PPDK Putatan
Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Daerah Putatan
-BERSAMA MEMBANTU INSAN ISTIMEWA-
PPDK Putatan
Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Daerah Putatan
-BERSAMA MEMBANTU INSAN ISTIMEWA-
13/12/2025
Dengan penuh rasa syukur dan penghargaan, setinggi-tinggi ucapan terima kasih kami tujukan kepada Majlis Daerah Putatan (MDP) kerana telah memilih PPDK Putatan sebagai rakan kerjasama bagi menjayakan Program Sentuhan yang telah berlangsung pada 12 Disember 2025 (Jumaat).
Program ini bukan sahaja diisi dengan aktiviti mewarna, malah turut diserikan dengan aktiviti menari mengikut rentak, yang telah menceriakan suasana serta memberi peluang kepada para pelatih untuk mengekspresikan diri, meningkatkan keyakinan dan menikmati pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan.
Semoga jalinan kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi kesejahteraan dan perkembangan golongan OKU. Terima kasih atas keprihatinan, sokongan dan komitmen yang telah diberikan. 🌈✨
13/12/2025
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada Majlis Daerah Putatan (MDP) Bahagian Pembangunan atas penganjuran Program Peningkatan Kesejahteraan Hidup Golongan OKU yang telah berlangsung dengan jayanya pada 4 Disember 2025.
Pengisian program ini melibatkan aktiviti gotong-royong bagi memastikan kebersihan dan keceriaan premis PDK Daerah Putatan, sekali gus mewujudkan persekitaran yang lebih selesa dan kondusif untuk para pelatih.
Pihak kami juga amat menghargai sumbangan set kerusi dan meja yang telah diberikan oleh pihak MDP untuk kegunaan ruang taman sensori PDK, bagi aktiviti santai dan terapi para pelatih.
Terima kasih juga diucapkan atas kerjasama strategik bersama McDonald’s dalam menjayakan program yang penuh bermakna ini.
Semoga usaha murni ini dapat diteruskan demi kesejahteraan dan kualiti hidup golongan OKU pada masa akan datang. 🌿
24/11/2025
🎀Morning Talk & Permainan🎀
Tarikh: 17 - 20 November 2025
Tema Bulan ini : Keselamatan Diri
🎶Lagu Negaraku
🎵Sabah Tanah Airku
👩🏻🏫 Morning Talk :
💚Menerangkan kepada pelatih latihan kebakaran di sekolah
💚Menyanyikan lagu nursery song
💚Senaman mengikut rentak lagu
Objektif
💛Memahami dan mengikuti arahan
18/11/2025
🎀Morning Talk & Permainan🎀
Tarikh: 10 - 13 November 2025
Tema Bulan ini : Keselamatan Diri
🎶Lagu Negaraku
🎵Sabah Tanah Airku
👩🏻🏫 Morning Talk :
💚Memperkenalkan Peralatan-peralatan yang Berbahaya
💚Menyanyikan lagu nursery song
💚Senaman mengikut rentak lagu
Objektif
💛Memahami dan mengikuti arahan
06/11/2025
🎀Morning Talk & Permainan🎀
Tarikh: 03 - 06 November 2025
Tema Bulan ini : Keselamatan Diri
🎶Lagu Negaraku
🎵Sabah Tanah Airku
👩🏻🏫 Morning Talk :
💚Memperkenalkan tentang Kebselamatan Diri kepada pelatih
💚Menyanyikan lagu nursery song
💚Permainan : Memasukkan gegelung dalam kon & Piramid Cup
Objektif
💛Memahami dan mengikuti arahan
31/10/2025
Mesyuarat Agung Tahunan PPDK DAERAH PUTATAN kali ke-8
Tarikh : 30-Oktober-2025
Tempat : Premis PPDK Putatan
Melatih pelatih memberus gigi mengunakan replika gigi dan berus Gigi 🦷🪥
Sempena tema : Kebersihan Diri , kesihatan Diri & makanan sihat 💚
Click here to claim your Sponsored Listing.
Contact the organization
Website
Address
No. 14, Taman Sin Hwa
Putatan
88200
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 12:00 |
| Tuesday | 08:00 - 12:00 |
| Wednesday | 08:00 - 12:00 |
| Thursday | 08:00 - 12:00 |
| Friday | 08:00 - 12:00 |