Bangsa Perlis
Berita | Informasi Terkini | Pelancongan
18/05/2025
Makluman :
Zainuddin bin Abdul Khalid, Bapa Mertua Brother Zamri Vinoth baru sahaja meninggal dunia. Jenazah berada di rumah Utan Aji. Sesiapa yang berkelapangan boleh datang solat jenazah di masjid Al-Furqan.
05/05/2025
"Walaupun ramai yang tidak bersetuju dengan pemasangan Sn**ch P, kita tidak seharusnya menerapkan budaya vandalisme. Tindakan sebegini merupakan satu kesalahan jenayah dan mencerminkan unsur khianat.
13/01/2025
Perlis International Sunnah Convention (PISC) 2025: Quran Divine Guardiance
Perlis International Sunnah Convention (PISC) 2025 bakal melakar sejarah sebagai sebuah platform antarabangsa untuk menyemarakkan kefahaman tentang Islam dan Al-Quran. Acara ini akan berlangsung dari 24 hingga 27 Januari 2025 di Dewan 2020, Kangar, Perlis.
Bertemakan โQuran: Divine Guardianceโ atau โAl-Quran: Hidayah Ilahiโ, konvensyen ini menghimpunkan tokoh-tokoh ulama dan sarjana Islam terkenal dari seluruh dunia. Antara nama besar yang dijadualkan hadir ialah Dr. Zakir Naik (India), Sheikh Shady Alsuleiman (Australia), Dr. Muhammad Salah (Mesir), Sheikh Abdur Raheem Green (United Kingdom), Dr. Ahmed Saifuddin dan Sheikh Assim Al-Hakeem (Arab Saudi). Turut menyertai ialah Dr. Omar Suleiman, Dr. Waleed Basyouni, Sheikh Yusuf Estes (Amerika Syarikat), serta Dr. Bilal Philips (Kanada), bersama ramai lagi ilmuwan Islam yang disegani, termasuk dari nusantara.
PISC 2025 dianjurkan oleh Jabatan M***i Negeri Perlis dengan sokongan penuh daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sebagai penaja utama. Penaja bersama termasuk Dakwah Corner, The Straight Path Convention, dan Merdeka Times.
Konvensyen ini dijangka menarik kehadiran lebih 10,000 peserta dari dalam dan luar negara, menjadikannya platform unik untuk mengupas pelbagai isu kontemporari melalui perspektif Islam. Para peserta akan berpeluang menimba ilmu daripada pakar-pakar yang diiktiraf, memperkukuh ukhuwah Islamiah, dan mendalami mesej suci Al-Quran sebagai panduan kehidupan.
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada acara penuh berkat ini! Sertai PISC 2025 dan raikan kebijaksanaan Islam dalam sebuah perhimpunan bertaraf antarabangsa.
Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila hubungi penganjur atau layari laman rasmi PISC 2025.
Jom Like,Share & Follow Page Bangsa Perlis
2025
Share sat Tempat-Tempat Menarik di Perlis.
15/11/2024
๐ ๐ฎ๐ท๐น๐ถ๐ ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐๐บ๐ถ๐ฎ๐ป ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐๐ถ๐ฑ๐ฎ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐ ๐ฎ๐ท๐น๐ถ๐ ๐๐น๐บ๐๐ฎ๐ป ๐ก๐๐๐ฎ๐ป๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ ๐๐ฎ๐น๐ถ ๐๐ฒ๐ฑ๐๐ฎ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฐ ๐๐ถ๐ฟ๐ฎ๐๐บ๐ถ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ผ๐น๐ฒ๐ต ๐ง๐๐ฎ๐ป๐ธ๐ ๐ฅ๐ฎ๐ท๐ฎ ๐ ๐๐ฑ๐ฎ ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐น๐ถ๐
Kangar, 14 November 2024 - Majlis Perasmian Persidangan Majlis Ilmuan Nusantara Kali Kedua bagi tahun 2024 telah berlangsung dan dirasmikan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis. Persidangan yang diadakan di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis ini menghimpunkan kira-kira 30 ilmuwan dari beberapa negara Nusantara termasuk Malaysia, Thailand, Indonesia, Vietnam, dan Kemboja.
M***i Perlis, Prof. Dato' Arif Perkasa Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, persidangan dua hari ini bertujuan mengupas peranan adat dalam masyarakat, termasuk aspek seni, pakaian, dan hiburan, serta memastikan elemen-elemen ini tidak bercanggah dengan ajaran agama.
Dalam titah perasmian, Tuanku Raja Muda Perlis menekankan kepentingan untuk membahaskan keseimbangan antara prinsip agama dan adat budaya dalam kalangan masyarakat.
Baginda turut berkenan melancarkan Laman Web Rasmi Majlis Ilmuwan Nusantara, yang akan menjadi platform untuk perkongsian maklumat berkaitan isu keagamaan dan kebudayaan di rantau Nusantara.
Persidangan ini merupakan kali kedua selepas kejayaan persidangan pertama pada Februari lalu. Majlis turut dihadiri oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Exco Agama, dan tetamu kehormat.
Jom Like,Share & Follow Page Bangsa Perlis
KUIPs,
Apa yang best di KUIPs ? Cuba share kat admin.
13/11/2024
๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐น๐ถ๐ ๐ฆ๐ฎ๐บ๐ฏ๐๐ ๐๐ฒ๐๐ถ๐ฏ๐ฎ๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐น๐ฒ๐ด๐ฎ๐๐ถ ๐ก๐๐๐ฎ๐ป๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ: ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐๐ถ๐ฑ๐ฎ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐ ๐ฎ๐ท๐น๐ถ๐ ๐๐น๐บ๐๐ฎ๐ป ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฐ ๐ฅ๐ฎ๐ถ ๐๐ฒ๐ฐ๐ฒ๐บ๐ฒ๐ฟ๐น๐ฎ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐๐น๐บ๐ ๐ฆ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ป๐๐ฎ๐.
KANGAR, 13 November 2024 โ Persidangan Majlis Ilmuwan Nusantara Kali Kedua tahun ini yang membawa tema "Imbangan Antara Adat dan Agama telah pun membuka tirainya hari ini di Negeri Perlis. Persidangan ini akan berlangsung selama tiga hari, bermula 13 hingga 15 November 2024, di Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis ini akan menjadi wadah penting bagi para ilmuwan dan cendekiawan dari rantau Nusantara untuk berkongsi pandangan dan merungkai isu-isu berkaitan keseimbangan antara adat budaya dan agama dalam masyarakat serantau.
Delegasi yang hadir dalam persidangan kali ini terdiri daripada para peserta dari beberapa negara di rantau Nusantara, iaitu Indonesia, Vietnam, Kemboja, dan Thailand. Ketibaan mereka ke Perlis disambut meriah dengan majlis sambutan rasmi yang melambangkan semangat ukhuwah dan persahabatan antara negara-negara jiran.
Persidangan ini dijangka akan memaparkan pelbagai sesi pembentangan, perbincangan panel, dan bengkel, dengan tujuan merungkai cabaran serta peluang dalam memelihara adat yang diwarisi sambil menjaga kesucian dan ketulusan ajaran agama. Topik perbincangan meliputi pelbagai aspek seperti pengaruh adat terhadap agama, isu-isu semasa dalam masyarakat, dan peranan adat dalam membentuk identiti Nusantara yang unik.
Persidangan Majlis Ilmuwan Nusantara Kali Kedua ini bukan sahaja memperkukuh hubungan diplomatik antara negara-negara Nusantara, tetapi juga menjadi platform penting untuk bertukar pandangan dalam usaha membentuk masyarakat yang lebih harmoni dan berwawasan.
๐๐๐ง๐จ๐๐๐๐ฃ๐๐๐ฃ ๐๐ฃ๐ ๐ข๐๐ง๐ช๐ฅ๐๐ ๐๐ฃ ๐ ๐๐ก๐ ๐ ๐๐๐ช๐ ๐ฅ๐๐ฃ๐๐๐ฃ๐๐ช๐ง๐๐ฃ๐ฃ๐ฎ๐, ๐จ๐๐ฉ๐๐ก๐๐ ๐ฅ๐๐ฃ๐๐๐ฃ๐๐ช๐ง๐๐ฃ ๐ฅ๐๐ง๐ฉ๐๐ข๐ ๐ฎ๐๐ฃ๐ ๐๐๐ง๐๐๐ฎ๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐ฃ ๐ฅ๐๐๐ ๐๐๐๐ง๐ช๐๐ง๐ ๐ก๐๐ก๐ช
Jom Like,Share & Follow Page Bangsa Perlis
06/09/2024
Jom Healing Di Perlis
Program perkhemahan sunnah yang lepas,kami telah mendapat permintaan ramai daripada kaum muslimah. Oleh hal yang sedemikian, InsyaAllah program ini akan diadakan khas untuk muslimah. Nantikan info selanjutnya.
18/08/2024
Sesi Campfire bersama Sahibus Samahah M***i Perlis
15/08/2024
MasyaAllah! Indah sungguh panorama di kawasan tapak Perkhemahan Sunnah Perlis. Jumpa di sana
14/08/2024
Tanya ja "Orang Perlis panggil ni Masjid apa?"
Sumber ๐ฝ๏ธ
Jom Like,Share & Follow Page Bangsa Perlis
.
09/08/2024
Jom Sertai Perkhemahan Sunnah Perlis
Ini merupakan program pengisian kerohanian yang berkonsepkan perkhemahan bersama puluhan asatizah. Penyertaan adalah PERCUMA & makan minum turut disediakan.
Program ini akan berlangsung pada:
Tarikh : 16-18 Ogos 2024
Hari: Jumaat-Ahad
Tempat: Hujan-Hujan Campsite, Gua Kelam, Perlis
Ayuh daftar sekarang dengan mengimbas kod QR atau ke link di ruang komen. Tempat adalah TERHAD
*Terma & syarat dinyatakan di dalam link pendaftaran.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Perlis
01000