikum.. selamat pagi waffle boleh dihidang waktu pagi, tengah hari ,petang dan malam .... walau latar pic di jana ai tapi waffle tu sis buat sendiri tau dari tepung yg diadun sendiri tanpa beli siap dan proses bancuh tepung dan masak semua sendiri.... yang pasti super sedap... sbb setiap inci penghasilan waffle tu A to Z dari sis dan terbentuk la seketol waffle 🤭🤭🤭
Assalamualaikum semua,
booth sis masih di AeonAu2 sentiawangsa sehingga ahad 31/5 tau ,jom singgah yg berdekatan...
EMO DELICIOUS KINI DI AEON AU2 SETIAWANGSA!
🥳✨Mengidam Kopi Arabica Premium & Waffle Panas?
Jom serbu booth kami sekarang!
☕ Iced Caffè Latte Premium (100% Arabica Brazil/Colombia + Susu Farm Fresh Barista) – Hanya RM9!
🧇 Waffle Panas Rangup dengan pelbagai topping kegemaran anda!
🍵 Green Tea Signature & Sparkling Mojito yang menyegarkan!
📅 Tarikh: 29, 30 & 31 Mei 2026 (Jumaat - Ahad)
⏰ Masa: 10:00 Pagi — 10:00 Malam
📍 Lokasi: AEON AU2 Setiawangsa, Level 1
(Cari booth comel bumbung bunga Emo Delicious / Let's Drink)Harga bajet, rasa kayangan gred kafe hipster. Jangan lepaskan peluang hujung minggu ni tau! Jumpa anda di sana! 💨🥤
28/05/2026
🥤 HAUS SELEPAS SHOPPING? JOM SINGGAH BOOTH KAMI!
🥤Orang Setiawangsa & Keramat yang ada di AEON AU2 hari ini, jangan lupa singgah ke booth Emo Delicious tau! Kami ada bawa 3 siri minuman kegemaran ramai yang super segar, premium dan berbaloi:
☕ SIRI KOPI KAFEIN KICK (Dari RM7 - RM12)
☕Peminat kopi wajib cuba! Kami ada pilihan Panas (Hot) & Ais (Iced). Antara yang paling hot selling:Iced Caramel Macchiato & Iced Mocha Latte (RM12)Iced Butterscotch Latte & Iced Hazelnut Latte (RM10)Hot Cappuccino & Iced Latte (RM8/RM9)
✨ SPARKLING MOJITO (RM7.90)
✨Ada 10 pilihan rasa buah-buahan segar (Blue Lemon, Strawberry, Passion Fruit & banyak lagi!). Gabungan soda sejuk dan daun pudina segar memang gerenti hilangkan dahaga korang.
🧋 SIRI BOBA PREMIUM (RM8.90)
🧋Untuk peminat tegar susu berkrim dan boba yang kenyal mengasyikkan! Ada Green Tea Strawberry Boba, Chocolate Boba, dan Milk Tea Boba.
🧇 Korang juga boleh layan Waffle panas-panas yang rangup di sini!
📍 Lokasi: Booth Emo Delicious, AEON AU2 Setiawangsa
📞 Pertanyaan / Hubungi: 013-3145625
Jumpa korang kat booth kami 29,30,31 May 2026! Datang awal sebelum perisa atau kopi kegemaran korang habis licin! 💨
Assalamualaikum semua... jom singgah yg berdekatan sis ade sini sehingga ahad 24/5 tau.... terima kasih 🤭🤭🤭...
hai semua... sis sekarang open booth di shah alam ,warga shah alam rasanye masih ingat sis tak tu?... sbb sebelum ni sis buka booth di hampir setahun jugak laa ... sis off area shah alam selepas booth dalam mall tu tutup utk renovate.... yg masih ingat tu jom support sis tau.... cuma kali ni kite bawak minuman jee... waffle,cake, sweetcorn masih off ,maklum laa tak muat kete comel sis tu nak bawak segala mak nenek brg masuk cbs....🤭🤭🤭... tapi nanti kan sis update kite bertapak dimana pulak yee... tq tau yg support kite semlm... malam ni pun kite masih disini... singgah tau....
26/02/2026
Assalamualaikum...
lama sudah sis tak berkumandang betul kan kan kan.... dah berhabuk muka buku sis ni...
jom laa sis belanja setahun sekali jee... samperit klasik ni nak lalu.... harga akan menyusul sbb kali ni sis pakai sepenuhnya butter by kedai bakery hihihihihi....
Click here to claim your Sponsored Listing.
Telephone
Website
Address
Kundang
Rawang
48050