juriah.uda

juriah.uda

Share

Laman rasmi FB Juriah Uda, Ketua Wanita Warisan Bahagian P173 Putatan.

Aktif dalam politik serta bergiat aktif dalam pelbagai NGO, memperjuangkan isu-isu MA63, masyarakat dan pembangunan komuniti.

Photos from juriah.uda's post 27/10/2025

25 Oktober 2025

Merasmikan Kejohanan Sepak Takraw N23 Petagas bersama penduduk Kg Lok Kawi Baru

Kejohanan Sepak Takraw Kampung Lokkawi Baru bersama kehadiran penduduk Kampung Lok Kawi Baru telah berjaya dilaksanakan dengan penuh semangat dan sokongan.

Program ini bukan sahaja memupuk semangat kes**anan dalam kalangan anak muda, malah turut memberi manfaat kepada kesihatan mereka.

Tambahan p**a, sokongan padu daripada penduduk kampung yang menyediakan tempat bermain jelas menunjukkan semangat kebersamaan dan kerjasama komuniti.

Program sebegini juga merupakan inisiatif yang baik untuk mengisi masa lapang masyarakat dengan aktiviti yang sihat dan bermanfaat.

23/10/2025

新闻稿

民兴党以必打丹华社共同庆祝中秋晚宴

必打丹,2025年10月18日电 – 民兴党P173必打丹区部昨晚在Pan Borneo Hotel Putatan 九楼宴会厅成功举办“与必打丹华社共庆中秋晚宴”,现场洋溢着欢乐团结的热烈气氛。

本次活动由民兴党必打丹区部P173 妇女组主席兼筹委会主席Juriah Uda 女士与筹委会副主席Jack Foo先生联合策划。获得当地华社的热烈响应充分体现了民兴党与必打丹各族群之间的深厚情谊。

约400名华社民众积极参与本次盛会,如此鼎盛的支持不仅彰显了华社对民兴党的坚定,更巩固了必打丹地区各族群间的友好和谐精神。

晚会由沙巴民兴党副主席拿督王鸿俊先生收邀为主礼嘉宾。莅临现场的嘉宾包括:民兴党 必打丹区部主席Datuk Haji Uda Sulai;沙巴旅游协会主席拿督斯里廖吉祥先生;以及该党最高理事会和P173必打丹区部委员会成员。

为活跃现场气氛,大会准备了多项精彩活动,包括必打丹华商幼儿园幼童呈现的文化舞蹈表演,以及助兴的幸运抽奖环节,让宾客尽欢。

民兴党P173必打丹区部全体理事谨此向所有出席者,特别是必打丹华社表达最诚挚的感谢,感谢各界坚定对沙巴民兴党支持与信任,我们会持续为人民争取福利、促进种族团结以和谐为沙巴人民带来希望。

拯救沙巴!投民兴党!

KENYATAAN AKHBAR

WARISAN PUTATAN RAI MASYARAKAT CINA DALAM SUASANA MERIAH PESTA TANGLUNG

PUTATAN, 18 Oktober 2025 – Parti Warisan Bahagian P173 Putatan telah berjaya menganjurkan Majlis Makan Malam Pesta Tanglung Bersama Masyarakat Cina Putatan dengan penuh kemeriahan dan semangat perpaduan di Hotel Pan Borneo Putatan malam tadi.

Program berunsur perpaduan ini dianjurkan oleh Puan Juriah Uda, Ketua Penyelaras DUN Petagas merangkap Ketua Wanita Warisan Putatan, bersama Encik Jack Foo, Timbalan Pengerusi Penganjur. Sambutan luar biasa daripada komuniti Cina setempat mencerminkan hubungan akrab antara Parti Warisan dan masyarakat pelbagai kaum di Putatan.

Kira-kira 400 orang masyarakat Cina hadir memeriahkan majlis tersebut Dan Kehadiran ramai ini bukan sahaja menzahirkan sokongan padu masyarakat terhadap Parti Warisan, malah turut memperkukuh semangat muhibah dan keharmonian antara kaum di daerah Putatan.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Datuk Junz Wong, Naib Presiden Parti Warisan Sabah. Turut hadir memeriahkan acara ialah Datuk Haji Uda Sulai, Ketua Bahagian Warisan Putatan; Datuk Winston Liaw, Presiden Sabah Association of Tour and Travel Agents (SATTA); serta barisan Ahli Majlis Tertinggi Parti dan Ahli Jawatankuasa Bahagian P173 Putatan.

Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan bagi menghidupkan suasana, termasuk persembahan tarian kebudayaan oleh anak-anak Tadika Hwa Shong Putatan, serta cabutan tiket bertuah yang menambahkan lagi keceriaan para tetamu.

Parti Warisan Bahagian P173 Putatan menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang hadir, khususnya kepada masyarakat Cina Putatan atas sokongan dan kepercayaan berterusan terhadap perjuangan Parti Warisan Sabah dalam memperjuangkan kesejahteraan rakyat serta memupuk perpaduan antara kaum.

Photos from juriah.uda's post 21/10/2025

20/10/2025

Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada rakan-rakan yang menyambut perayaan ini. Semoga perayaan Cahaya ini membawa kebahagiaan, kedamaian dan kejayaan dalam hidup anda. Deepavali Valthukkal!

19/10/2025
Photos from juriah.uda's post 08/10/2025

Simpan disini dulu memori tadi pagi bersama wanita-wanita Muslimah Masjid Nur Al Jannah Kampung Petagas.

Photos from juriah.uda's post 02/10/2025

Sepanjang minggu ini, saya berkesempatan menghadiri undangan kenduri tahlil dari Putatan hingga ke Tuaran.
Semoga Allah SWT memberkati setiap majlis dan memberikan kekuatan kepada keluarga yang mengadakan kenduri. 🤲

Alhamdulillah dalam menyantuni majlis, saya juga berkesempatan mendengar, berkongsi, dan bersama dalam s**a mahupun duka dengan masyarakat setempat.

30/09/2025

Bukan mahu menidakkan usaha mereka, tetapi jelas kelihatan Menteri Persekutuan hanya turun padang menjelang pilihan raya. Sejak 2 bulan ini, daerah Putatan kerap dilawati oleh pelbagai Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan untuk pelbagai acara dan lawatan tapak.
Sejujurnya saya lihat tidak ada keikhlasan dan saya berharap lawatan turun padang jangan dijadikan gimik politik disebabkan Sabah akan ada kan Pilihanraya tahun ini.

Kita semua maklum, Bajet 2026 akan dibentangkan pada 10 Oktober ini di Parlimen. Jika benar lawatan ini berkaitan memohon peruntukan, persoalannya masih sempatkah ia dimasukkan dalam Bajet 2026?

Apa yang lebih mengecewakan, saya tidak nampak p**a kelibat pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Sabah daripada agensi berkaitan turun bersama meninjau tapak. Yang hadir hanyalah pegawai Kementerian dan Jabatan Persekutuan, pemimpin lantikan Persekutuan seperti Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Kampung Persekutuan.

Keadaan ini menimbulkan persepsi seolah-olah Sabah ditadbir oleh dua Pentadbiran, satu dari Kerajaan Negeri dan satu lagi dari Persekutuan — apa fungsi pentadbiran Ketua Menteri Sabah?

Pada pandangan saya, timbul persoalan besar: siapa sebenarnya yang menjaga Rumah Sabah ini? Adakah Sabah tiada kuasa menentukan apa yang patut dibangunkan?

Juriah Uda
Ketua Wanita Warisan
P173 Putatan

Photos from Laman Rasmi Wanita Warisan P173's post 28/09/2025

31/08/2025

Hari ini kita bersama-sama menyambut Hari Kebangsaan dengan penuh syukur. Tanggal 31 Ogos 1957 merupakan detik negeri-negeri Tanah Melayu diisytiharkan Merdeka hasil pengorbanan, semangat patriotisma serta perpaduan rakyat.
Saya ingin mengucapkan tahniah dan Selamat Hari Kebangsaan ke-68 kepada Tanah Melayu. Semoga kita terus diberi kekuatan mempertahankan kedaulatan negara dan memelihara keamanan.

Photos from juriah.uda's post 05/08/2025

𝟱 𝗢𝗴𝗼𝘀 𝟮𝟬𝟮𝟱
Sejak beberapa bulan ini, hampir selang sehari atau 2 hari ada saja perkhabaran keluarga atau sahabat warga Putatan pergi menghadap Ilahi.
Hari ini 3 orang dalam sehari urusan jenazah dibuat di Masjid Jamek Putatan. Alhamdulillah dimudahkan urusan jenazah sepasang suami isteri, Allahyarhamah Siti Aisah Abu Bakar dan suami meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya.
Lebih menyedihkan mereka meninggalkan 7 orang anak berumur dari 12 tahun yang sulung hingga lah umur setahun lebih kembar perempuan bungsu.
Sebelum solat Zohor, Alhamdulillah dimudahkan urusan jenazah seorang lagi warga Putatan, Allahyarham Abdul Patah Martoh.
Saya dan bapa Datuk Hj Uda Sulai berkesempatan mengikuti solat jenazah ketiga-tiga Arwah.
Takziah kepada seluruh ahli keluarga. Moga tabah dan kuat menghadapi ujian kehilangan insan tersayang mereka.

Want your public figure to be the top-listed Public Figure in Putatan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address

Putatan