Sribest Prima

Sribest Prima

Share

Sekolah Rendah Islam Integrasi Bestari (SRIBEST) Prima merupakan sebuah taman Ilmu bagi melahirkan i

Photos from Sribest Prima's post 15/06/2026

AKTIVITI KELAB REKA CIPTA
Nama Rekacipta: Kipas Angin Mini Kreatif

πŸ”§ Bahan Digunakan:

Cawan kertas
Penutup bekas plastik
Kertas hiasan yang dipotong menjadi bilah kipas
Gam dan pita pelekat

Konsep Rekaan:
Murid menghasilkan sebuah model kipas angin dengan memasang beberapa bilah kertas pada bahagian tengah yang diperbuat daripada penutup plastik. Cawan kertas berfungsi sebagai tapak atau badan kipas yang menyokong struktur keseluruhan.

Fungsi Rekaan:

Memahami konsep putaran dan keseimbangan bilah kipas.
Mempelajari asas reka bentuk dan pembinaan model.
Menggalakkan kreativiti menggunakan bahan kitar semula.
Memupuk kemahiran motor halus melalui aktiviti memotong, melekat dan memasang.

πŸ’‘ Nilai Pembelajaran:
Melalui aktiviti ini, murid dapat memahami bahawa sesuatu ciptaan boleh dihasilkan daripada bahan yang mudah diperoleh. Mereka juga belajar bagaimana bentuk dan susunan bilah mempengaruhi pergerakan serta kestabilan sesuatu objek yang berputar.

Rumusan:
Rekaan ini menunjukkan kreativiti murid dalam menghasilkan model kipas angin mini daripada bahan terpakai. Walaupun ringkas, projek ini berjaya memperkenalkan konsep asas kejuruteraan, inovasi dan pemikiran reka cipta kepada murid secara menyeronokkan dan praktikal.

09/06/2026

Selamat Datang & Selamat Berkhidmat

Warga Bestari Academy Holding Sdn. Bhd. dan SRIBEST Prima mengucapkan setinggi-tinggi tahniah serta selamat datang kepada Encik Ahmad Shahir Bin Sabudin atas pelantikan sebagai Guru SRIBEST Prima.

Semoga kehadiran tuan menjadi pemangkin kecemerlangan, membawa inspirasi kepada warga sekolah serta terus melakar kejayaan dalam mendidik generasi mukmin bestari.

Selamat maju jaya dan selamat menjalankan amanah!

08/06/2026

Selamat Datang & Selamat Bertugas 🌟

Bestari Academy Holding Sdn Bhd mengalu-alukan kehadiran Encik Osman Bin Romli sebagai Pembantu Penyelenggaraan.

Semoga pengalaman, komitmen dan dedikasi yang dibawa akan menjadi pemangkin kepada kecemerlangan organisasi. Kami mendoakan agar perjalanan kerjaya ini dipermudahkan serta diberkati dengan kejayaan yang berterusan.

Selamat menjadi sebahagian daripada keluarga Bestari Academy Holding Sdn Bhd!

πŸ’™πŸ’› Generasi Mukmin Bestari

Photos from Sribest Prima's post 08/06/2026

ESCAPE ROOM CHALLENGE : MAGICAL SCHOOL

Escape Room Challenge merupakan salah satu slot di dalam Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru BAHSB yang telah di adakan pada 4-5 Jun 2026, bertempat di Kem Bumi Jati, Shah Alam, Selangor. Ia bukan sekadar permainan, tetapi satu pengalaman yang menguji kreativiti, komunikasi dan semangat kerja berpasukan!

Guru-guru Bestari Academy Holding Sdn. Bhd. telah menyertai aktiviti Escape Room: Magical School, sebuah cabaran bertemakan dunia magikal yang penuh dengan misteri, teka-teki dan tugasan yang memerlukan kerjasama yang padu untuk diselesaikan.

Setiap kumpulan perlu menggunakan kemahiran berfikir secara kritis, strategi yang bijak serta komunikasi yang berkesan bagi merungkai petunjuk demi petunjuk untuk melengkapkan misi dan keluar dari Magical School sebelum masa tamat.

Selain mencetuskan suasana yang menyeronokkan, aktiviti ini turut memperkukuhkan hubungan sesama warga pendidik, meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah serta membina budaya kerja berpasukan yang lebih mantap.

🌟 Kerjasama
🌟 Kepimpinan
🌟 Komunikasi
🌟 Kreativiti

Dalam dunia magikal ini, setiap cabaran yang berjaya diselesaikan membuktikan bahawa kejayaan bukanlah hasil kehebatan individu semata-mata, tetapi lahir daripada kesepaduan idea, kepercayaan dan kekuatan sebuah pasukan.

Tahniah kepada semua guru yang berjaya menyahut cabaran dan membuktikan bahawa keajaiban sebenar terhasil apabila setiap ahli pasukan bergerak ke arah matlamat yang sama.

"The Real Magic Happens When We Work Together."

31/05/2026

DIRGAHAYU TUANKU 2026

Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah dan menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda.

Semoga Allah SWT mengurniakan kesejahteraan, kebijaksanaan dan keberkatan berpanjangan kepada Seri Paduka Baginda dalam memayungi rakyat serta memimpin negara tercinta.

Daulat Tuanku.

Sembah Takzim Daripada
Bestari Academy Holding Sdn Bhd

26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H

Aidiladha mengajar erti pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan kepada Allah SWT.

Semoga setiap amal dan doa kita diterima serta dikurniakan keberkatan, ketenangan dan kebahagiaan buat seluruh keluarga.

✨ Salam Aidiladha 1447H
Ikhlas daripada Bestari Academy Holdings Sdn. Bhd.

26/05/2026

DOA HARI ARAFAH

Hari Arafah adalah antara hari terbaik untuk memperbanyakkan doa, zikir dan memohon keampunan daripada Allah SWT.

Semoga setiap doa yang dipanjatkan dipermudahkan, setiap harapan dikabulkan dan setiap langkah kita sentiasa dalam rahmat-Nya.

Ikhlas ingatan mesra daripada
Bestari Academy Holding Sdn Bhd

25/05/2026

AMALAN SUNAT HARI ARAFAH

Hari Arafah merupakan antara hari paling istimewa dalam Islam.
Hari yang dipenuhi rahmat, keampunan dan peluang untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Bagi yang tidak menunaikan haji, inilah peluang terbaik untuk merebut ganjaran besar dengan berpuasa dan memperbanyakkan amal ibadah.

✨ Antara amalan yang digalakkan:
🀲 Berpuasa sunat Hari Arafah
πŸ“– Membaca Al-Quran & berzikir
πŸ™ Memperbanyakkan doa dan taubat
πŸ’ Bersedekah dan melakukan kebaikan

Sabda Nabi SAW:
β€œPuasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan akan datang.”
β€” Riwayat Muslim

Semoga Allah menerima segala amalan kita dan mengurniakan keberkatan serta keampunan buat kita semua.

Photos from Sribest Prima's post 22/05/2026

SAMBUTAN HARI GURU & HARI RAYA AIDILADHA 2026

Pada pagi Jumaat yang penuh berkah ini warga pendidik dan murid di SRIBEST Prima menyambut Hari Guru dan Ceramah Erti Pengorbanan Yang Sebenar sempena Adiladha yang bakal menjelang.

Program ini berlangsung dengan penuh meriah, ceria dan penuh penghayatan! ❀️

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang program antaranya :
🎀 Persembahan Murid
🎯 Permainan Guru & Murid
🎁 Slot Pemberian Hadiah
πŸ•Œ Ceramah Aidiladha

Terima kasih kepada semua guru, murid yang bersama-sama memeriahkan sambutan istimewa ini. Semoga sambutan ini dapat mengeratkan ukhuwah, menyemai kasih sayang serta menghargai jasa para pendidik yang tidak pernah jemu mendidik anak bangsa. 🌹

πŸ’ β€œGuru Pemacu Generasi Mukmin Bestari”
πŸŒ™ β€œAidiladha Mengajar Erti Pengorbanan & Keikhlasan”

18/05/2026

SENARAI PEMENANG ANUGERAH APC 2025 DAN SAMBUTAN HARI GURU 2026.

1. ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG
PUAN NOORLY BINTI MD TAHA

2. ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG PENGURUS
YM TENGKU KHAIRUL HISHAM BIN TENGKU ISMAIL

3. ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG EKSEKUTI
ENCIK MOHD KHAIRUL BIN KAMARUDDIN
PUAN NOORLY BINTI MD TAHA

4. ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG GURU PENOLONG KANAN (GPK)
PUAN NOORASMA BINTI MUSTAKIM
PUAN NURAFIQAH BINTI ZAINI

5. ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG KAKITANGAN SOKONGAN (BESTARI RECIPE)
PUAN NORSIAH BINTI ROSS
PUAN SUZANA BINTI ADZMI

6. ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG KAKITANGAN SOKONGAN
PUAN NUR ALIFAH ARINA BINTI MOHD RUZEMEY
PUAN NURUL ASMAA' BINTI NOR HIZAM

7. ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG GURU – 5 ORANG
CIK NUR FARHANI BINTI MAT SHOIB (LP)
CIK NUR HIDAYAH BINTI FAKHRURRAZI (P)
PUAN NUR SAAIDAH BINTI JAAFAR
CIK NUR SHAHANIM BINTI MUSTAFHA (LP)
CIK SITI NURRAUDAH BINTI SALEHUDDIN (SM)

8. ANUGERAH KHAS PENDIDIKAN
CIK NURAFIQAH BINTI ZAINI
PUAN NUR KHAIRUNISA BINTI AZIZ
PUAN NURREN SYAFIQAH BINTI ISMAIL
PUAN ROZAINI BINTI RAMLI

9. ANUGERAH TOKOH PENDIDIK
CIK NURAFIQAH BINTI ZAINI

Want your school to be the top-listed School/college in Puchong?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


23-2 Block C, Taman Tasik Prima, Jalan Tasik Prima 5/1, Prima Biz Hub
Puchong
47150

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00