Clique MPPD

Clique MPPD

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Clique MPPD, Public & Government Service, Majlis Perbandaran Port Dickson KM1, Jalan Pantai, Port Dickson.

31/05/2026

Selamat Menyambut Hari Wesak πŸͺ·βœ¨

Selamat Menyambut Hari Wesak kepada seluruh penganut Buddha. Semoga sambutan ini menjadi ruang untuk menghayati nilai kasih sayang, kedamaian dan kebijaksanaan dalam kehidupan seharian. Marilah bersama-sama memupuk semangat hormat-menghormati serta memperkukuhkan keharmonian dalam masyarakat. πŸͺ·βœ¨

Semoga Hari Wesak membawa kedamaian, keharmonian dan kesejahteraan kepada semua.

01/05/2026

Dedikasi Buat Wira NegaraπŸ› οΈ

Selamat Hari Buruh kepada semua tenaga kerja yang luar biasa. Terima kasih atas dedikasi dan kegigihan anda dalam membina masa depan yang lebih gemilang buat kita semua.

Ucapan ini merupakan penghargaan khas untuk menghargai usaha, komitmen, dan titik peluh kesemua para pekerja yang menjadi penggerak utama kemajuan dan ekonomi negara.

15/04/2026

Clique MPPD telah beroperasi seperti biasa.

Terima kasih di atas kerjasama anda. Segala kesulitan yang timbul amatlah dikesali.

Semak dan bayar bil cukai taksiran atau sewaan anda di aplikasi Clique MPPD dan tebus mata ganjaran anda sekarang.

15/04/2026

Notis Gangguan Sistem

Dimaklumkan bahawa sistem Clique MPPD sedang tergendala buat sementara waktu sehingga diberitahu. Pihak kami sedang mengambil tindakan segera bagi memulihkan perkhidmatan seperti biasa.Segala kesulitan yang timbul amatlah dikesali. Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Terima kasih atas kesabaran dan kerjasama anda.

21/03/2026

βœ¨πŸŒ™ Selamat Hari Raya Aidilfitri πŸŒ™βœ¨

Semoga Syawal yang menjelma membawa seribu keberkatan, kebahagiaan dan ketenangan jiwa buat anda sekeluarga πŸ’š Setelah sebulan kita berpuasa dan menahan diri, kini tiba saat untuk meraikan kemenangan dengan penuh rasa syukur ke hadrat Ilahi 🀲✨ Ampun dan maaf dipohon andai ada salah dan silap, terkasar bahasa atau tersinggung perasaan πŸ’« Semoga ikatan silaturahim terus erat, kasih sayang bertambah kuat, dan setiap langkah kita sentiasa dilimpahi rahmat 🌸 Raikan hari yang penuh bermakna ini bersama insan tersayang dengan senyuman dan kegembiraan 😊 Semoga segala amal ibadah kita diterima dan diberkati πŸ’–

🌟 Salam Aidilfitri, dari hati ke hati 🌟

07/03/2026

πŸŒ™βœ¨Salam Nuzul Al-Quran πŸŒ™βœ¨

Semoga peristiwa turunnya Al-Quran ini mengingatkan kita untuk sentiasa mendekatkan diri kepada Allah, memperbanyakkan membaca, memahami dan mengamalkan isi kandungan Al-Quran dalam kehidupan seharian. πŸ“–πŸ€² Semoga Ramadan kali ini membawa keberkatan, ketenangan dan rahmat buat kita semua.

πŸŒ™πŸ’« Salam Nuzul Al-Quran kepada seluruh umat Islam dari Clique MPPD. πŸ•Œβœ¨

06/03/2026

Makluman Penyelenggaraan Sistem

πŸ“… Tarikh: 7 Mac 2026
πŸ•’ Masa: 00:00 pagi sehingga 01:00 pagi
⚠️ Sistem mungkin tidak boleh diakses sementara waktu.

Sistem Clique MPPD akan menjalani peningkatan server bagi memastikan prestasi yang lebih stabil dan selamat.
Pengguna mungkin mengalami gangguan akses sementara sepanjang proses ini.

Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan.

01/03/2026

Makluman Pelaksanaan SST 6% Ke Atas Sewaan

Dimaklumkan bahawa bermula 1 Mac 2026, pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% akan dikenakan ke atas sewaan gerai selaras dengan ketetapan semasa. Pelaksanaan ini adalah tertakluk kepada peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Majlis Perbandaran Port Dickson.

Sehubungan itu, semua penyewa gerai adalah dinasihatkan untuk mengambil maklum mengenai pelaksanaan ini serta membuat perancangan kewangan yang sewajarnya bagi memastikan kelancaran urusan sewaan masing-masing.

Kerjasama dan pemahaman daripada semua pihak amatlah dihargai. Semoga segala urusan dipermudahkan dan terus berjalan lancar demi kesejahteraan bersama. 🀝✨

28/02/2026

Hari terakhir bayar Cukai Taksiran Penggal 1 2026!

πŸ“… 28 Februari 2026 merupakan hari terakhir sebelum tamat tempoh pembayaran Cukai Taksiran Penggal 1/2026.
Kami menggalakkan semua pembayar cukai untuk menyelesaikan bayaran sebelum tamat tempoh bagi mengelakkan sebarang penalti atau caj tambahan.
Bayaran boleh dibuat melalui aplikasi Clique MPPD atau layari laman web clique.mppd.gov.my
Terima kasih atas kerjasama dan komitmen anda dalam memastikan kelancaran perkhidmatan serta pembangunan setempat. 🀝✨

Jangan Terlepas Bayaran Hari Ini

16/02/2026

Selamat Tahun Baharu Cina 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia yang meraikannya. Semoga tahun baharu ini membawa kemakmuran, kejayaan dan kesihatan yang berpanjangan kepada anda dan keluarga.
Ayuh kita raikan kemakmuran dan kebahagiaan bersama.

Semoga semangat perpaduan, keharmonian dan kebersamaan terus diperkukuh dalam kita melangkah ke tahun yang penuh peluang dan harapan baharu.

Gong Xi Fa Cai! 🍊✨

Want your organization to be the top-listed Government Service in Port Dickson?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


Majlis Perbandaran Port Dickson KM1, Jalan Pantai
Port Dickson
71000