HALUAN Perlis
HALUAN - Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia merupakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada tahun 1988
07/12/2025
6 Disember 2025, Beseri. PERLIS β Dalam suasana pasca banjir yang masih suram, seramai 48 orang relawan daripada HALUAN Malaysia cawangan Perlis, Kedah dan Pulau Pinang turun ke lapangan dengan penuh tekad dan rasa tanggungjawab. Mereka dibahagikan kepada tiga pasukan bagi memastikan bantuan dapat disampaikan secara menyeluruh.
Pasukan Satu mengedarkan barangan keperluan asas kepada penduduk di Kampung Tasoh, membantu keluarga yang masih bergelut memulihkan hidup selepas banjir. Pasukan Dua p**a bertungkus-lumus melakukan pembersihan di Pusat Kokurikulum Kaki Bukit, mengalihkan peralatan rosak dan membersihkan selut yang menebal. Pada masa yang sama, Pasukan Tiga meneruskan khidmat di Sekolah Tengku Budriah, Arau memastikan ruang pembelajaran anak-anak dapat dipulihkan secepat mungkin.
Di kedua-dua lokasi, keadaan masih memerlukan bantuan orang ramai, khususnya tenaga pembersihan kerana banyak aset musnah dan kawasan yang sangat kotor. HALUAN Perlis terus mengharap sokongan tenaga dan sumbangan kewangan agar usaha ini dapat diteruskan.
04/12/2025
SERUAN MISI RAKYAT | MISI BANJIR PERLIS
π Sabtu | 6 Disember 2025
π 8.00 pagi (berkumpul & taklimat)
Lokasi Misi:
π Pusat Kokurikulum, Kaki Bukit
π SK Tengku Budriah, Arau
π Mohon bawa bersama:
- Peralatan mencuci (baldi, berus, mop dll)
- Sarung tangan getah
- Pakaian sesuai & kasut getah
π€ Pendaftaran Relawan: daftar disini: https://forms.gle/orniMv5RYLgPK37r7
atau hubungi π€ Taqi: 60135697987 / π© Kak Bah: 60139543732
Ayuh sahut seruan misi ini!
Ringankan beban mangsa, ringankan hisab kita.
βDan Allah sentiasa membantu hamba-Nya selagi hamba itu membantu saudaranya.β (HR Muslim)
27/11/2025
Banjir di Perlis telah memberi impak signifikan kepada ribuan isi rumah.
HALUAN Perlis sedang menggerakkan tenaga sukarelawan untuk menyediakan bantuan segera merangkumi keperluan asas, sokongan logistik dan pemulihan pasca banjir.
Kami mengalu-alukan sumbangan daripada orang ramai bagi memastikan operasi bantuan berjalan lancar dan berterusan.
Setiap sumbangan anda menyokong tindakan pantas di lapangan β makanan, kit kebersihan, pembersihan rumah serta bantuan kecemasan.
Bersama kita pulihkan Perlis.
Sedikit daripada anda, besar maknanya untuk mereka.
π Salurkan Sumbangan Anda
RHB Bank
25901800007086
Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN)
Kod rujukan: Perlis Prihatin Banjir
Atau imbas DuitNow QR dalam poster.
26/11/2025
Terkini!
Berita Operasi Bilik Gerakan Banjir HALUAN Perlis
(26 Nov 2025)
Bilik Gerakan Banjir HALUAN Perlis kini giat menguruskan proses pembungkusan barang keperluan asas untuk disalurkan kepada mangsa banjir. Antara barangan yang sedang dipacking termasuk beras, minyak masak, gula, garam, makanan segera, air mineral, lampin pakai buang, ubat-ubatan ringan serta kelengkapan kebersihan diri. Semua sukarelawan berganding bahu memastikan bantuan sampai tepat pada waktunya demi meringankan beban mangsa yang terjejas.
Kami menyeru orang ramai untuk turut serta menyumbang barangan asas atau wang tunai bagi mengukuhkan usaha bantuan ini. Setiap sumbangan anda amat bermakna.
21/08/2025
π CINCIN DI JARI, AIR MATA DI P**I...
Bila lafaz cerai bukan lagi mimpi,
Bila jiwa resah, hati luka sendiri...
Jangan tanggung seorang diri.
π Sertai Bicara Fiqh Wanita
πΌ Topik: Cincin di Jari, Air Mata di P**i
ποΈ Sabtu | 23 Ogos 2025
π 8.45 pagi β 12.30 tengah hari
π Masjid Darul Ibadah, Padang Behor
ποΈ Bersama:
πΈ Puan Raudzah Binti Noh @ Mat Rejab
(Peguam Syarie & Perunding Keluarga Islam)
πΈ Ustazah Mariyah Binti Ishak (Moderator)
(Pensyarah Fakulti Pengajian Islam KUIPs)
β¨ Khas untuk anda:
π½οΈ Sarapan & makan tengah hari disediakan
π Cabutan bertuah
π§πΌ Program kanak-kanak (5β12 tahun)
π Percuma & terbuka untuk semua wanita
π² Daftar sekarang! Imbas QR atau klik link π https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSciBgSOpauzuBXYIL1K5SiyhoYj8YuIEAk3r1Wxy80J55_Jhw/viewform
Sebarang pertanyaan blh hubungi Puan Ijmal : 019 4498109
βSeandainya penceraian merisaukanmu, jadikan ilmu pelindungmu.β
Jangan biar duka jadi penghalang, biar ilmu jadi penyuluh terang. π‘
Ayuh ke Himpunan Malaysia Bangkit Untuk Gaza pada 9 Ogos di Dataran Merdeka
Humanity 4G
22/07/2025
π JOM SERTAI KONVOI SOLIDARITI NASIONAL UNTUK GAZA!π
MALAYSIA RISE FOR GAZA β KITA BERGERAK, KITA BERSUARA!
Rakyat Perlis, inilah masanya untuk kita tunjukkan dengup jantung yang sebenar buat Palestin . Sertai Konvoi Malaysia Rise for Gaza (MR4G) β Himpunan Sejuta Solidariti Nasional di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada Sabtu, 9 Ogos 2025.
Dengan hanya RM75 , anda akan dibawa secara berkump**an dari Kangar, Perlis ke ibu negara, lengkap dengan:
β
Pengangkutan bas ekspres (pergi & balik)
β
Jersi himpunan eksklusif (Tajaan)
β
Solat Subuh & rehat di Masjid Negara
β
Peluang menjadi sebahagian daripada suara keadilan global
π 80 tempat sahaja disediakan (2 bas penuh). DAFTAR SEKARANG sebelum kehabisan!
β€οΈ TIADA KESEDARAN TANPA TINDAKAN. TIADA PERUBAHAN TANPA ANDA.
Tidak dapat menyertai secara fizikal? Anda masih boleh membantu mereka yang ingin pergi !
Setiap sumbangan anda membawa seorang rakyat Perlis ke Dataran Merdeka untuk bersuara bagi Gaza.
Sumbang RM10,RM50, RM100, atau seberapa mampu β setiap sen membina impak!
πΉ Bas sudah ditempah
πΉ Tiket hampir penuh
πΉ Tapi kami perlukan bantuan anda untuk pastikan semua peserta sampai dengan selamat dan bersatu!
π€ SIAPA YANG MENYOKONG?
Anjuran bersama:
Malaysia Cawangan Perlis
Belia Bakti Kampung Tunjung (KEBAKAT)
Turut disokong oleh pelajar IPT, NGO, dan komuniti prihatin di seluruh Perlis.
π»Sila Join WhatsApp grup ini jika berminat menyertai konvoi MR4G dari Perlis
https://chat.whatsapp.com/DLoVn9iPcv16xpljw0OMdz
π Sumbangan (Seberapa mampu):
Bantu biayai jersi, makanan, dan perjalanan peserta kurang berkemampuan.
RHB Bank: Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi
Pendidikan Malaysia Haluan
2590-1800-0070-86
Rujukan: MR4G/NAMA
πΈ Ikuti perkembangan:
β BERSAMA, KITA TUNJUKKAN BAHAWA SUARA MALAYSIA TIDAK AKAN DIDIAMKAN!
Dari utara ke selatan, dari masjid ke medan perjuangan β Perlis bangkit untuk Gaza.
Daftar. Sumbang. Sebarkan.
Kerana setiap langkah kita adalah doa yang bergerak.
π
Tarikh: 9 Ogos 2025
π Titik Berkumpul: Masjid Alwi, Kangar
β° Masa: 7.00 malam (8 Ogos) β Bertolak ke KL
π Hubungi: Muhd Ridha (6011-20593619) | Nurhanim (6011-35755767)
Click here to claim your Sponsored Listing.
Contact the organization
Website
Address
Tingkat 1, Bangunan Farmasi Ikhtiar, Taman Sena Indah
Perlis
01000