PASTI Ar Raihan 1 BK2

PASTI Ar Raihan 1 BK2

Share

PASTI AR-RAIHAN Raihan 1 BK2. Akan di buka tidak lama lagi.

Photos from PASTI Ar Raihan 1 BK2's post 22/05/2026

Alhamdulillah, selesai juga Hari Laporan Prestasi 1 pada hari ini 🀍

Ribuan terima kasih diucapkan kepada ibu bapa yang sudi hadir meluangkan masa untuk mengetahui perkembangan anak-anak sepanjang sesi pembelajaran πŸ“šβœ¨ Kehadiran dan sokongan ibu bapa amat kami hargai.

Tidak lupa juga, terima kasih atas segala komen positif yang diberikan sepanjang anak-anak berada di PASTI Raihan 1 Bk2 πŸ₯° Semoga kerjasama yang baik antara pihak guru dan ibu bapa ini terus berkekalan demi kebaikan dan kecemerlangan anak-anak kita.

Terima kasih sekali lagi πŸ’

Photos from PASTI Ar Raihan 1 BK2's post 19/05/2026

Alhamdulillah, pada hari ini kami telah berjaya melaksanakan Program Cilik Haji dengan jayanya. Program ini dijalankan dalam bentuk simulasi bagi memberi pendedahan awal kepada anak-anak tentang ibadah haji serta pengalaman yang lebih dekat dengan suasana sebenar.

Sepanjang program berlangsung, anak-anak menunjukkan kerjasama yang sangat baik, berani mencuba serta memberi komitmen yang tinggi dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

Tahniah dan syabas kepada semua anak-anak hebat! πŸ‘

Terima kasih juga diucapkan kepada semua guru dan ibu ayah atas sokongan serta kepercayaan yang diberikan dalam menjayakan program ini.
Semoga pengalaman hari ini memberi manfaat serta menanam rasa cinta kepada ibadah dalam diri anak-anak kita 🀍

19/05/2026

πŸŒ™
Alhamdulillah, pada hari ini kami telah berjaya melaksanakan Program Cilik Haji dengan jayanya. Program ini dijalankan dalam bentuk simulasi bagi memberi pendedahan awal kepada anak-anak tentang ibadah haji serta pengalaman yang lebih dekat dengan suasana sebenar.

Sepanjang program berlangsung, anak-anak menunjukkan kerjasama yang sangat baik, berani mencuba serta memberi komitmen yang tinggi dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Tahniah dan syabas kepada semua anak-anak hebat! πŸ‘

Terima kasih juga diucapkan kepada semua guru dan ibu ayah atas sokongan serta kepercayaan yang diberikan dalam menjayakan program ini.
Semoga pengalaman hari ini memberi manfaat serta menanam rasa cinta kepada ibadah dalam diri anak-anak kita 🀍

Photos from PASTI Ar Raihan 1 BK2's post 14/05/2026

🌷✨ Terima Kasih Ibu Ayah ✨🌷

Assalamualaikum dan salam sejahtera 😊
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kami ucapkan kepada semua ibu ayah yang begitu baik hati dan sanggup meluangkan masa serta rezeki untuk menyediakan hadiah-hadiah buat guru-guru sempena sambutan Hari Guru πŸ’πŸŽ

Segala pemberian, ucapan dan penghargaan yang diberikan amat bermakna buat kami para guru. Tidak kira besar atau kecil hadiah tersebut, setiap satunya cukup menyentuh hati dan membuatkan kami rasa dihargai atas segala usaha dalam mendidik anak-anak 😊

Terima kasih juga atas sokongan, kerjasama dan kepercayaan yang sentiasa diberikan kepada kami. Semoga hubungan baik antara guru dan ibu ayah sentiasa dipermudahkan dan diberkati Allah 🀍

Semoga segala kebaikan dan keikhlasan ibu ayah dibalas dengan rezeki yang melimpah, kesihatan yang baik dan kebahagiaan bersama keluarga 🌹
Ikhlas daripada, Guru-guru 🌷

Photos from PASTI Ar Raihan 1 BK2's post 14/05/2026

Pihak kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ibu ayah yang telah bersama-sama memeriahkan sambutan Hari Guru kali ini πŸ’πŸ₯°

Terima kasih juga atas segala juadah dan makanan yang sangat sedap yang telah disediakan. Memang meriah dan penuh dengan kasih sayang! πŸ±πŸπŸ§πŸ—
Alhamdulillah, para pelajar sangat gembira dan teruja menikmati makanan yang ibu ayah sediakan πŸ˜‹β€οΈ

Bukan itu sahaja, pelbagai aktiviti dan kuiz sempena Hari Guru turut dijalankan, dan semua pelajar memberi kerjasama yang sangat baik πŸŽ‰πŸ“šπŸŽ

Suasana hari ini penuh dengan gelak tawa, kegembiraan dan kenangan manis buat semua guru serta pelajar πŸ₯Ήβœ¨

Terima kasih sekali lagi atas sokongan dan kerjasama yang diberikan. Semoga segala kebaikan ibu ayah dibalas dengan rezeki yang melimpah dan kebahagiaan selalu πŸ€²πŸ»πŸ’–

Photos from PASTI Ar Raihan 1 BK2's post 14/05/2026

salam ceria buat semua anak-anak yang menyambut hari lahir pada bulan Mei πŸ’–πŸ₯³
Alhamdulillah, bertambah lagi usia dan pengalaman anak-anak semua. Semoga membesar menjadi anak yang soleh dan solehah, sentiasa dengar cakap ibu ayah dan guru, rajin belajar serta sentiasa gembira menjalani hari-hari yang indah 🌈✨

Semoga Allah SWT sentiasa melindungi, memberi kesihatan yang baik, murah rezeki, dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kejayaan di dunia serta akhirat πŸ€²πŸ’«

Semoga anak-anak juga sentiasa menjadi penyejuk hati keluarga dan membanggakan semua orang di sekeliling πŸ₯°πŸŒ·

Terima kasih kerana menjadi anak-anak yang ceria, comel dan menceriakan suasana di PASTI setiap hari πŸ’•πŸŽˆ Gelak tawa dan semangat anak-anak semua sangat bermakna buat kami para guru 🫢😊
πŸŽ‚πŸŽ Happy Birthday kepada semua birthday baby bulan Mei! πŸŽπŸŽ‚

Semoga hari-hari anak-anak dipenuhi dengan kegembiraan, kasih sayang dan senyuman yang manis selalu 😍🌟

06/05/2026

πŸ“’ Jom ke XPES Kinrara 2026!

πŸŽ“ Himpunan pra-sekolah, sekolah & Akademi swasta Islam terbaik β€” semua dalam satu tempat!

πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘¦ Bawa anak-anak datang:
✨ Terokai pilihan sekolah terbaik
🎀 Sertai health talk percuma
🎨 Aktiviti & pertandingan untuk anak-anak

Datang, survey & terus buat keputusan untuk masa depan anak anda! πŸ™Œ

Jemput bantu sebarkan info XPES Kinrara 2026 kepada jiran-jiran, rakan dan komuniti setempat 😊
Semoga lebih ramai ibu bapa dapat manfaat & buat pilihan terbaik untuk pendidikan anak-anak πŸŽ“

Terima kasih atas sokongan anda! 🀍

Photos from PASTI Ar Raihan 1 BK2's post 01/04/2026

Kuiz raya untuk pelajar-pelajar

Photos from PASTI Ar Raihan 1 BK2's post 01/04/2026

Gambar kawan-kawan dan CikguΒ²

Photos from PASTI Ar Raihan 1 BK2's post 01/04/2026

Moment bersama-sama

Want your school to be the top-listed School/college in Puchong?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


No 172 Jalan BK 2/7 Bandar Kinrara
Puchong
47180