Unit Integriti KPM

Unit Integriti KPM

Share

Laman Facebook Rasmi Unit Integriti
Kementerian Pendidikan (KPM)

Photos from Unit Integriti KPM's post 11/06/2026

KURSUS KENEGARAAN PENULISAN NARATIF MADANI (PENA MADANI) ZON SABAH & LABUAN 2026

📅 9–11 Jun 2026
📍 Pusat Latihan Kenegaraan Kundasang

Komuniti Pendidik MADANI dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka, Akademi Kenegaraan Malaysia, Unit Integriti Kementerian Pendidikan dan Bahagian Profesionalisme Guru telah menganjurkan Kursus Kenegaraan Penulisan Naratif MADANI (PENA MADANI) Kementerian Pendidikan Tahun 2026 yang melibatkan penyertaan seramai 120 orang guru dari seluruh negara.

Kursus ini bertujuan melahirkan guru sebagai penulis yang mampu mengangkat dan menyampaikan nilai-nilai Malaysia MADANI secara berkesan dalam konteks pendidikan serta pembinaan generasi masa hadapan. Melalui pengukuhan kemahiran penulisan naratif, peserta didedahkan kepada pendekatan yang dapat memperkasa penyampaian mesej kenegaraan, integriti dan jati diri secara lebih berimpak.

Selaras dengan Instrumen Standard Kualiti @ Sekolah (SK@S), program ini turut menyokong peningkatan profesionalisme guru melalui pemerkasaan amalan pembelajaran bermakna dan penghasilan bahan penulisan berkualiti. Pada masa yang sama, kursus ini memperkukuh kompetensi guru dalam aspek kreativiti, komunikasi dan pemikiran kritis, sejajar dengan aspirasi pendidikan negara serta kualiti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Photos from Unit Integriti KPM's post 10/06/2026

Bengkel Kerja Pengurusan Kes Tatatertib Kementerian Pendidikan Tahun 2026.

Tarikh: 8 hingga 10 Jun 2026
Tempat: Dewan Besar Tan Sri Wira,
Lembaga Peperiksaan, Kompleks E

Bengkel kerja ini telah diadakan secara hybrid dengan penyertaan sebanyak 64 orang secara bersemuka dan 100 orang peserta dalam talian terdiri daripada pegawai-pegawai daripada Sektor Integriti dan Sektor Perancangan Dan Pengurusan (S4PD) Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), wakil Bahagian di KPM dan wakil Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).

Tujuan bengkel kerja ini adalah untuk memberi pendedahan mengenai amalan terbaik yang boleh dilaksanakan dalam menangani sebarang pelanggaran tatakelakuan dari sudut pengurusan integriti selaras dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan arahan-arahan yang berkuatkuasa.

10/06/2026

Etika media sosial bukan sekadar tentang apa yang kita kongsi, tetapi juga tentang siapa kita apabila tiada siapa yang menegur.

Dalam dunia yang bergerak pantas, kita mudah terdorong untuk menjadi orang pertama yang memberi reaksi. Namun, lebih penting untuk menjadi orang yang bertanggungjawab terhadap setiap perkataan yang ditulis dan setiap maklumat yang disebarkan.

Sebelum menekan butang kongsi, tanyakan kepada diri:

✔️ Adakah maklumat ini benar?
✔️ Adakah ia memberi manfaat?
✔️ Adakah ia menjaga maruah dan keharmonian orang lain?

Kebebasan bersuara datang bersama tanggungjawab. Integriti tidak hanya diukur di tempat kerja, tetapi juga dalam ruang digital yang kita diami setiap hari.

Media sosial yang sihat bermula dengan pengguna yang beretika.

Photos from Unit Integriti KPM's post 10/06/2026

Kursus Kenegaraan Penulisan Naratif MADANI (PENA MADANI) Zon Sabah & Labuan

📅 9–11 Jun 2026
📍 Pusat Latihan Kenegaraan Kundasang, Sabah

Pada 10 Jun 2026, peserta Kursus Kenegaraan Penulisan Naratif MADANI (PENA MADANI) Zon Sabah & Labuan telah mengikuti Slot 6: Integriti Guru Sebagai Arkitek yang disampaikan oleh Mohamad Soffie bin Borham, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Integriti, Jabatan Pendidikan Negeri Perak.

Perkongsian ini memberi fokus kepada kepentingan integriti dalam penulisan, etika penggunaan media sosial dan pengurusan penyataan awam dalam kalangan warga pendidik.

Dalam era digital yang serba pantas, setiap perkongsian dan penulisan bukan sahaja mencerminkan diri sendiri, malah turut mempengaruhi persepsi masyarakat terhadap profesion keguruan dan perkhidmatan awam.

10/06/2026

📲 Jom follow media sosial rasmi Unit Integriti KPM untuk mendapatkan info terkini, perkongsian integriti, program dan aktiviti semasa.

09/06/2026

📌 Taklimat Corporate Liability
Bersama Bahagian Perolehan, Kementerian Pendidikan

🗓️ 8 Jun 2026 (Isnin)
📍 Blok E2, Kompleks E

Taklimat telah disampaikan oleh:
Encik Abdul Rahman bin Hasim
Penolong Setiausaha Kanan

Taklimat ini bertujuan memberi pendedahan serta penjelasan berhubung tanggungjawab dan liabiliti korporat dalam pelaksanaan urusan perolehan, selaras dengan keperluan pematuhan integriti, tadbir urus yang baik dan akauntabiliti dalam organisasi

Photos from Unit Integriti KPM's post 09/06/2026

📌 Program Literasi Kewangan: Sejahtera Kewangan Pemangkin Kesejahteraan Jabatan JPWP Putrajaya Tahun 2026

📅 9 Jun 2026 (Selasa)

Program ini telah menampilkan Puan Siti Zakiah Che Man, Ketua Unit Integriti, sebagai penceramah yang menyampaikan perkongsian berkaitan kepentingan pengurusan kewangan yang berhemah sebagai asas kepada kesejahteraan diri dan organisasi.

Melalui program ini, peserta didedahkan dengan amalan literasi kewangan yang baik serta kesedaran mengenai hubungan antara kestabilan kewangan, integriti dan kesejahteraan di tempat kerja. Inisiatif ini diharap dapat membantu warga jabatan membentuk budaya pengurusan kewangan yang lebih bijak, berdisiplin dan mampan.

Photos from Unit Integriti KPM's post 09/06/2026

Pada 8 Jun 2026 (Isnin), wakil Komuniti Pendidik MADANI bersama rakan strategik iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Unit Integriti Kementerian Pendidikan (KPM) dan Bahagian Profesionalisme Guru telah mengadakan kunjungan hormat kepada Datuk Haji Raisin bin Saidin, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

Kunjungan tersebut bertujuan memaklumkan dan membincangkan pelaksanaan Kursus Kenegaraan Penulisan Naratif MADANI (PENA MADANI) Kementerian Pendidikan Tahun 2026 bagi Zon Sabah dan Zon Labuan yang berlangsung pada 9 hingga 11 Jun 2026.

08/06/2026

Mesyuarat Intervensi Bersama Ketua Agensi Peneraju Siri 2 Tahun 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan penglibatan wakil daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), BPGN, BSTP dan BPK.

Mesyuarat ini telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Integriti pada 8 Jun 2026, jam 10.00 pagi dengan objektif utama untuk memperkukuh penyelarasan pelaksanaan intervensi berkaitan integriti, tadbir urus serta usaha pencegahan salah laku dalam organisasi.

05/06/2026

Salam Jumaat.

Dalam kesibukan mengejar hasil dan memenuhi tanggungjawab, jangan kita lupa bahawa amanah bukan sekadar tugas yang perlu diselesaikan, tetapi nilai yang perlu dipelihara.

Integriti bukan tentang siapa yang melihat, tetapi tentang siapa diri kita ketika tiada yang memerhati. Setiap keputusan, setiap tindakan dan setiap tanggungjawab yang digalas adalah cerminan akhlak serta kejujuran kita.

Semoga Hari Jumaat ini mengingatkan kita untuk terus bekerja dengan hati yang ikhlas, memimpin dengan kasih, dan melaksanakan amanah dengan penuh rasa tanggungjawab kepada manusia serta kepada Allah SWT.

Selamat menghayati keberkatan penghulu segala hari.

Want your organization to be the top-listed Government Service in Putrajaya?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Unit Integriti Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 12, Blok E12, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Putrajaya
62604