Beras Meridi
Beras Meridi adalah Beras Kampung Padi Bukit di Daerah Ranau, Sabah.
17/04/2026
Tanah tidak pernah menipu. Siapa yang menanam dengan kasih, akan menuai dengan senyuman π.
Nilai pH 5 - 6.6 adalah nilai yang sesuai untuk tanaman padi dan jagung β
Hari Ke-8 πΎπΎπΎ
03/04/2026
Melatih Anak Muda Menjadi Usahawan Tani.
Melatih anak muda bukan seperti mengajar Sejarah. Subjek sejarah perlu ingat fakta dan huraikan. Melatih anak muda ini, macam mengajar Matematik. Latih tubi yang berulang-kali, walaupun jalan lain-lain yang penting keputusan akhir betul.
Melatih anak muda lebih pentingnya semangat dan tindakan. Anak muda perlu diajar terus kelapangan. Banyakkan buat dari bercakap. Itulah yang saya tunjukkan pada anak muda.
Saya akan jadikan Beras Meridi tempat latihan & pembelajaran anak muda. Mereka bukan sahaja belajar teori semata-mata. Mereka akan diajar terus, bagaimana untuk menghasilkan makanan di atas meja. Mereka akan diajar bagaimana untuk menghasilkan wang hasil dari tanaman mereka.
Terima kasih Kementerian Kewangan Malaysia, Yayasan Hasanah, SCENIC, SATA dan semua pihak terlibat yang menyokong inisiatif ini. Semoga usaha ini akan terus berkembang dan menjadi panduan kita pada masa akan datang.
Marikan kita semerakkan kembali Semangat Padi yang menjadi tunjang nenek moyang kita selama ini.!!
28/01/2026
Site visit dari team Yayasan Hasanah.
Hari ini kita menerima kunjungan dari team Yayasan Hasanah untuk projek Beras Meridi yang mana dalam projek ini kita akan menanam padi bukit πΎπΎπΎ di dalam greenhouse.
Terima kasih Yayasan Hasanah kerana percaya dengan projek komuniti yang kami jalankan selama ini.
Terima kasih juga dengan semua pihak yang banyak membantu menjayakan projek ini.
Nantikan Beras Meridi dalam pasaran yaaaaa
Menuai padi bukit menggunakan cara tradisional πΎπΎπΎ
95 hari πΎπΎπΎ
Tersenyumlah wahai para petani π
Tuhan tidak akan mengkhianati usaha dan kerja keras kita selama ini. Segala usaha akan akan berbuah manis mulai hari ini, besok dan nanti.
03/11/2025
Rural Sosial Enterprise Gathering 2025
Hari ini sempat mengikuti pameran sempenan himpunan Usahawan Sosial Luar Bandar 2025 di Sabah International Center, Kota Kinabalu yang dianjurkan oleh SCENIC.
Terima kasih kepada semua pengunjung dan pembeli yang datang ke booth Beras Meridi π.
Sampai berjumpa lagi di lain masa.
02/11/2025
Social Enterprise World Forum 2025
Beras Meridi terbang ke Negara Taiwai untuk menghadiri program Perusahan Sosial yang hebat tahun ini.
Sepanjang program ini, ramai pengunjung dari negara lain yang teruja & menarik melihat keunikan beras tempatan ini. Terutama sekali apabila melihat varieti beras merah & tadong.
22/09/2025
Terkadang cinta itu memang seperti rumput liar di ladang. Tumbuhnya tidak dikehendaki. Terkadang merusak tanaman yang kita pelihara.
Tetapi, begitulah hidup ini. Jika tiada rumput liar itu, kita tidak akan tahu segigih apa para petani mempertahankan tanaman mereka π
09/09/2025
Hari Ke-17
βUdara dingin di pagi hari adalah anugerah, bukan alasan untuk bermalas-malasan. Bangun, pagi hari terlalu berharga untuk dilewatkan hanya dengan berselimut. Bangun, sinar matahari terlalu berarti jika untuk dilewatkan tanpa tersenyum!β
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Ranau