Az-zahra
Welfare
18/01/2026
Mesyuarat Kali Pertama Ahli Jawatankuasa Az-Zahra 2026
Alhamdulillah, mesyuarat kali pertama Ahli Jawatankuasa Az-Zahra bagi tahun 2026 telah berlangsung dengan lancar.
Insya-Allah, Az-Zahra akan terus bergerak maju dan berganding bahu dalam usaha memperkukuhkan persatuan serta melaksanakan program-program yang telah dirancang, selaras dengan visi dan misi Az-Zahra.
Butiran Mesyuarat:
📅 Tarikh: 18 Januari 2026
📍 Tempat: Bilik Mesyuarat Yayasan Pok dan Kasim,
Pangkalan Assam, Kangar, Perlis
Semoga segala perancangan dan usaha yang digerakkan mendapat keberkatan serta dipermudahkan oleh Allah SWT.
11/12/2025
🌸 ZIARAH KASIH AZZAHRA — DUN SANTAN 🌸
Tarikh: 10 Disember 2025 (Rabu)
Masa: 5.00 petang
Tempat Berkumpul: PKWR DUN Santan
Alhamdulillah, jazakumullahu khairan ,
Ziarah Kasih DUN Santan.
Semoga setiap langkah, senyuman dan bantuan kecil yang diberikan menjadi saham kebaikan buat kita di akhirat nanti.
Aamiin Ya Mujib 🤲✨
30/11/2025
🌧️ Alhamdulillah
📅 30 November 2025
Team Azzahra bersama Team Khidmat Malaysia turun padang bertungkus-lumus membantu mangsa banjir —
🏡 Membersihkan rumah yang terjejas
🎒 Mengedarkan bantuan keperluan
Menyediakan makanan
Semoga segala usaha kecil ini menjadi asbab keringanan dan kekuatan buat semua mangsa. 🤲✨
22/11/2025
🌷 Alhamdulillah
Aktiviti Street Dakwah di Padang Besar Street telah berjalan dengan sangat lancar, penuh senyuman dan semangat ukhuwah.
🤍 Kita bersama-sama menyebarkan mesej kebaikan, menegur dengan senyuman, serta menyebarkan aura keindahan Islam kepada masyarakat.
📅 Tarikh: 22 November 2025
📍 Tempat: Padang Besar Street
⏰ Masa: 10.30 pagi – 1.30 tengah hari
Terima kasih atas sokongan semua sahabat yang hadir dan membantu menjayakan program ini.
Moga setiap langkah dan usaha kita menjadi asbab hidayah buat insan-insan di sekeliling 🌿
“Sesungguhnya sebaik-baik manusia ialah yang paling bermanfaat kepada orang lain.”
(HR. Ahmad)
28/10/2025
🌹 ZIARAH KASIH AZ ZAHRA DI DUN BESERI
📅 Tarikh: 28 Oktober 2025 (Selasa)
⏰ Masa: 9.00 pagi
📍 Tempat: Sekitar DUN Beseri
✨ Program Ziarah Kasih Az Zahra diteruskan dengan penuh kasih dan keprihatinan buat masyarakat sekitar DUN Beseri. Semoga usaha ini menjadi asbab kebaikan dan rahmat buat semua. 🌸
06/10/2025
📅 02 Oktober 2025 (khamis)
🤝 Program “Ziarah Kasih” Az Zahra (Isteri Wakil Rakyat Perlis)
📍 DUN Sena
💐 Bersama YB Datin Marzita Binti Mansor
Program “Ziarah Kasih” anjuran Az Zahra yang dianggotai oleh isteri wakil rakyat negeri Perlis telah diadakan di kawasan DUN Sena.
Program ini disertai oleh YB Datin Marzita Binti Mansor yang turut menziarahi beberapa keluarga terpilih bagi menyantuni masyarakat setempat melalui pendekatan kasih sayang dan keprihatinan.
Tujuan utama program ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara pemimpin dan masyarakat di peringkat akar umbi, di samping menyampaikan sumbangan sebagai tanda keprihatinan terhadap golongan yang memerlukan.
29/09/2025
28 Oktober 2025
🌸 Usrah Azzahra Siri ke-7 🌸
Bersama Ustazah Maznah Mat
Mengupas tajuk:
“Kewajipan Mentaati Penguasa/Pemimpin”
📖 Semoga majlis ilmu ini memberi manfaat, menambah kefahaman dan meningkatkan ketaatan kita kepada Allah SWT.
📌 Mesyuarat Azzahra
Semoga segala agenda yang dibincangkan dapat dilaksanakan dengan baik serta dipermudahkan oleh Allah SWT.
12/09/2025
Program Seed of Knowledge
“Misi Membawa Keluarga ke Syurga”
Bersama Ustazah Asma’ Harun
• Tarikh: 11 September 2023
• Tempat: Dewan Warisan, Kangar, Perlis
• Penceramah: Ustazah Asma’ Harun
Pertubuhan Azzahra telah dijemput menghadiri Program Seed of Knowledge bertemakan “Misi Membawa Keluarga ke Syurga” yang berlangsung di Dewan Warisan Kangar, Perlis. Program ini menampilkan pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun, yang menyampaikan tazkirah penuh pengisian berkaitan pembinaan keluarga sakinah, mawaddah dan rahmah menurut syariat Islam.
Impak & Pengajaran
1. Menyedarkan para hadirin tentang pentingnya institusi keluarga dalam membentuk masyarakat yang beriman.
2. Memberi panduan bagaimana ibu bapa boleh memainkan peranan mendidik anak-anak dengan acuan agama.
3. Mengukuhkan semangat untuk terus menghadiri majlis ilmu yang dianggap sebagai “taman syurga”.
Pertubuhan Azzahra amat berbesar hati atas jemputan ke majlis ilmu ini. Semoga penganjuran sebegini dapat diteruskan bagi memperkukuhkan ukhuwah serta menambah ilmu sebagai bekalan menuju reda Allah SWT.
“Majlis ilmu adalah taman syurga.”
07/08/2025
PROGRAM ZIARAH KASIH AZ-ZAHRA
DUN TAMBUN TULANG
Tarikh: 7 Ogos 2025 (Khamis)
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Tambun Tulang
Program Ziarah Kasih Az-Zahra merupakan satu inisiatif kebajikan dan kemasyarakatan yang bertujuan untuk menyantuni serta menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan, khususnya warga emas, ibu tunggal, pesakit kronik dan keluarga kurang berkemampuan.
Program ini diadakan secara berkala dengan kerjasama sukarelawan Az-Zahra dan komuniti setempat.
02/08/2025
Alhamdulillah
01 Ogos 2025 (Jumaat)
Terima kasih diucapkan kepada Kraftangan Malaysia dan Kraftangan Perlis atas jemputan kepada Az-Zahra untuk melawat:
🌸 FESTIVAL KRAF UTARA (FKU) 2025
📅 24 Julai – 4 Ogos 2025
🕙 10.00 pagi – 10.00 malam
📍 Kraftangan Malaysia Cawangan Perlis
Festival Kraf Utara 2025 menjanjikan pelbagai aktiviti menarik seperti:
✅ Padanan Perniagaan
✅ Jualan Kraf Usahawan & Komuniti Kraf Utara
✅ Pameran Kraf & Pameran Institut Kraf Negara (IKN)
✅ Demonstrasi Kraf & Masakan
✅ Aktiviti Interaktif: Fun Craft, Cakna Kraf, Ekspresi Kraf dan banyak lagi.
Jom pakat mai! Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama memeriahkan FKU 2025! 🎉
“INI KRAF MALAYSIA” 🇲🇾
Terima kasih kepada Puan Suzaina diatas layanan yang diberikan semasa lawatan Az-Zahra kesana🥰😍
06/07/2025
USRAH AZZAHRA Siri ke-6
📅 6 Julai 2025M / 10 Muharram 1447H
🏡 Kediaman Puan Rafidah Ramli
Alhamdulillah, Usrah Azzahra kali ini membawa pengisian yang sangat bermakna dengan mengupas Tafsir Surah Al-Asr, menyentuh peringatan Allah SWT tentang kepentingan masa. Masa adalah nikmat yang tidak mungkin berulang kembali – rugilah sesiapa yang mensia-siakannya.
Rasulullah SAW juga pernah bersabda mengenai dua nikmat yang sering dilalaikan oleh manusia:
1. Nikmat kesihatan
2. Nikmat waktu lapang
Manfaatkanlah kedua-duanya sebelum ia hilang dari genggaman kita. Semoga kita termasuk dalam golongan yang menghargai masa dan menggunakannya untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
No 26 Jalan Singgahsana 5
Perlis
02100