Anak Perlis
Anak Perlis is an official community portal for Perlis citizens from all walks of life. Nak Kongsi Berita ? Nak Kongsi Info ? Nak Iklan Produk Anda ?
Whasap Admin Skrg : https://bit.ly/3cFEuzV
23/11/2025
ANJIR DI WANG KELIAN, 1 PPS DIAKTIFKAN
WANG KELIAN, 23 November- Satu pusat pemindahan sementara (PPS) diaktifkan di Padang Besar iaitu di SK Lubuk Sireh susulan kejadian banjir yang melanda sekitar Kampung Wang Kelian pagi ini.
Ini susulan hujan lebat yang berlaku sejak malam tadi yang berterusan sehingga pagi ini yang menyebabkan kampung berkenaan mula dinaiki air.
Menurut Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, seramai 120 penduduk dari 40 keluarga sekitar Kampung Wang Kelian terjejas dengan kejadian banjir yang sedang berlaku ketika ini.
Ketika ini, proses pemindahan mangsa telah mula dilaksanakan menggunakan aset Jabatan Pertahanan Awam dan Polis.
Beliau menasihatkan penduduk supaya berpindah dengan segera sekiranya rumah kediaman mereka dinaiki air susulan hujan lebat ketika ini di seluruh Perlis.
Beberapa sungai utama sekitar Padang Besar kini berada di paras bahaya iaitu Sungai Pelarit berada pada paras 106.42 meter melebihi paras bahaya 106.40, Sungai Chuchoh pada paras 39.47 meter melebihi paras bahaya 38.50 dan Sungai Korok pada paras 29.83 meter melebihi paras bahaya 29.60 meter.
Selain itu, satu lagi sungai berada pada paras amaran iaitu Sungai Jarum pada paras 33.31 meter.
Wartawan: WAN NOOR AZLEY
23/11/2025
HEBAHAN
LALUAN DITUTUP AKIBAT BANJIR
HEBAHAN
LALUAN DITUTUP AKIBAT BANJIR
HAMPIR 400 MANGSA TERKANDAS
TANAH RUNTUH DI
WANG KELIAN
23/11/2025
PADANG BESAR, 23 November - Sehingga pukul 10 malam tadi, jumlah penduduk terjejas banjir di sekitar Padang Besar yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) terus meningkat.
Berbanding hanya 222 individu pada pukul 6 petang tadi, kini jumlah berkenaan telah meningkat kepada 332 individu mewakili 98 keluarga.
Menurut Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri, Ku Chik Ku Mat Isa ketika dihubungi, PPS terbaharu yang diaktifkan ialah di Dewan Semai Bakti Felda Mata Ayer yang menempatkan 67 individu mewakili 21 keluarga sekitar Felda Mata Ayer.
'Yang sahih di RTM'
23/11/2025
Keberangkatan Lawatan DYTM Tuanku Raja Muda Perlis dan DYTM Tuanku Raja Puan Muda Perlis ke Pusat Perpindahan Sementara (PPS) Mangsa Banjir Dewan Felda Mata Air
Tarikh: 23 November 2025 (Ahad) / 2 Jamadil Akhir 1447H
Masa: 9.00 malam
Tempat: Dewan Felda Mata Air
sumber : Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs)
23/11/2025
23/11/2025 - Ahad] Operasi menyelamat di Daerah Padang Besar melibatkan Kampung T**i Tinggi, Kampung Wang Kelian, Kampung bukit Chabang dan kampungยฒ terjejas banjir. Semoga dipermudahkan urusan mangsa dan petugas.
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Jabatan Perdana Menteri
PerlisAktif
23/11/2025
PEMAKLUMAN ARAS AIR LEMBANGAN SUNGAI PERLIS
23 NOVEMBER 2025, JAM 10.00 MALAM
Berdasarkan pemantauan aras air Lembangan Sungai Perlis pada 23 November 2025 jam 8.00 pagi, dimaklumkan bahawa empat (4) lokasi telah direkodkan berada pada paras bahaya, seperti berikut:
Sungai Jarum di Kg. Masjid
Paras air: 34.23 meter
Status: Menunjukkan peningkatan yang ketara.
Empangan Timah Tasoh
Paras air: 30.72 meter
Status: Berada pada tahap bahaya.
Sungai Chuchuh @ Kampung Chantek
Paras air: 39.42 meter
Status: Berada pada tahap bahaya.
Sungai Arau
Paras air: 6.23 meter
Status: Berada pada tahap bahaya.
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Perlis sentiasa menjalankan pemantauan rapi terhadap aras air di seluruh Lembangan Sungai Perlis. Orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih bagi mengelakkan kekeliruan dan kegusaran awam.
Untuk mendapatkan maklumat rasmi, sahih dan terkini, sila rujuk:
-Portal Rasmi JPS Perlis (Informasi Terkini)
-Laman Facebook Rasmi JPS Perlis
Sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui saluran rasmi JPS.
Kredit : Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia - JPS
Banyak kawasan Banjir semoga semua dilindungi selalu.
Jom Pakat Ramai-Ramai Membantu.
25/11/2024
Tahniah Kepada Semua lantikan Baru Barisan Exco Kerajaan Negeri Perlis.
Semoga Terus berkhidmat dengan penuh tangungjawab Dan amanah demi Pembangunan Negeri Perlis yang tercinta ini. TAHNIAH ๐
18/11/2024
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
Hampa Kami Mai Sambut Annyversary di Kangarโฆ 1st Fenomena Food Fest di Kangar Perliss Ingat lagi dakโฆ Kali ni Hampa BIGFOOD bawak Ramai Influencer Yang terkenal Untuk hampaโฆ Kami Bawa P**a 70 vendor Dari seluruh Malaysia mai Perlis.
๐Dataran Dato Sheikh Ahmad Kangar Perlis
๐
21-24 Nov 2024
โฐ11am-12am
Jangan lupa Bawak family hampa banyak Aktivty2 yang kami bawakkan kali ni..
31/08/2024
๐๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ญ ๐๐๐ง๐ฒ๐๐ฆ๐๐ฎ๐ญ ๐๐๐ซ๐ข ๐๐๐๐๐ง๐ ๐ฌ๐๐๐ง.
Tanggal keramat, 31 Ogos 2024 hari ini, bersama kita semarakkan semangat kemerdekaan dengan terus melangkah maju, bersatu dalam kepelbagaian, dan merasa bangga menjadi anak Malaysia.
Photo Kredit : Jabatan Penerangan Malaysia
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Anak
Perlis
01000