Polis Daerah Ranau
IBU PEJABAT POLIS DAERAH RANAU
03/06/2026
๐ฌ ๐ก๐ฎ๐บ๐ฝ๐ฎ๐ธ ๐บ๐ฎ๐ฐ๐ฎ๐บ ๐บ๐ฒ๐๐ฒ๐ท ๐ฏ๐ถ๐ฎ๐๐ฎโฆ ๐ฟ๐๐ฝ๐ฎ๐ป๐๐ฎ ๐ฆ๐๐๐ !โ
Scammer sekarang makin pandai main psikologi. Mesej nampak โurgentโ, jumlah kecil (contoh RM2.50), tapi sekali klikโฆ maklumat bank anda jadi sasaranโ
๐ฑ Contoh ayat biasa scammer: โ
๐ฌ โBungkusan ditahanโโ
๐ฌ โKlik link untuk elak caj tambahanโโ
๐ฌ โBayar sekarang sebelum akaun disekatโโ
๐ซ Jangan terpedaya. INGAT NI BAIKโBAIK โ
๐ Jangan klik pautan dalam SMS atau mesej pelikโ
๐ Jangan ikut arahan dari nombor tak dikenaliโ
๐ณ Jangan kongsi maklumat perbankan / OTPโ
๐ Semak dulu dengan syarikat atau agensi melalui saluran rasmiโ
Sentiasa amalkan Konsep 3S, untuk Melindungi Diri Anda:โ
1๏ธโฃ Soal kesahihan maklumat yang disampaikan;โ
2๏ธโฃ Sekat diri dari berkongsi maklumat peribadi dan perbankan anda;โ
3๏ธโฃ Sebar dan kongsikan modus operandi bersama penguat kuasa dan rakan-rakanโ
๐จ Sekiranya Anda Menjadi Mangsa:โ
๐ Hubungi hotline bank anda untuk menghentikan transaksi mencurigakan.โ
๐ Laporkan kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997.โ
๐ฎโโ๏ธ Buat laporan polis untuk tindakan lanjut.โ
๐ Pesanan Penting: Jangan beri scammer peluang. Berwaspada terhadap panggilan, mesej atau pautan yang mencurigakan.โ
02/06/2026
02/06/2026
KEJAYAAN QR CODE ADUAN MASYARAKAT MELIBATKAN KETENTERAMAN AWAM DI DAERAH KOTA KINABALU
01/06/2026
โLoan scamโ merupakan taktik penipuan terbaharu yang semakin berleluasa dan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia atau latar belakang. Sindiket scam menggunakan pelbagai taktik licik termasuk menggunakan maklumat peribadi seseorang mangsa untuk membuat pinjaman dengan syarikat pinjaman wang berlesen ataupun tidak tanpa pengetahuan sehingga mewujudkan rasa panik dan kekeliruan pada mangsa.
Situasi ini sering menyebabkan mangsa bertindak terburu-buru tanpa membuat apa-apa semakan terlebih dahulu. Oleh itu, masyarakat perlu sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan sebarang transaksi mencurigakan, panggilan tidak dikenali atau arahan pemindahan wang daripada pihak yang tidak disahkan.
Sekiranya menerima wang yang mencurigakan, jangan panik dan jangan sesekali melakukan sebarang transaksi dengan memindahkan wang tersebut kepada mana-mana akaun bank. Hubungi pihak bank serta laporkan kepada pihak berkuasa bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan kewangan.
Kesedaran modus operandi scam ini merupakan benteng utama dalam melindungi diri daripada jenayah scam siber.
01/06/2026
๐๐๐๐๐๐๐ก ๐๐๐๐๐๐๐ก ๐ง๐ฅ๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐ฅ๐๐ ๐ฅ๐๐ก๐๐จ ๐๐๐๐๐ ๐ง๐๐ ๐ฃ๐ข๐ ๐๐จ๐ง๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐ฆ๐๐๐ข๐๐๐๐๐ก ๐๐๐ก ๐๐จ๐ง๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐ฌ๐๐๐ก
PDRM terutamanya Bahagian Siasatan & Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Ranau. menasihatkan pengguna jalan raya di sekitar Ranau dan Kundasang agar sentiasa berhati-hati dan bertimbang rasa dalam menghadapi kesesakan lalu lintas, terutamanya di kawasan utama dan laluan keluar masuk ke daerah ini sempena cuti perayaan dan cuti persekolahan.
Kesesakan berlaku di laluan utama di Pekan Kundasang dan Ranau berikutan peningkatan jumlah kenderaan.
Cadangan Laluan Alternatif:
- Simpang Kibas ke Jalan Ranau - Tambunan melalui Jalan Tanbiau Sarapong.
- Simpang Kibas/Mohimboyon/Kundasang.
- Ranau ke Kota Kinabalu melalui Jalan Ranau - Tambunan ke Penampang
- Dari Kundasang melalui Jalan Dumpiring, Mohimboyon, Tambiau Sarapong ke Jalan Ranau - Tambunan.
Nasihat Kepada Pengguna Jalan Raya:
- Rancang perjalanan lebih awal untuk mengelakkan waktu puncak.
- Gunakan laluan alternatif jika perlu untuk mengelakkan kesesakan.
- Patuhi peraturan jalan raya dan elakkan pemanduan berbahaya.
- Sentiasa dapatkan maklumat trafik terkini melalui media sosial atau aplikasi navigasi.
- Pastikan kenderaan dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan jauh.
- Sentiasa berhati-hati dan peka terhadap keadaan jalan berbukit dan selekoh tajam yang memperlahankan aliran trafik.
- Jangan memotong atau memandu secara melulu yang boleh membahayakan penggunaan jalanraya yang lain.
- Dilarang meletak kenderaan sesuka hati yang boleh menghalang dan memperlahankan aliran trafik.
Di samping itu, Operasi Penguatkuasaan turut dilaksanakan dalam tempoh cuti panjang ini dan antara operasi yang dilaksanakan adalah Operasi Pematuhan yang memberi tumpuan kepada kesalahan memotong garisan berkembar dan memandu melebihi had laju.
Operasi Mabuk turut dilaksanakan di beberapa lokasi bagi mengelakkan kejadian kemalangan yang melibatkan pemandu mabuk.
Bagi melancarkan aliran trafik, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Ranau turut melaksankan Operasi Lancar yang tertumpu di kawasan sesak terutamanya di Pekan Kundasang.
Polis Daerah Ranau akan terus memantau keadaan trafik dan memberikan maklumat terkini dari semasa ke semasa. Kerjasama semua pihak amat dihargai demi kelancaran lalu lintas dan keselamatan bersama.
Terima kasih.
"Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada"
31/05/2026
๐๐๐๐๐ฌ๐๐๐ก ๐ง๐๐ก๐๐๐๐ฃ๐๐ก ๐๐๐ก ๐ฅ๐๐ ๐ฃ๐๐ฆ๐๐ก ๐๐๐จ๐ก ๐๐๐ง๐จ๐ ๐๐๐ก ๐๐๐ฅ ๐๐๐ง๐จ๐ ๐ข๐๐๐ ๐๐ฃ๐ ๐ฅ๐๐ก๐๐จ
Ranau, 30 Mei 2026 - Polis IPD Ranau telah berjaya membanteras kegiatan penjualan ketum di sebuah perkampungan di daerah Ranau dengan tertangkapnya (01) orang suspek lelaki tempatan semasa operasi dijalankan.
Dalam serbuan sekitar jam 10 malam, seorang lelaki berusia 23 tahun ditahan bersama lapan botol mineral berisi 1.5 liter air ketum serta dua bungkusan plastik mengandungi serbuk ketum membabitkan 37 paket plastik yang mana setiap satu seberat satu kilogram dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM3940.
Tangkapan dilakukan oleh sepasukan Polรญs dari Bahagian Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam IPD Ranau bersama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Ranau.
Pengambilan dan pemprosesan cecair ketum merupakan kesalahan di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. Jika sabit kesalahan, pesalah boleh didenda maksimum RM100,000 atau dipenjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Keselamatan bukan hanya tanggungjawab Polis, tetapi tanggungjawab bersama. Setiap kunjungan dan lawatan membawa seribu makna. Lawatan PDRM di setiap kampung bukan sekadar pertemuan tetapi simbol komitmen berterusan dalam membina hubungan yang lebih akrab antara Polis dan masyarakat demi mewujudkan persekitaran yang selamat, aman dan sejahtera.
Ketua Polis Daerah Ranau, Supt. Mursalin bin Mahmud, menegaskan bahawa pihak Polis akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras aktiviti menyalahi undang-undang ini demi kesejahteraan masyarakat di daerah Ranau.
Sumber:
โช๏ธBSJN IPD Ranau
Foto :
โช๏ธBSJN IPD Ranau.
27/05/2026
๐ ๐ข ๐ฆ๐ฐ๐ฎ๐บ ๐ ๐ฒ๐ป๐๐ฎ๐บ๐ฎ๐ฟ ๐ฆ๐ฒ๐ฏ๐ฎ๐ด๐ฎ๐ถ ๐ฅ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ปโผ๏ธโผ๏ธ
โ ๏ธ Tanda-Tanda Scam
โ
Menghubungi menggunakan nombor baharu
โ
Minta wang dengan alasan kecemasan
โ
Mendesak supaya pindahan dibuat segera
โ
Memberi akaun bank pihak ketiga
โ
Mengelak panggilan telefon atau video call
๐ก๏ธ Nasihat
โ
Sahkan identiti melalui panggilan telefon atau video call.
โ
Hubungi nombor lama rakan tersebut.
โ
Semak nombor akaun dan telefon di Semak Mule CCID๏ฟผ
โ
Jangan transfer wang jika terdapat keraguan.
27/05/2026
26/05/2026
PERUTUSAN KETUA POLIS NEGARA SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA TAHUN 2026 / 1447 HIJRAH
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Walillahil hamd.
Alhamdulillah, segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT, Tuhan yang Maha Agung kerana dengan Inayah-Nya jua, seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 10 Zulhijjah 1447 Hijrah bersamaan 27 Mei 2026 Masihi.
Ibrah daripada kisah pengorbanan Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S, mengajar kita erti ketakwaan, keikhlasan dan kesabaran. Nilai inilah yang perlu dihayati oleh setiap warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memikul amanah menegakkan undang-undang, demi memelihara kesejahteraan masyarakat dan keamanan negara. Semoga kita dapat mencontohi sifat-sifat terpuji Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S terutamanya dalam aspek ketaatan mutlak kepada Sang Pencipta serta menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan kita seharian.
Hari Raya Aidiladha merupakan sambutan bercirikan Rabbani yang mengajar kita untuk saling berkongsi dan meringankan kesusahan agar kegembiraan dapat dirasai bersama.
Kepada Tetamu Allah khususnya warga PDRM yang dijemput menunaikan ibadah haji pada tahun ini, didoakan semoga para duyufurrahman dikurniakan kesihatan yang baik serta dianugerahkan haji yang mabrur.
Pada kesempatan ini, saya turut mengingatkan kepada masyarakat yang akan pulang ke kampung halaman agar memberi perhatian serius terhadap aspek keselamatan rumah, merancang perjalanan sebaiknya serta mematuhi peraturan jalan raya demi keselamatan bersama.
Akhirul kalam, saya dan isteri serta seisi keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam dan warga PDRM. Semoga segala pengorbanan kita diterima oleh Allah SWT dan beroleh keberkatan-Nya.
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Walillahil hamd.
(DATOโ SERI HJ. MOHD KHALID BIN HJ. ISMAIL)
IG Ketua Polis Negara
Polis Diraja Malaysia
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Ibu Pejabat Polis Daerah Ranau
Ranau
89307