Ustaz Azizul Mokhtar
Ust Azizul Mokhtar merupakan penceramah motivasi untuk organisasi, anak-anak Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah hubungi 019-4191053. Hubungi 019-4191053
UAM juga ada kendalikan program seperti kem motivasi dan pelbagai kursus.
25/02/2026
Alhamdulillah,
tahniah kepada semua calon UPKK 2025 atas keputusan yang diperoleh. š
Hari ini adalah hasil daripada doa ibu bapa, bimbingan guru, dan kesungguhan kalian sendiri.
Jangan berhenti di sini jadikan kejayaan ini sebagai langkah awal untuk terus mendalami ilmu al-Quran dan agama.
Ingat, kejayaan sebenar bukan hanya cemerlang dalam peperiksaan, tetapi cemerlang dalam akhlak dan amal.
Teruskan menjadi anak soleh dan solehah yang membanggakan keluarga dan ummah. š
Dari UAM
Padu ⢠Versatile ⢠Semasa
12/02/2026
Orang sibuk belum tentu berkembang.
Ada orang jadual dia padat.
Tapi hidup dia statik.
Ada orang nampak biasa.
Tapi langkah dia konsisten.
UAM dah belajar satu benda.
Fokus lebih penting daripada tak fokus.
Kalau kita nak naik,
kita kena jelas arah.
Bukan sekadar penat,
tapi penat yang berbuah.
10/02/2026
4 Tahun Lepas⦠Kita Dah Buat.
Dengan FINAS.
Orang nampak gambar biasa.
Tapi kalau telitiā¦
Itu bukan sekadar ziarah masjid.
Itu bukan sekadar rakaman.
Itu bukti satu perkara
Allah bagi kita banyak bakat, cuma kita kena berani guna.
Dalam satu program ni sahaja:
⢠Ustaz sebagai penceramah
⢠Ustaz sebagai penggerak jaringan masjid
⢠Ustaz sebagai hos konten
⢠Ustaz sebagai orang belakang tabir
⢠Ustaz sebagai pemikir konsep āAl-Quran dan Alamā
Bukan semua orang boleh berdiri depan kamera.
Bukan semua orang boleh urus orang.
Bukan semua orang boleh bina hubungan dengan imam dan AJK masjid.
Tapi kita buat.
Dan kita buat dari dulu lagi.
Kadang kita lupaā¦
Allah tak bagi kita satu bakat sahaja.
Ada orang petah bercakap.
Ada orang pandai menulis.
Ada orang pandai susun strategi.
Ada orang ada aura di hadapan kamera.
Kalau semua tu ada dalam diri kita
itu bukan kebetulan.
Itu amanah.
Dan hari ini bila kita tengok balik memori lama,
rupanya Allah dah latih kita lama dah.
Cuma sekarang pentasnya lebih besar.
Doakan supaya semua bakat ni terus jadi jalan dakwah.
Bukan untuk nama.
Tapi untuk makna.
10/02/2026
Orang selalu tanyaā¦
āMacam mana nak upgrade hidup?ā
Jawapan dia bukan tunggu kaya.
Bukan tunggu sempurna.
Bukan tunggu orang nampak usaha kita.
Tapi kita mula dengan disiplin yang orang tak nampak.
Kalau kita nak hidup berubah, kita buat yang ni dulu:
1. Kita jaga makan.
Perut rosak, emosi pun ikut rosak.
2. Kita bangun awal.
Orang berjaya tak guna sisa masa.
3. Kita jalan kaki pagi.
Sekurang-kurangnya kita sedar⦠kita masih diberi nyawa.
4. Kita angkat beban.
Biar badan kuat.
Biar mental tak lembik.
5. Kita kurangkan bercakap benda tak perlu.
Tenaga itu mahal.
6. Kita lebihkan mendengar.
Orang matang tak sibuk jadi paling betul.
7. Kita tidur awal.
Jangan gadai kesihatan untuk perkara tak penting.
8. Kita jaga keluarga selagi ada.
Jangan tunggu kehilangan baru nak rasa rindu.
9. Kita jaga fikiran.
Fikiran itu doa yang kita ulang setiap hari.
Dan paling pentingā¦
Hidup kita, tanggungjawab kita.
Allah beri kita 24 jam sehari.
Orang berjaya guna 24 jam.
Orang gagal pun guna 24 jam.
Bezanya bukan masa.
Bezanya disiplin.
Kalau tahun ni masih sama macam tahun lepas,
mungkin bukan sebab rezeki sempitā¦
Mungkin sebab usaha kita masih suam-suam.
Kalau kita betul-betul nak berubah,
kita mula hari ini.
Bukan tunggu esok.
Barulah
Padu Bersatile Semasaš
09/02/2026
Ada orang tanya UAM,
āMacam mana UAM boleh konsisten pergi sana sini bercakap?ā
UAM jawab slow ja,
āUAM tak kejar tempat.
UAM jaga standard.ā
Ramai orang boleh bercakap.
Ramai orang petah.
Ramai orang nampak yakin depan orang.
Tapi ramai
orang sanggup duduk sorang-sorang
āpikiaqā
isi sebelum bercakap.
UAM lebih banyak fikir daripada bercakap sebenarnya.
Sebab bagi UAM,
kalau naik pentas sekadar nak orang tepuk tanganā¦
itu mudah.
Tapi nak orang balik rumah,
diam sekejap,
renung hidup dia,
dan buat perubahan.
itu kerja.
UAM tak perlu nampak sibuk.
Cukup nampak bersedia.
UAM tak perlu jadi paling lantang.
Cukup jadi paling jelas.
Kadang orang tengok UAM santai ja.
Gelak.
Sembang.
Macam tak serius.
Tapi bila kerja mula,
UAM tak main-main.
Sebab UAM faham satu benda.
Nama bukan dibina waktu orang nampak.
Nama dibina waktu orang tak nampak.
Waktu orang tidur,
UAM baca.
Waktu orang sembang kosong,
UAM susun idea.
Waktu orang tunggu peluang,
UAM siapkan diri.
Sebab tu bila peluang datang,
UAM tak gelabah.
UAM percaya hidup ni simple ja.
Jaga nilai.
Jaga cara.
Jaga niat.
Yang lain, Allah susun.
UAM bukan paling hebat.
Tapi UAM tak pernah buat kerja separuh hati.
Kalau buat,
buat betul.
Kalau janji,
tunaikan.
Kalau turun,
bagi impak.
Itu sahaja.
UAM bertindak.
Sentiasa tenang.
Sentiasa padu.
Sentiasa kontemporasi.
Macam tag line ini.
Padu Versatile Semasa
Nahš.
06/02/2026
ANAK KITA SEDANG MEMBESAR DENGAN SKRIN
UAM nak tanya ibu ayahā¦
Dulu kita membesar dengan tanah, padang dan kawan sekampung.
Hari ini anak kita membesar dengan skrin di tangan.
Cahaya biru di wajah mereka itu nampak biasa.
Tetapi kesannya luar biasa.
Hari ini, kanak-kanak menghabiskan antara 2 hingga 7 jam sehari di hadapan skrin.
WHO 2019; American Academy of Pediatrics 2016
WHO sendiri sarankan:
Bawah 2 tahun ā tiada skrin.
2 hingga 5 tahun ā maksimum 1 jam sehari.
Tetapi realitinya?
Telefon sudah jadi penenang, pengasuh dan hiburan utama.
MATA MEREKA TERKESAN
Kajian dalam jurnal Ophthalmology oleh Holden et al., 2016 menganggarkan 50 peratus pop**asi dunia akan rabun menjelang 2050.
Anak kita mungkin masih kecil,
tetapi mata mereka sedang bekerja keras tanpa kita sedar.
OTAK MEREKA SEDANG BERKEMBANG
Kajian oleh National Institutes of Health pada tahun 2019 mendapati penggunaan skrin melebihi 7 jam sehari dikaitkan dengan penipisan korteks otak, bahagian penting untuk kawalan diri dan pemikiran.
Kajian JAMA Pediatrics 2019 p**a menunjukkan masa skrin tinggi pada usia 2 hingga 3 tahun berkait dengan risiko kelewatan bahasa.
Anak tidak perlukan lebih banyak video.
Mereka perlukan lebih banyak suara ibu ayah.
EMOSI MEREKA JUGA TERKESAN
World Health Organization telah mengiktiraf Gaming Disorder sebagai gangguan mental rasmi.
Kajian JAMA Psychiatry 2019 mendapati penggunaan media sosial yang tinggi dikaitkan dengan peningkatan simptom kemurungan.
Anak mungkin diam bila pegang telefon.
Tetapi diam itu bukan tanda bahagia.
TIDUR MEREKA TERGANGGU
Harvard Medical School melaporkan cahaya biru menekan hormon melatonin, hormon yang membantu tidur.
Skrin sebelum tidur menyebabkan tidur lewat, kurang lena dan bangun dalam keadaan letih.
Kita sangka mereka rehat.
Rupanya otak mereka masih berjaga.
UAM bukan kata telefon itu haram.
UAM bukan kata teknologi itu jahat.
Tetapi tanpa kawalan,
ia boleh merampas zaman kanak-kanak mereka.
Kita masih ada masa.
Hadkan masa skrin.
Tiada gajet satu jam sebelum tidur.
Wujudkan zon bebas telefon di rumah.
Lebihkan masa berbual dan bermain bersama.
Anak tidak perlukan telefon yang mahal.
Mereka perlukan ibu ayah yang hadir.
Jika rasa tulisan ini penting,
kongsikan.
Biar lebih ramai ibu bapa sedar sebelum terlambat.
UAM
Padu Versatile Semasa
05/02/2026
Keluarga Bahagia
Tak Bermula Dengan Duit,
Tapi Dengan Didikan & Kasih Sayang.
Ramai orang kejar cukup harta,
tapi lupa bina suasana rumah yang tenang.
Sedangkan keluarga yang kuat itu lahir bila:
āļø Solat dijaga bersama
āļø Komunikasi penuh adab, bukan emosi
āļø Doa ibu bapa tak pernah putus
āļø Masa bersama lebih penting dari gajet
āļø Teguran dibuat dengan hikmah, bukan herdikan
Anak-anak bukan perlukan rumah yang mewah,
mereka perlukan rumah yang ada ketenangan.
Didik dengan sabar.
Pimpin dengan contoh.
Doakan tanpa jemu.
Insya-Allah,
daripada keluarga kecil inilah lahir generasi besar.
ā
Alhira Updates | UAM
Itu dia itu dia
30/01/2026
BAGAIMANA IBU BAPA MENGAWAL GAJET ANAK?
Mengawal gajet anak bukan tentang melarang atau menghukum, tetapi tentang membimbing dengan penuh kasih sayang. Setiap anak sedang belajar mengenal dunia, dan gajet hanyalah salah satu alat yang ada di hadapan mereka hari ini.
Ibu bapa boleh bermula dengan mengawasi isi yang ditonton. Dengan memilih aplikasi dan kandungan yang sesuai, kita membantu anak melihat perkara yang baik dan bermanfaat. Sedikit tapisan daripada ibu bapa mampu memberi kesan besar kepada cara anak berfikir dan belajar.
Selain itu, masa penggunaan gajet juga perlukan perhatian. Apabila ada had yang jelas dan waktu rehat yang seimbang, anak belajar mengurus masa dengan lebih tenang. Gajet yang diberi jarak sebelum tidur juga membantu anak berehat dan tidur dengan lebih berkualiti.
Dalam masa yang sama, cara anak menggunakan gajet juga penting untuk diperhatikan. Apabila ibu bapa memantau dengan penuh empati dan menegur dengan nada yang lembut, anak akan lebih mudah menerima. Dari sinilah adab, tanggungjawab dan kawalan diri mula terbina.
Akhirnya, bantu anak memahami bahawa setiap penggunaan gajet ada tujuannya. Apabila gajet digunakan untuk belajar dan meneroka kreativiti, anak akan lebih menghargainya dan tidak bergantung secara berlebihan.
UAM
paduversatilesemasaš
29/01/2026
Parenting hari ni sikit je nak kongsiā¦
Anak ni kita tak boleh nak bentuk dalam sehari.
Dia terbentuk daripada apa yang dia rasa setiap hari.
Kadang-kadang anak bukan nak benda mahal pun.
Dia cuma nak kita:
⢠luang masa walaupun sekejap
⢠dengar cerita dia sampai habis
⢠puji bila dia cuba, bukan tunggu dia sempurna
⢠tengok contoh baik daripada mak ayah
⢠ditegur dengan kasih, bukan marah semata-mata
Simple je sebenarnya.
Tapi yang simple inilah yang paling susah nak konsisten.
Kita pun manusia biasa.
Penat, emosi, ada silap.
Tak apaā¦
Asal kita terus belajar jadi mak ayah yang lebih baik dari semalam.
Anak hari ni, amanah kita.
Masa depan dia, bermula dari rumah ā¤ļø
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the public figure
Telephone
Address
Perlis