HULU TAMU BEBAS ROKOK
KG ORANG ASLI ULU TAMU , BATANG KALI , SELANGOR
14/10/2022
Maka malam ini bermulalah program kesihatan gaya hidup sihat di perkampungan orang asli Hulu tamu. Sambutan orang asli untuk program ini amatlah memberangsangkan Dan respon positif juga telah diberikan. Tahniah!
13/10/2022
Katakan taknak kepada merokok
12/10/2022
Ambil perhatian untuk tempat larangan merokok agar tidak dikenakan tindakan undang-undang
12/10/2022
Kali ini dengan kerjasama dari pelbagai agensi, sama sama kita menjayakan program kesedaran bahaya rokok di kampung orang asli hulu tamu.
14/09/2022
JUMAAT (26/8/2022)
-pelatih telah terlibat untuk membantu bagi persediaan program "MOH PEDULIK SIHAT" atau program Hari Malaria bagi Peringkat Negeri Selangor dan beberapa aktiviti riadah bersama penduduk orang asli telah dilakukan di kawasan tersebut iaitu perlawanan bola sepak antara pasukan kampung orang asli dan pasukan campuran yang terdiri daripada staff HOAG, staff dari beberapa buah PKD di sekitar Negeri Selangor dan beberapa pelatih PPKP.
12/09/2022
KHAMIS (25/8/2022)
- Perbincangan dengan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29 Unit Vektor HOAG, En Rohaimi tentang keterlibatan Pelatih ILKKM Sg Buloh dengan program "Moh Pedulik Sihat" iaitu Hari Malaria peringkat Negeri Selangor dan juga turut serta dalam meraikan delegasi doktor kesihatan dari Pejabat Kesihatan Daerah Seluruh Semenanjung Malaysia
12/09/2022
RABU (24/8/2022)
-Kunjungan ke JAKOA Hulu Selangor untuk sesi temuramah dan mesyuarat dengan wakil pihak JAKOA iaitu En Azri, Pengarah JAKOA Hulu Selangor dan pembantunya En Ridwan
-Berkunjung ke Kampung Orang Asli Hulu Tamu untuk temu ramah dengan Tok Batin Hulu Tamu, En Alam Bin Supah dan melakukan aktiviti survey dan temuramah dengan komuniti bagi mendapatkan data untuk diagnosis kesihatan
12/09/2022
JUMAAT (5/8/2022)
-Kunjungan ke HOAG untuk sesi temuramah bersama Dr. Julianna Ketua Seksyen Kesihatan awam HOAG bagi mendapatkan sokongan serta mempersembahkan idea untuk melakukan kajian.
12/09/2022
KHAMIS (4/8/2022)
-Lawatan ke Muzium Orang Asli Gombak (MOAG) bagi mendapatkan data serta mempelajari sejarah orang asli di semenanjung Malaysia dan sejarah penubuhan MOAG dan budaya orang asli di Semenanjung Malaysia.
- Melawat Perpustakaan Orang Asli iaitu salah satu fasiliti yang diselenggara oleh pihak JAKOA yang dikhaskan untuk orang asli di sekitar kawasan terdekat serta mencari bahan rujukan menggunakan naskhah kajian yang telah disediakan di perpustakaan.
12/09/2022
RABU (3/8/2022)
-Kunjungan pertama ke Hospital Orang Asli Gombak bagi sesi temumarah inspektor kesihatan yang bertugas di unit promosi kesihatan bagi dapatan maklumat tentang orang asli yang bertempat di Kampung Orang Asli Hulu Tamu tentang isu kesihatan serta mendapat tahu maklumat yang lebih terperinci tentang fasiliti kesihatan HOAG yang disediakan terhadap kaum orang asli yang datang mendapatkan rawatan di HOAG
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the practice
Website
Address
Rawang