MRSM Ranau
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from MRSM Ranau, School, Jalan Kompleks Sukan Ranau, Kampung Bongkud, Ranau.
20/08/2026
π’ HEBAHAN PENGAMBILAN SIJIL SPM 2025
Perhatian kepada semua calon SPM 2025 MRSM Ranau.
Pengambilan Sijil SPM 2025 boleh dibuat di Pejabat MRSM Ranau pada waktu berikut:
ποΈ Isnin β Jumaat
β° 8.00 pagi β 4.00 petang
β Waktu rehat pejabat: 1.00 petang β 2.00 petang
π« Sabtu, Ahad dan Cuti Umum: TUTUP
π Peringatan penting:
β’ Calon wajib membawa kad pengenalan asal.
β’ Pastikan maklumat diri pada sijil adalah betul.
β’ Pengambilan oleh wakil hendaklah membawa salinan kad pengenalan calon.
β’ Sijil tidak akan diberikan kepada wakil tanpa salinan kad pengenalan calon.
π Etika pemakaian: SOPAN DAN KEMAS
Mohon semua calon mengambil perhatian dan membuat pengambilan sijil mengikut ketetapan yang telah ditetapkan.
Nurturing, Developing & Growing Holistic Talents Towards Excellence.
17/08/2026
TAHNIAH KEPADA KETUA PENGARAH MARA
Seluruh warga kerja MRSM Ranau merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada:
YBhg. Dato' Seri Zulfikri Bin Osman
Ketua Pengarah MARA
Atas penerimaan Anugerah Khas ASEAN Outstanding Human Capital Leadership Award sempena ASEAN HR Excellence Awards 2026.
Semoga kejayaan cemerlang ini terus menjadi inspirasi buat seluruh warga MARA dalam memperkasakan kecemerlangan modal insan dan kepimpinan organisasi ke tahap yang lebih tinggi.
Terima kasih atas kepimpinan yang berdedikasi dan berjiwa besar!
17/08/2026
03/08/2026
tahniah kepada Kontingen MRSM Ranau atas kejayaan membanggakan dalam Kejohanan SUPER X di MRSM Kota Kinabalu yang telah berlangsung pada 31 Julai hingga 2 Ogos 2026.
πΈ Badminton
π₯ Johan Perseorangan Perempuan
π₯ Tempat Ketiga Perseorangan Lelaki
π₯ Tempat Ketiga Perseorangan Perempuan
π₯ Johan Bergu Perempuan
π₯ Naib Johan Bergu Perempuan
π₯ Naib Johan Bergu Lelaki
π Bola Tampar
π₯ Naib Johan Kategori Perempuan
π Ping Pong
π₯ Tempat Ketiga Perseorangan Perempuan
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pengetua, barisan pengurusan, para jurulatih, guru pengiring, Muafakat Cawangan MRSM Ranau serta seluruh warga MRSM Ranau atas sokongan, doa dan komitmen yang diberikan sepanjang kejohanan.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus melakar lebih banyak kecemerlangan dan mengharumkan nama MRSM Ranau.
Tahniah dan syabas kepada seluruh kontinjen! ππ
31/07/2026
Iklan Jawatan Kosong MRSM Ranau.
Jawatan: Penjaga Jentera Elektrik J1
30/07/2026
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Ahmad Razieq Rusyaidi Bin Marzuki, anak kelahiran Sipitang, Sabah dan lepasan SPM 2025 MRSM Ranau, atas kejayaan menerima Anugerah Biasiswa Pelajar Cemerlang Negeri Sabah yang telah disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah, dalam majlis yang berlangsung di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu.
Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan dan menjadi bukti bahawa usaha, ketekunan serta kecemerlangan akademik akan sentiasa membuahkan hasil.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga MRSM Ranau untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam akademik, kepimpinan dan sahsiah.
Terus Melakar Kecemerlangan, Menjadi Kebanggaan Agama, Bangsa dan Negara.
MRSM Ranau Poingka!!!
17/07/2026
Terima kasih YB Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun dan Badan MUAFAKAT MRSM Ranau.
MRSM Ranau rangkul Anugerah Institusi Pendidikan MARA Terbaik 2026 Kejayaan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Ranau dinobatkan sebagai Anugerah Institusi Pendidikan MARA Terbaik 2026 disifatkan sebagai satu pencapaian membanggakan yang mencerminkan kecemerlangan penβ¦
14/07/2026
Tahniah YBHG. DATO' SERI ZULFIKRI BIN OSMAN , KETUA PENGARAH MARA
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Dato' Seri Zulfikri bin Osman, Ketua Pengarah MARA atas pengurniaan Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (D.G.P.N) yang membawa gelaran Dato' Seri sempena Hari Ulang Tahun Ke-85 Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang pada 14 Julai 2026.
Ikhlas daripada Pengurusan Tertinggi serta seluruh warga MARA.
09/07/2026
π¬ Detik pengumuman yang bermaknaβ¦
MRSM Ranau diumumkan sebagai Penerima Anugerah Institusi Pendidikan MARA (IPMA) Terbaik di Majlis Anugerah Pendidik MARA 2026.
Anugerah ini telah disampaikan oleh Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi bin Datoβ Dusuki, Pengerusi MARA sebagai simbol pengiktirafan terhadap kecemerlangan yang telah dicapai.
Tahniah kepada seluruh warga MRSM Ranau! π
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
Jalan Kompleks Sukan Ranau, Kampung Bongkud
Ranau
89300
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 13:00 |
| 14:00 - 17:00 | |
| Tuesday | 08:00 - 13:00 |
| 14:00 - 17:00 | |
| Wednesday | 08:00 - 13:00 |
| 14:00 - 17:00 | |
| Thursday | 08:00 - 13:00 |
| 14:00 - 17:00 | |
| Friday | 08:00 - 11:30 |
| 14:00 - 17:00 |