Dynamic Traffic System Sdn Bhd
Traffic light controller manufacturer
17/08/2026
PELUANG KERJAYA β ELECTRICAL & ELECTRONIC
π§ PELUANG KERJAYA β ELECTRICAL & ELECTRONIC
Kami sedang mencari calon yang berminat untuk belajar dan membina kerjaya dalam bidang Electrical & Electronic (E&E).
β¨ Ada asas pengetahuan dalam Electrical/Electronic adalah satu kelebihan.
Namun, tiada pengalaman pun tidak mengapa β calon yang bermula dari zero juga dialu-alukan kerana latihan dan tunjuk ajar akan diberikan.
Kami tidak terlalu mementingkan kelayakan akademik. SPM pun tidak wajib. Yang penting, calon:
* Rajin dan bersungguh-sungguh untuk belajar
* Bertanggungjawab dan boleh bekerja dengan baik
* Mempunyai sikap positif dan boleh menerima tunjuk ajar
* Berminat untuk bekerja dan belajar perkara baharu
Untuk maklumat lebih lanjut sila hubungi
https://wa.me/60143385946?text=Hi%2C%20saya%20berminat%20untuk%20memohon%20jawatan%20yang%20diiklankan
13/08/2026
**π SMPG KFC Setiawan | 29 Julai 2026**
Pasukan teknikal telah meneruskan kerja-kerja pemasangan **Saber Light** melibatkan baki dua (2) tiang di lokasi bagi melengkapkan proses pemasangan. Selain itu, kerja-kerja **konfigurasi dan penetapan Countdown 800** turut dilaksanakan bagi memastikan sistem beroperasi dengan lancar serta berfungsi mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
β
Pemasangan diteruskan
β
Konfigurasi Countdown 800 selesai
β
Komited memastikan sistem lampu isyarat beroperasi dengan cekap dan selamat
31/07/2026
Dynamic Traffic System Sdn. Bhd. berbesar hati menyertai Pahang Electrical Engineering Conference & Exhibition (PEACE) yang dianjurkan oleh JKR Pahang.
Penyertaan ini merupakan platform yang amat bermakna untuk memperkenalkan teknologi serta penyelesaian terkini dalam bidang sistem trafik pintar, di samping berkongsi pengetahuan dan pengalaman bersama para pengunjung serta pemain industri.
Terima kasih kepada JKR Pahang atas penganjuran program yang berjaya menghimpunkan pelbagai agensi, profesional dan rakan industri dalam memperkukuh pembangunan teknologi kejuruteraan di Malaysia.
04/07/2026
π¨ WEβRE HIRING β Full Stack Developer π¨
π Bukit Sentosa, Rawang | π Kontrak 1 Tahun
Ada pengalaman 5+ tahun dalam Full Stack Development? Kami sedang mencari anda! π»
π² Berminat? Rujuk maklumat pada poster dan hubungi kami sekarang. Jangan lepaskan peluang untuk sertai pasukan kami!
https://wa.me/60143385946?text=Hi%20Puan%20Asyikin,%20I%20would%20like%20to%20apply%20for%20the%20Full%20Stack%20Developer%20position
26/05/2026
DAULAT TUANKU
Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah
ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim
sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Rasmi
Seri Paduka Baginda.
Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa dikurniakan keafiatan, kesejahteraan dan dilimpahi rahmat serta kebesaran Allah SWT dalam menerajui negara dengan penuh kedaulatan dan kemakmuran.
π
1 Jun 2026 | 16 Zulhijjah 1447H
Sembah takzim daripada seluruh warga DynaTech / Dynamic Traffic System Sdn. Bhd.
β¨ Navigate the Future β¨
26/05/2026
π SALAM AIDILADHA 1447H / 2026 π
Seluruh warga DynaTech ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua pelanggan, rakan kerjasama dan warga masyarakat yang meraikannya. Semoga sambutan Aidiladha ini membawa keberkatan, kebahagiaan serta mengeratkan lagi silaturahim bersama insan tersayang.
π Untuk makluman, operasi pejabat kami akan ditutup pada:
27 & 28 Mei 2026
Dan akan kembali beroperasi seperti biasa pada:
29 Mei 2026
Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan anda terhadap DynaTech.
β¨ Navigate the Future β¨
25/05/2026
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
NO 52, Jalan SEROJA 5D/2, SEC BS6, BUKIT SENTOSA
Rawang
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 18:00 |
| Tuesday | 09:00 - 18:00 |
| Wednesday | 09:00 - 18:00 |
| Thursday | 09:00 - 18:00 |
| Friday | 09:00 - 12:30 |
| 14:30 - 18:00 | |
| Saturday | 09:00 - 12:30 |