Hari2.Hari Raya
makanan santai (kudapan) yang berkualiti ditekak.. product by student Dr Azizan Osman.
29/06/2017
Bismillahirahmahnirahim...
Sengsaranya Isteri Di Zaman ini.
Teringat satu cerita dari Ayahandaku :
Seorang wanita menangis-nangis dihadapan gurunya..bila ditanya apakah sebabnya?
Jawabnya :Suami !!Saya dah bermacam-macam cara cuba ubah suami saya,saya dah berdoa siang malam agar suami saya berubah.Tetap juga sama malah semakin teruk baranya,curangnya dan nipisnya laksanakan tanggungjawab(Pakej lengkap suami zaman sekarang).Saya amat cintakan suami saya,saya tak nak berpisah..sayang dia melebihi segalanya.
Jawab guru dengan tenang :
Wahai anakku..bukankah perkhawinan itu satu keterikatan hati.Bukankah jua perkhawinan ini untuk kita mengikat hati suami kita agar kasih dan cinta pada kita sepenuh hati.
BERUNTUNGLAH!!Sungguh beruntung mereka yang mempunyai masalah dengan sikap suami;berbeza dengan mereka yang mempunyai suami yang cukup baik.
Tanya wanita itu..KENAPA?
Duhai anakku..perkahwinan ini untuk kita mencapai Cinta Allah dan Rasul bukan mendapat cinta suami.Suami hanya perantaraan sahaja dimana suami itu tetap makhluk..bukankah tidak boleh sama sekali kita meletakkan cinta makhluk lebih tinggi nilainya dari cinta sang Kekasih yang benar?
Lepaskan dari hatimu perasaan cinta yang mendalam terhadap suami.
Tika dirimu diuji ini sebenarnya Allah rindu akan cinta darimu..Cinta yang patut diberi pada sang kekasih yang asal tapi engkau serahkan pada kekasih yang sementara melebihi segalanya.
Ujian itu mendekatkan hati seseorang dengan tuhannya..Maka itulah dikatakan ujian itu adalah kasih sayang darinya.Usahlah engkau kejar cinta suami mu tapi kejar cinta Allah dan Rasul kelak cinta suami mu yang sendiri akan menyusul.Fahamlah wahai anakku dunia ini sementara dimana ia adalah tempat ujian jangan sesekali jatuh hati pada dunia,pada ahli keluarga,pada nafsu melebihi dari kasih padaNYA.
Sengsara kerana dirimu tersilap merebut cinta..Sengsara kerana kau berdoa agar dirimu yang dapat merubah suami mu,dengan kuasa doamu yang akan ubah sikap suami mu.Bukan salah berdoa tapi berdoalah agar kuasaNYA yang merubah suami mu..engkau serahkan segalanya sehingga engkau rasa tiada kuasa dari doamu dan segalanya adalah urusan dan kuasa dariNYA.
Maka p**ang lah si wanita itu dengan tenang.
Berapa bulan kemudian berjumpa lagi dia dengan gurunya ..
Katanya : Sungguh benar apa yang diajarkan oleh mu wahai guru.Sungguh aku tenang malah aku menjadi rimas suami ku sekarang ibarat gila bayang denganku.Aku sudah rasa nikmat dengan cinta yang sangat tenang malah aku ingin mecarikan kekasih lain buat suami ku agar aku semakin asyik dengan ibadahku.
Apa yang engkau lakukan wahai anak?-tanya gurunya.
Saya berbetulkan DOA saya dan saya berbetulkan lagi CINTA saya.Hati ini milikNYA dan dipegang olehNYA ..bila ia mengkehendaki maka dengan itulah lah ia berubah.bukan sama sekali dengan usaha dan hajat kita yang lemah ini..tiada kuasa dari kita.Berdoa lah dengan penuh adab serta faham akan maksud seorang "HAMBA".
Maka selesai cerita itu kami (Ramai perempuan) menitiskan air mata.Tidak tahu nak gambarkan bagaimana tapi dari cerita itulah kami mendapat JAWAPAN.Semoga cerita ini juga dapat memberi jawapan pada insan bergelar isteri yang lain.
Suara Agung Kerinduan
Suatu masa, Bilal minta izin pada khalifah untuk pergi jauh tinggalkan Madinah. Di tanyakan mengapa? Bilal ratapi buat terakhir kali Madinah di mana suatu saat dia dan Rasulullah berkongsi segala kenangan di Madinah.
Lama sungguh Bilal tinggalkan Madinah dan menetap bersama keluarga di Syria. Perit bagi Bilal untuk melupakan kenangan yang ada bersama Rasulullah SAW. Sekian lama Bilal meninggalkan Madinah, suatu hari, Rasulullah muncul di dalam mimpi Bilal. "Wahai Bilal! Alangkah kerasnya hatimu, mengapa engkau tidak mengunjung tiba menziarahi aku?" Tersentak Bilal lalu terjaga dari tidur dengan derai air mata yang deras! Sehingga terjaga ahli keluarga Bilal. Bilal menceritakan segala yang terjadi di dalam mimpinya tadi. Lalu ahli keluarganya menyuruh Bilal menziarahi Rasulullah.
Bilal bersama tunggangannya, menangis tanpa henti. Kalau boleh Bilal nak terus meneruskan perjalanannya untuk cepat sampai ke Madinah. Bilal takut di tinggalkan oleh Rasulullah SAW
Setelah beberapa hari, Bilal tiba di maqam Rasulullah. Suaranya yang telah kehilangan akibat raungan tangisannya sepanjang perjalanan. Lalu memberi salam, "Asalamualaika Ya Rasulullah."
Bilal masih tidak berhenti menangis.
Tiba-tiba datang amirul mukminin, menerpa Bilal daripada belakang. Saidina Abu Bakar memujuk Saidina Bilal hingga reda sebentar tangisan Bilal.
"Bilal, alang kamu sudah berada di sini. Azankan untuk kami Bilal," -sapa Amirul mukminin.
"Tidak wahai amirul mukminin," -tolak Bilal.
"Azanlah Bilal kami rindu suara azan kamu itu,"- sapa Saidina Umar p**a.
Saidina Bilal menggeleng..
Tiba-tiba datang dua permata kesayangan Rasulullah. Hasan dan Husin. "Pakcik Bilal, azanlah sebagaimana masa zaman datuk kami masih ada,"
Di peluk dua orang cucu kesayangan Rasulullah, di ciumnya.
"Sebentar tadi baru ku tolak permintaan Khalifah dan Saidina Umar. Aku takut untuk menolak permintaan kalian, aku takut nanti aku di tinggalkan Rasulullah,"
Bilal naik ke menara, di ratapi satu persatu tempat kenangan bersama Rasulullah, sambil air matanya mengalir laju.
"Allahu Akbar, Allahu Akbar!"
Terdiam penduduk Madinah mendengar suara azan itu. Bahkan ada yang bangkit dari tidur yang lena.
"Allahu Akbar, Allahu Akbar!"
Riuh satu Madinah, keluar seisi rumah di setiap pelusuk Madinah.
"Asyhadu ala ila haa illallah!"
"ABU I'SA RASULULLAH?!" -apakah Rasulullah di bangkitkan semula-
"Asyhadu ala ila haa illallah!"
Tangisan kota Madinah kian pilu. Menggamit kenangan mereka bersama Rasulullah.
Saidina Abu Bakar, Saidina Umar.. Mengalir air mata dua orang sahabat ini. Satu Madinah di banjiri oleh air mata tangisan kerinduan. Suara agung itu kembali lalu mencetuskan satu situasi yang tercatit sebagai satu sejarah buat umat akhir zaman.
"Asyhadu anna MUHAMMAD RASULULLAH!"
Tersungkur Bilal tak dapat meneruskan azannya lagi. Di sambut dua orang sahabat. "Mengapa Bilal?"
"Waktu tengah azan hingga aku menyebutkan nama kekasihku, aku terlihat kelibat Rasulullah keluar dari rumah untuk solat berjemaah bersama kita,"
"Aku rindu Rasulullah, Aku rindu Rasulullah, Aku rindu Rasulullah."
Berlinangan air mata sahabat dan seluruh warga kota Madinah pabila suara agung itu kembali p**ang menghantui kerinduan buat junjungan besar Muhammad SAW.
Countdown 1 hari lagi.
12 Rabiulawal. 24 Disember 2015
Salam Maulidur Rasul.
Allahumma Solli Ala Muhammad
Kita s**a sempitkan makna sedekah itu kepada
Beri wang.
Senyum
Tolong orang menggunakan tenaga
Memberi nasihat yang baik
Sedangkan berbaik-baik sesama insan tanpa mengira agama dan bangsa juga adalah sedekah.
Satu lagi sedekah yang kita selalu buat tapi tak tahu yang itu adalah sedekah.
Subhanallah
Alhamdulillah
Allahu akhbar
33x setiap satu itu selepas solat
Itu juga sedekah.
Solat sunat dhuha itu juga sedekah.
Solat malam, bacaan Al-Quran.
Itu semua sedekah.
Btw,
Apa pun yang kita lakukan.
Niatlah untuk disedekahkan.
Pada diri, ibu bapa.
Tentu-tentu Allah gandakan setiap yang kita berikan.
Janji Allah itu pasti.
Ramai orang s**a membuat pelaburan dalam hartanah.
Selain ianya boleh mengaut keuntungan yang banyak, ia juga merupakan pelaburan dengan risiko yang minimum.
Ia juga mampu untuk diwariskan kepada waris dan menjadi harta warisan.
Namun, jangan lupa untuk melabur didalam pelaburan cairan seperti emas dan perak.
Walaupun keuntungan berganda itu tak se'masyuk' hartanah tapi dalam situasi terdesak, ia sangat membantu.
Bukan mendoakan yang tak baik berlaku pada kita tapi sekadar langkah berjaga2...
Sediakan payung sebelum hujan
Mencegah lebih baik dari mengubati.
apa pun product anda... jangan lupa untuk selalu menggoda dengan gambar...
gambar merupakan medium terhebat dalam mempungaruhi deria seseorang.
[KENAPA MCDONALD SANGAT BERJAYA]
pernah tak kita kaji?
jujur...
aku pun tak pernah tapi suddenly aku terfikir.
"Kenapa mereka sangat kuat memberi sumbangan kepada Israel?"
dari situ wujud satu kisah
"They fight for their belief"
ingat tak
"Andai kita berjuang demi agama, maka Allah akan melipat gandakan rezeki yang kita perolehi"
"Allah tak akan ubah sesuatu kaum itu andai mereka tidak mahu merubah diri mereka sendiri"
beza tak dengan cara kita menjalankan perniagaan?
kita meniaga sebab kita nak untung dan kaya untuk diri kita.
tapi apa yang McDonald buat?
memberi kegembiraan pada orang lain. (happy's meal)
memberi khidmat terpantas. (menjimatkan masa menunggu.)
harga mampu. (McValueLUnch/Dinner)
memberikan perkhidmatan wifi percuma
refill
tengok macam mana McDonald counter attack bila kita nak boikot.
bagi McDonald free...
dan orang yang boikot pun beratur panjang sebab nak mcDonald free...
siapa tak nak makan free weh???
Raya, tetap raya...
Business tetap berbusiness...
Hari Raya Aidilfitri bukan untuk perhabiskan wang yang kita dah pulun meniaga semasa Ramadhan tapi jadikan wang yang kita dah pulun itu sebagai investment dalam perniagaan kita.
Mungkin untuk membuka cawangan baru atau menambah inventori.
Air tak selalu jernih💦
begitu juga tutur kataku
Kapas tak selalu putih..
begitu juga hatiku
Langit tak selalu biru🌈
begitu juga hidupku
Jalan tak selalu lurus🚶
begitu juga langkahku
Jika Maaf🙏 itu boleh diungkap hari ini☀
Untuk apa menunggu hari raya🎉 tiba?😔
Sedangkan hembusan Nafas⏳ pun Kita tak pernah tahu bila akan Berhenti🕙😢
maka dari itu, ku ingin Mohon Maaf🙏 atas
Kesalahan Kekhilafan😒 maupun
Perbuatan yg sengaja & tidak sengaja..
yg membuat sakit hati💔 kalian🌻
. Sebelum ramadan pergi👋. Sebelum aidil fitri datang🎆
➿ Sebelum operator sibuk📲
🚧 Sebelum wechat line xdak..lbih baik daku whatsup siap2....😁
Diri ini hendak memohon maaf🙏 atas semua kesalahan...😃
Selamat menikmati🌄 hari-hari terakhir Ramadan..⭐🌙
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Address
Solok 3c, TAMAN PENDAMAR INDAH
Port Klang
42000