Tb.Awareness11
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Tb.Awareness11, Health & Wellness Website, Sg. Chuchuh, Arau, Jalan Wang Ulu, Kangar, Perlis.
Assalamualaikum dan salam sejahtera , merupakan sekumpulan mahasiswa dari Unimap yang telah diberikan tugasan untuk menyebarkan kesedaran tentang penyakit Tuberkolosis
Page ig - @tb.aware.unimap
02/01/2021
Hilang selera makan juga merupakan tanda-tanda awal menghidapi penyakit Tuberkolosis.
Kehilangan selera makan merupakan satu perkara yang amat merisaukan dan tidak boleh dipandang remeh. Apabila pesakit Tuberkolosis tidak mengamalkan pemakanan yang betul dan tidak makan secukupnya, ianya boleh menyebabkan daya tubuh badan pesakit lemah.
Hal ni sekaligus, akan memburukkan lagi keadaan pesakit dan menyebabkan keadaan kesihatannya kian merosot dengan lebih teruk.
01/01/2021
Adakah anda tahu bahawa berpeluh pada waktu malam merupakan simptom menghidapi Tuberkolosis ?
Berpeluh pada waktu malam seringkali dianggap sebagai perkara normal ketika tidur dan ketidakselesaan ini seringkali dipandang remeh.
Namun, tanpa disedari ianya merupakan tanda-tanda awal seseorang individu menghidapi penyakit merbahaya iaitu Tuberkolosis.
29/12/2020
Adakah anda menghadapi masalah kahak berdarah dan demam yang berterusan,mungkin anda menghidapi penyakit tb dan anda perlu segara mengkunjungi doktor untuk mendapat rawatan yang sepatutnya...
28/12/2020
Badan lemah juga merupakan Simptom Tuberkulosis.Ia bukan membawa maksud rasa mengantuk ataupun rasa pening kepala.
Apabila anda merasakan badan anda lemah, anda tidak mempunyai motivasi dan tenaga untuk melakukan sesuatu pekerjaan.
?
28/12/2020
Tahukah anda susut berat badan merupakan antara simptom anda menghidap penyakit TB.
Penurunan berat badan yang tidak dirancang atau secara mendadak boleh menjadi sesuatu yang merisaukan. Ia mungkin memberi tanda tentang keadaan yang mungkin anda alami.
?
26/12/2020
Penyakit TB dapat dibahagikan kepada dua jenis utama iaitu TB Pulmonari dan TB Ekstrapulmonari. TB Pulmonari berlaku apabila kuman TB menyerang paru-paru, dan jenis ini dianggarkan merangkumi 90% daripada kes-kes TB. Dalam kes TB Ekstrapulmonari p**a, kuman TB menyerang organ-organ lain seperti kulit, nodul limfa, tulang belakang, kalenjar adrenal atau otak.
24/12/2020
APA ?! TUBERKOLOSIS TULANG BELAKANG ? BIAR BETUL ?!
Tuberkolosis bukan sahaja terhad pada paru-paru. Di luar pengetahuan masyarakat, tempat yang paling kerap dijangkiti selepas paru-paru ialah tulang belakang. Ia boleh menyebabkan kemusnahan tulang belakang, sakit belakang yang kronik malah boleh melumpuhkan pesakit.
Antara simptom Tuberkolosis Tulang ialah:
•Sakit atau tidak selesa pada mana-mana bahagian tulang belakang.
•Demam.
•Berpeluh-peluh pada waktu malam
•Hilang selera makan.
•Kebas tangan atau kaki atau kedua-duanya.
•Lemah atau hilang kekuatan tangan atau kaki atau kedua-duanya.
√ Sekiranya pesakit lambat mendapatkan rawatan, tulang pesakit boleh 'dimakan' oleh kuman yang menyebabkan pesakit kelihatan membongkok ke depan dan terjadinya benjolan keras.
23/12/2020
Tahukah anda,
Meningitis TB, Ketika Bakteri Menginfeksi Membran Selaput Otak. Salah satu penyakit yang menular dan kerap menyerang paru-paru adalah tuberculosis (TB) yang disebabkan oleh bakteri Mycobacterium tuberculosis. Terkadang, bakteri ini bisa menyerang meninges, membran tipis yang melindungi otak dan saraf tulang belakang.
22/12/2020
Apa itu Tuberkulosis Usus?
Tuberkulosis adalah jangkitan bakteria disebabkan oleh Mycobacterium Tuberculosis. Kebiasaannya bakteria ini menjangkiti paru-paru, namun kadang kala ia boleh menjangkiti nodus limfa dan organ lain seperti usus.
Apakah kebarangkalian Tuberkulosis Usus?
Tuberkulosis usus biasa berlaku terutamanya di negara-negara membangun. Ia boleh terjadi pada sesiapa sahaja tanpa mengira umur. Walau bagaimanapun Ia dapat diatasi dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berjumpa doktor anda untuk maklumat lanjut.
Simptom-simptom
Apakah simptom-simptom Tuberkulosis Usus?
-Sakit abdomen secara menyeluruh atau setempat
-Hilang berat badan
-Peluh pada waktu malam
-Demam
-Muntah
-Lemah
-Cirit birit (terutamanya jika anda mengalami ulser)
-Sembelit
-Rektum berdarah
21/12/2020
Rupanya simptom-simptom Tibi Tulang ni lain ya dari Tb paru-paru iaitu:
-Kesakitan belakang kronik
-Bengkak yang menyakitkan
-Ketegangan pada sendi
-Bisul
Dalam kes-kes lanjut Tibi Tulang, simptom yang muncul adalah seperti:
-Gangguan neurologi
-Lumpuh
-Pemendekan anggota tangan dan kaki
-Kecacatan pada struktur tulang
21/12/2020
TB PUN BOLEH JANGKIT TULANG?
Tibi Tulang boleh menjejaskan mana-mana tulang dalam badan. Keadaan ini terjadi apabila Tuberkulosis yang memberi kesan kepada paru-paru tersebar ke bahagian badan lain melalui darah daripada paru-paru dan nodus limfa. Walaupun ia jarang berlaku, risikonya akan meningkat akibat AIDS yang meluas seperti yang berlaku di negara India dan negara-negara membangun yang lain.
Berikut merupakan dua langkah pencegahan penyakit Tuberkolosis yang akan diterangkan oleh saudari Ainaa secara ringkas.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Address
Perlis
01000