RISDA Pulau Pinang

RISDA Pulau Pinang

Share

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Negeri Pulau Pinang
--------------------------------------

RISDA adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan ditubuhkan pada 1 Januari 1973 di bawah kuasa yang diluluskan oleh Parlimen:-

- Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah RISDA (Akta 85 Tahun 1972).
- Ordinan Kump**an wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula) 1952. Dengan terlancarnya RISDA, nyatalah bahawa Kerajaan memandang

24/08/2026
24/08/2026

π’π„π“πˆππ†π†πˆ-π“πˆππ†π†πˆ 𝐔𝐂𝐀𝐏𝐀𝐍 π“π€π‡ππˆπ€π‡ πŠπ„ππ€πƒπ€ π˜ππ‡π†. πƒπ€π“π”πŠ π™π€πˆππ€π‹ π€π™ππˆ 𝐁𝐈𝐍 π™π”π‹πŠπˆπ…π‹πˆ, πŠπ„π“π”π€ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 π‘πˆπ’πƒπ€

Pengurusan Tertinggi serta seluruh warga kerja Kump**an RISDA merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YBhg. Datuk Zainal Azni bin Zulkifli, Ketua Pengarah RISDA di atas penganugerahan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) sempena Sambutan Hari Jadi ke-77 Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang Di-Pertua Negeri Melaka pada hari ini 24 Ogos 2026 bersamaan 11 Rabiulawal 1448H.

Didoakan semoga kehadapan ini, RISDA akan terus cemerlang, maju dan gemilang di bawah pimpinan YBhg. Datuk Ketua Pengarah demi kesejahteraan pekebun kecil dan kemakmuran negara, Insha Allah.

24/08/2026

Pisau kecil, peranan besar. 🌳

Di tangan pekebun kecil, sebilah pisau toreh bukan sekadar alat. Ketajaman mata pisau dan kemahiran menoreh menentukan kelancaran susu getah, menjaga kesihatan pokok serta membantu menghasilkan kutipan yang berkualiti.

Dari satu torehan ke satu torehan, lahirlah hasil yang menjadi sumber pendapatan dan menyokong kesejahteraan keluarga pekebun kecil.

Kerana di sebalik setiap titisan susu getah, ada kemahiran, ketekunan dan rezeki yang diperjuangkan.

16/08/2026

Mari Sertai Lensa Merdeka RISDA 2026.

Terbuka kepada semua warganegara Malaysia..Jangan lepaskan peluang anda menunjukkan bakat terpendam dalam Fotografi.

Tarikh penyertaan : 1 - 31 Ogos 2026

Kita cuba p**a pakai pen dan kertas, ada sambutan ke tak?

πŸ“ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ Lensa anda mampu mengangkat kisah sebenar kehidupan pekebun kecil getah!

Sertai Pertandingan Fotografi Lensa Merdeka RISDA 2026 : β€œDua Bingkai, Satu Makna”.

Rakam DUA FOTO yang menggambarkan Semangat Kemerdekaan dan Kesejahteraan Pekebun Kecil dalam satu penceritaan yang kreatif serta bermakna.

Hadiah menarik menanti pemenang! Penyertaan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia.

πŸ“… Tarikh penyertaan: 1 – 31 Ogos 2026 πŸ“²

Imbas kod QR pada poster untuk menghantar penyertaan anda!
Ayuh, sertai sekarang! Biar gambar anda mengabadikan makna kemerdekaan dan kemakmuran desa! πŸ“·βœ¨

Baca Terma Dan Syarat di pautan hantaran asal >>> https://www.facebook.com/share/p/1DPie1YtcH/

Photos from RISDA - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah's post 14/08/2026

Info tentang BMT 2026..boleh baca untuk mengethui apa itu BMT? Jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi kami Pejabat RISDA Negeri Pulau Pinang. kami akan membantu anda...☺️😊

Photos from RISDA Pulau Pinang's post 30/07/2026

πŸ“’ KURSUS KESEDARAN HALAL SIRI 2 ZON UTARA

πŸ“… 28 Julai 2026 – 30 Julai 2026
πŸ“ Hotel Bahang Bay, Teluk Bahang, Pulau Pinang

Kursus Kesedaran Halal Siri 2 Zon Utara telah berlangsung pada 28 hingga 30 Julai 2026 di Hotel Bahang Bay, Teluk Bahang, Pulau Pinang dengan penyertaan peserta dari Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Perak.

Penganjuran kursus ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kefahaman peserta mengenai konsep halal, keperluan pensijilan halal serta kepentingan pematuhan terhadap standard dan prosedur Pensijilan Halal Malaysia. Sepanjang kursus, para peserta telah mengikuti pelbagai sesi perkongsian ilmu dan perbincangan yang memberi pendedahan mengenai prinsip, keperluan serta amalan terbaik dalam pelaksanaan pensijilan halal.

Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang kursus ini dapat dimanfaatkan serta menjadi pemangkin kepada pengukuhan pelaksanaan dan pematuhan halal dalam organisasi dan industri masing-masing.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua peserta, penceramah serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan komitmen dalam menjayakan penganjuran Kursus Kesedaran Halal Siri 2 Zon Utara.

Photos from RISDA - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah's post 17/07/2026
17/07/2026

PERMOHONAN RISDA GROOM BIG CHALLENGE (RGBC) KINI TELAH DIBUKA..KEPADA USAHAWAN - USAHAWAN RISDA PENANG BOLEH IMBAS QR CODE UNTUK MELIHAT KELAYAKAN DAN ISI PERMOHONAN SECARA ONLINE.








https://www.facebook.com/share/18tuAC1WrN/?mibextid=wwXIfr

ππ„π‘πŒπŽπ‡πŽππ€π π‘πˆπ’πƒπ€ π†π‘πŽπŽπŒ ππˆπ† 𝐂𝐇𝐀𝐋𝐋𝐄𝐍𝐆𝐄 (𝐑𝐆𝐁𝐂) 𝐊𝐈𝐍𝐈 πƒπˆππ”πŠπ€

Program ini menawarkan *Geran Maksimum Keseluruhan sehingga bernilai RM100,000!*

πŸ“… *Tarikh Permohonan: 8 Julai hingga 20 Julai 2026*
πŸ’» *Pautan Permohonan: Imbas kod QR pada poster atau layari * https://forms.gle/9hawjXCkWjtdSRbW8

08/07/2026

🌧️ PERMOHONAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT) 2026 KINI DIBUKA!

Berita baik kepada pekebun kecil getah dan penoreh getah di seluruh Negeri Pulau Pinang.

Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2026 kini telah dibuka bagi membantu meringankan beban pekebun kecil dan penoreh getah yang terjejas sepanjang musim tengkujuh.

πŸ“… Tempoh Permohonan
πŸ—“οΈ 1 Julai 2026 hingga 30 September 2026

πŸ’° Kadar Bantuan
βœ… RM200 sebulan
πŸ“Œ Dibayar pada:
β€’ November 2026
β€’ Disember 2026
(Tertakluk kepada kelulusan dan pengesahan akhir.)

Siapa yang layak memohon?

βœ”οΈ Pekebun kecil getah
βœ”οΈ Penoreh getah
βœ”οΈ Pemohon baharu
βœ”οΈ Pemohon yang perlu mengemas kini maklumat

πŸ“ Permohonan boleh dibuat di:
Pejabat RISDA Negeri Pulau Pinang atau Pejabat RISDA berhampiran.

πŸ’» Mohon dan semak permohonan secara dalam talian di:
πŸ‘‰ https://pekebunkecil.risda.gov.my

πŸ“ž Sebarang pertanyaan sila hubungi:
Pejabat RISDA Negeri Pulau Pinang
☎️ 04-323 5895

⚠️ Jangan lupa!
βœ… Kemas kini maklumat peribadi.
βœ… Pastikan maklumat akaun bank masih aktif dan tepat.
βœ… Hantar permohonan sebelum 30 September 2026.

Mohon jasa baik semua untuk LIKE πŸ‘, SHARE πŸ”„ dan TAG ahli keluarga, rakan-rakan serta pekebun kecil yang mungkin memerlukan maklumat ini supaya tiada yang tercicir daripada menerima bantuan.

Bersama Memajukan Pekebun Kecil, Memperkasa Industri Getah Negara.

Want your organization to be the top-listed Government Service in Pinang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Pejabat RISDA Negeri Pulau Pinang, No 532 Bagan Lebai Taher
Pinang
12990

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00