Bayu Raudhah Official
Mendidik, menyantuni dan mengangkat martabat asnaf π€ | Dari Ummah Untuk Ummah π€²πΌ
Mahu pahala yang terus mengalir?
Tekan sini ‡οΈ
https://linktr.ee/bayuraudhahofficial
Alhamdulillah, syukur atas kesempatan indah dalam Iftar bersama ETERNITY Mode Sdn. Bhd. π€
Momen berbuka ini bukan sekadar berkongsi hidangan, tetapi juga berkongsi kasih sayang, perhatian dan rezeki bersama anak-anak Bayu Raudhah.
Senyuman mereka hari ini adalah hasil daripada kebaikan yang dikongsi bersama.
Terima kasih kepada pihak Eternity Mode Sdn Bhd atas kesudian bersama-sama menyantuni dan menceriakan anak-anak kami.
Semoga setiap sumbangan ini menjadi amal jariah yang berpanjangan β¨
π Akaun Bank:
Maybank | 5601 8409 3180
Pertubuhan Kebajikan Bayu Raudhah Sabah
Ref: Infaq Pendidikan
Alhamdulillah, suasana penuh kasih dan keberkatan dalam Iftar Jamaie Bayu Raudhah π€
Di sinilah kita berkumpul, berbuka bersama, berkongsi rezeki, dan merasai nikmat kebersamaan walau dengan hidangan yang sederhana.
Senyuman anak-anak ini, gelak tawa mereka, dan doa yang terbit sebelum berbuka⦠semuanya menjadi saksi bahawa Ramadan itu indah bila dikongsi bersama.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Yayasan Eskayvie atas sumbangan makanan, para individu yang turut menyumbang, serta WeDrink yang menyumbang air minuman untuk anak-anak kami.
Semoga setiap sumbangan ini menjadi asbab pahala yang berpanjangan dan diberkati Allah π€
β¨ Teruskan bersama kami dalam menyantuni mereka yang memerlukan.
π Akaun Bank:
Maybank | 5601 8409 3180
Pertubuhan Kebajikan Bayu Raudhah Sabah
Ref: Infaq Pendidikan
20/03/2026
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H
Maaf Zahir dan Batin
Daripada kami Pertubuhan Kebajikan Bayu Raudhah Sabah β¨π
06/03/2026
βCikguβ¦ saya tidak pandai membaca.β
Itulah antara ayat yang kami dengar daripada seorang pelajar yang sudah berumur belasan tahun.
Ada juga yang berumur 15 tahun, tetapi masih belum kenal huruf.
Ada yang tidak pernah belajar mengaji.
Bukan kerana mereka malas belajar.
Tetapi kerana kehidupan mereka terlalu sukar.
Sebahagian daripada mereka datang daripada keluarga yang sangat miskin.
Ada yang dibesarkan oleh ibu tunggal.
Ada yang dijaga oleh nenek kerana ibu bapa sudah tiada.
Ada juga yang hidup di kawasan setinggan tanpa akses pendidikan yang baik.
Anak-anak ini sebenarnya tidak diberikan peluang yang sama seperti orang lain.
Di sinilah usaha Pertubuhan Kebajikan Bayu Raudhah Sabah bermula.
Melalui Pusat Pendidikan Bayu Raudhah, kami membuka peluang kedua kepada anak-anak yang keciciran pendidikan.
Di sini mereka belajar semula daripada asas:
π Membaca
βοΈ Menulis
π’ Mengira
π Mengaji Al-Quran
Walaupun ada yang sudah besar, mereka tetap bermula daripada huruf pertama.
Hari ini, lebih 200 orang pelajar sedang dibimbing oleh guru-guru kami setiap hari.
Sedikit demi sedikit perubahan berlaku.
Ada yang dahulu tidak kenal huruf, kini sudah boleh membaca.
Ada yang dahulu tidak tahu solat, kini sudah mula belajar mengaji.
Namun perjuangan ini tidak hanya terhenti kepada pendidikan.
Melalui Unit Kebajikan Bayu Raudhah, kami juga menyantuni keluarga-keluarga yang sedang berjuang untuk meneruskan kehidupan.
Antara yang kami bantu ialah:
π€ Ibu tunggal yang tidak mampu bekerja
π€ Keluarga yang menjaga anak OKU
π€ Anak-anak yatim yang dijaga oleh nenek atau saudara
π€ Keluarga miskin yang kekurangan keperluan asas
Bantuan yang diberikan hanyalah bekalan dapur atau sedikit wang ehsan.
Tetapi bagi mereka, ia sangat besar maknanya.
Kerana ada hari di mana mereka benar-benar tidak tahu bagaimana untuk meneruskan kehidupan.
Sebab itulah kami percaya bahawa kerja kebajikan ini bukan hanya tanggungjawab satu pihak.
Ia adalah tanggungjawab kita semua sebagai masyarakat.
Jika anda ingin bersama dalam usaha ini, anda boleh menyokong dengan Infaq Istiqamah setiap bulan.
Boleh klik link di sini untuk potongan bank secara bulanan:
https://infaqpay.my/go/pertubuhankebajikanbayuraudhahsabah
Walaupun hanya RM10 sebulan, ia sangat membantu untuk:
π Pendidikan anak-anak asnaf
π Bantuan keperluan asas keluarga miskin
π€² Program kebajikan masyarakat yang memerlukan
Sedikit daripada kita, tetapi besar nilainya buat mereka.
Jika anda ingin menyokong usaha ini, anda boleh menyalurkan sumbangan kepada:
Pertubuhan Kebajikan Bayu Raudhah Sabah
5601 8409 3180
Maybank
Semoga setiap kebaikan yang kita lakukan menjadi amal jariah yang berpanjangan.
βDari Ummah Untuk Ummah.β
03/03/2026
π RAMADAN TINGGAL BEBERAPA MINGGU SAJA LAGI... π’
Pejam celik, kita sudah berada di fasa pertengahan Ramadan. Sedar tidak sedar, hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi sebelum bulan mulia ini meninggalkan kita.
Sempena Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran pada 6 Mac ini, jom kita rebut peluang keemasan di penghujung Ramadan untuk gandakan pahala melalui Infaq Pek Ramadan.
π¦ Sasaran: 300 Pek Diperlukan
π° 1 Lot Tajaan = RM50
Masih ramai keluarga asnaf yang memerlukan bantuan keperluan asas untuk meneruskan baki Ramadan dan persiapan Syawal nanti. RM50 anda sangat besar maknanya buat mereka.
Salurkan sumbangan anda ke:
π¦ Maybank: 5601 8409 3180
(Pertubuhan Kebajikan Bayu Raudhah)
Atau imbas sahaja QR Code pada poster.
Jangan biarkan Ramadan kali ini berlalu tanpa kita meninggalkan jejak kebaikan.
"Dari Ummah, Untuk Ummah". β¨π€²
Teruskan perjuangan anak-anak... β€οΈβ¨
Berbuka Puasa dalam Suasana Kehijauan di Green Cottage Cafe πΏπ½οΈ
Alhamdulillah, pada 24 Februari 2026 (6 Ramadan 1447H), anak-anak dari Pertubuhan Kebajikan Bayu Raudhah Sabah telah diraikan dalam satu Majlis Iftar yang sangat tenang dan bermakna di Green Cottage Cafe.
Suasana kafe yang dikelilingi alam semula jadi memberikan pengalaman berbuka puasa yang cukup istimewa buat kami semua. Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak pengurusan Green Cottage Cafe atas jemputan, layanan mesra, dan hidangan yang sangat menyelerakan.
Semoga kebaikan ini diberkati Allah SWT dan perniagaan Green Cottage Cafe terus maju jaya.
"Dari Ummah, untuk Ummah." π€β€οΈ
Rezeki Dikongsi, Kasih Diukir πβ¨
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas kelancaran Majlis Iftar Bersama Horizon Hotel pada 21 Februari 2026 yang lalu.
Melihat senyuman di wajah anak-anak dari Pertubuhan Kebajikan Bayu Raudhah Sabah adalah satu nikmat yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak Horizon Hotel atas jemputan dan sumbangan ikhlas untuk membantu komuniti kami.
Semoga setiap suapan yang dinikmati dan setiap bantuan yang diberikan menjadi amal jariah yang berterusan.
Dari Ummah, untuk Ummah. π€β€οΈ
Click here to claim your Sponsored Listing.
Contact the organization
Telephone
Address
Lot 20, Lorong Bersatu 4
Putatan
88200
Opening Hours
| Monday | 07:30 - 16:30 |
| Tuesday | 07:30 - 16:30 |
| Wednesday | 07:30 - 16:30 |
| Thursday | 07:30 - 16:30 |
| Friday | 07:30 - 16:30 |
| Saturday | 07:30 - 16:30 |